backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Buah Terbaik Untuk Ibu Berpantang, Boleh Kuatkan Sistem Imun & Tambah Susu Badan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 hari lalu

    7 Buah Terbaik Untuk Ibu Berpantang, Boleh Kuatkan Sistem Imun & Tambah Susu Badan!

    Tidak pasti apakah makanan untuk ibu berpantang? Selain makanan tradisional seperti sayur-sayuran, sup atau ikan singgang, ada satu lagi tambahan yang boleh ibu sertakan dalam diet iaitu buah untuk ibu berpantang.

    Ada banyak buah yang sesuai diambil oleh ibu. Malah, anda tidak perlu beli buah yang mahal, cukup sekadar makan buah-buahan tempatan yang lebih murah dan mudah didapati.

    Jom, dapatkan informasi lanjut mengenai buah untuk ibu berpantang serta khasiatnya untuk kedua-dua ibu dan bayi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    7 buah untuk ibu berpantang

    Buah-buahan merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang berpantang.

    Pada waktu ini, badan ibu perlukan semua vitamin dan mineral penting untuk memastikan badan dapat pulih seperti sediakala.

    Bukan itu sahaja, diet yang sihat juga amat penting untuk penghasilan susu badan.

    Di bawah, kami senaraikan 7 buah terbaik untuk ibu yang sedang berpantang. Antaranya:

    1. Buah oren

    Oren merupakan sejenis buah yang baik untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan ibu selepas melahirkan anak. Ia mengandungi vitamin C, sejenis nutrisi yang amat penting untuk badan.

    Bukan itu sahaja, ibu yang sedang menyusukan anak memerlukan lebih banyak vitamin C berbanding ketika hamil.

    Buah oren amat mudah untuk didapati di pasaran. Sebiji buah oren mempunyai lebih daripada 100% jumlah vitamin C yang diperlukan badan. Apa yang anda perlu lakukan adalah kupas dan makan!

    Tip: Tidak suka makan buah oren? Anda juga boleh jadikannya jus!

    2. Buah pisang

    buah untuk ibu berpantang
    Buah pisang banyak manfaatnya.

    Satu lagi buah untuk ibu berpantang ialah pisang. Ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Namun, ada yang bertanya, kenapa tidak boleh makan pisang semasa pantang?

    Pisang merupakan makanan terbaik untuk mengelakkan sembelit.

    Sembelit merupakan masalah yang normal. ¼ daripada wanita akan mengalami masalah yang sama selepas melahirkan anak.

    Selain itu, pisang juga mengandungi potasium yang sangat penting selepas hamil.

    Ibu juga memerlukan lebih banyak potasium untuk memastikan cecair dan elektrolit dalam badan kekal seimbang. Jadi, kenapa tidak boleh makan pisang semasa pantang? Mestilah boleh.

    Buah untuk ibu berpantang 3: Tembikai susu

    Honeydew atau tembikai susu merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin C. Selain itu, ia juga mengandungi potasium, magnesium, folat dan vitamin K.

    Buah ini juga rendah kalori, garam dan lemak, sesuai untuk ibu yang baru melahirkan anak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menambah jumlah susu badan ibu.

    Untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang mencukupi, ibu mengandung boleh makan tembikai susu sebagai snek harian.

    Disebabkan ia kaya dengan vitamin C, tembikai susu juga dapat meningkatkan sistem imun ibu dan melindunginya daripada pelbagai penyakit.

    4. Buah ciku antara makanan untuk ibu berpantang 

    buah untuk ibu berpantang
    Buah ciku mempunyai rasa yang agak manis.

    Siapa sangka, cikgu merupakan antara buah untuk ibu berpantang.

    Juga dikenali sebagai Manilkara zapota, ciku mengandungi pelbagai vitamin seperti:

    • vitamin A
    • vitamin B
    • vitamin C

    Kandungan antioksidan dan juga seratnya yang tinggi juga baik untuk kesihatan ibu.

    Malah, kandungan vitamin B dalam ciku juga lebih daripada buah avokado!

    Namun, buah ciku mengandungi jumlah kalori yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan kalori tambahan ini untuk menghasilkan lebih banyak susu badan.

    Lagipun, anda akan membakar lebih 500 kalori sehari hanya dengan menyusukan anak, jadi ibu perlukan semua kalori tambahan ini untuk rasa lebih bertenaga.

    Buah untuk ibu berpantang 5: Mangga

    Mangga merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Ia murah dan mudah didapati, sesuai dijadikan makanan untuk ibu berpantang.

    Kandungan vitamin C dalam buah mangga dapat meningkatkan daya tahan ibu dan juga bayi daripada sebarang penyakit.

    Selain itu, kandungan karbohidrat dan juga antioksidannya dapat memastikan kesihatan ibu sentiasa terjaga.

    Sama seperti buah-buahan yang lain, mangga juga mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat membantu ibu mengekalkan berat badan.

    Lagipun, mangga merupakan buah yang sangat sedap. Rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikan buah ini mudah untuk dimakan dan dijadikan pelbagai hidangan – contohnya puding!

    6. Avokado makanan untuk ibu berpantang

    Benar, avokado merupakan buah super yang mengandungi 1001 nutrisi. Walaupun harganya sedikit mahal, buah ini sangat popular dalam kalangan individu yang menjaga pemakanan masing-masing.

    Manakan tidak, avokado mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi. Asid lemak ini amat penting untuk meningkatkan penghasilan susu badan ibu.

    Ia juga dapat memastikan kadar gula dalam darah dan juga kolesterol ibu dalam lingkungan yang sihat. Cuba tambahkan hirisan avokado dalam salad atau makan begitu sahaja sebagai snek.

    7. Betik juga makanan untuk ibu berpantang 

    buah untuk ibu berpantang
    Buah betik yang masih tidak masak baik untuk ibu-ibu selepas bersalin.

    Bukan betik biasa, tetapi betik hijau!

    Fakta

    Betik hijau mengandungi sejenis nutrisi yang dikenali sebagai galactagogues, satu agen yang dapat membantu ibu menghasilkan lebih banyak susu.

    Enzim yang terkandung dalam betik hijau juga mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kedua-dua ibu dan bayi.

    Tambah lagi, betik hijau juga mengandungi mineral penting seperti kalsium, zat besi dan magnesium yang dapat membina tulang dan gigi yang lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan