Walaupun keguguran kandungan, anda masih dinasihatkan untuk berpantang seperti wanita selepas bersalin terutamanya dalam aspek pemakanan. Adakah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Walaupun keguguran kandungan, anda masih dinasihatkan untuk berpantang seperti wanita selepas bersalin terutamanya dalam aspek pemakanan. Adakah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Berpantang merupakan satu amalan yang sangat sinonim dengan wanita selepas bersalin.
Pun begitu, buat mereka yang mengalami keguguran, kalian juga amat disarankan untuk berpantang. Bahkan penjagaan selepas keguguran juga sama dengan cara berpantang seperti ibu selepas bersalin.
Tetapi benarkah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran?
Sebelum persoalan itu terjawab, ayuh kita fahami secara ringkas bagaimana keguguran itu berlaku.
Kebanyakan kes keguguran pada trimester pertama adalah disebabkan kecacatan pada kromosom. Kesannya ia tidak dapat berkembang seperti sepatutnya, sekali gus mengakibatkan keguguran.
Masalah keguguran juga boleh terjadi berpunca daripada jangkitan kuman, pendedahan kepada persekitaran berbahaya seperti bertoksik dan radiasi tinggi, masalah hormon, uterus tidak normal, gaya hidup, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
Secara amnya, jika berlaku keguguran, anda mungkin akan mengalami gejala seperti:
Kalau diikutkan cara berpantang selepas keguguran adalah hampir sama dengan kaedah pantang ibu bersalin lain.
Justeru adalah penting memastikan wanita yang sedang berpantang mendapat pemakanan seimbang dan bernutrisi. Ini untuk memastikan anda mendapat nutrien mencukupi bagi memulihkan tahap kesihatan.
Tetapi benarkah terdapat makanan yang harus dielakkan semasa pantang keguguran?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya tiada diet atau pemakanan yang khusus semasa berpantang.
Ini kerana kebanyakan pantang larang melibatkan pemakanan ibu semasa tempoh berpantang dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat.
Adakah ini bermakna tidak perlu berpantang? Bukan itu yang dimaksudkan.
Anda boleh meneruskan amalan berpantang seperti menghindari makanan tertentu, tetapi pastikan dalam masa sama masih mengambil diet seimbang dan makan secara sihat.
Malah disarankan untuk menggantikan makanan dengan jenis lain daripada kumpulan makanan sama bagi memastikan zat makanan tersebut diperolehi.
Berdasarkan kepercayaan, makanan berangin yang terdiri daripada jenis ubi-ubi seperti keladi, keledek ataupun ubi kayu, adalah salah satu makanan orang berpantang keguguran.
Ini kerana ia dipercayai akan menjejaskan proses pencernaan dan menyebabkan perut berangin.
Umumnya, ubi-ubian adalah makanan karbohidrat yang membekalkan sumber tenaga. Jika berpantang mengambil ubi-ubian, anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan daripada kumpulan bijirin lain seperti nasi.
Buah-buahan seperti tembikai dan pisang serta sayur kangkung, petola, terung dan timun dianggap sebagai makanan ‘sejuk’ dan tidak boleh dimakan semasa berpantang.
Makanan sejuk dipercayai menjejaskan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Ia juga boleh mengakibatkan perut kembung, kekejangan otot dan sengal-sengal badan.
Namun hakikatnya, pengambilan buah dan sayuran adalah penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.
Pengambilan serat khususnya amat penting bagi melancarkan proses pergerakan usus dan mencegah masalah sembelit yang sering dialami ibu dalam berpantang.
Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan dan sayuran boleh diambil sebagai pengganti makanan ‘sejuk’ ini contohnya:
Beberapa jenis ikan, ayam dan telur dianggap sebagai makanan dilarang semasa pantang keguguran kerana ‘bisa’ dan ‘tajam’.
Makanan berbisa dipercayai boleh melambatkan proses penyembuhan dan mengakibatkan pendarahan semasa tempoh berpantang.
Antara jenis ikan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang adalah seperti:
Namun tidak boleh dinafikan jenis makanan tersebut merupakan sumber yang baik untuk protein, vitamin dan garam mineral.
Salah satu fungsi protein adalah membantu pembentukan tisu-tisu badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dijadikan pilihan sebagai sumber protein, antaranya:
Baca juga:
Kalau ikutkan kepercayaan terdahulu, sepanjang berpantang, wanita dilarang minum terlalu banyak air.
Wanita berpantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari dan kepercayaan untuk mengehadkan pengambilan air perlu dihindari.
Air yang mencukupi penting untuk:
Tidak salah untuk mengikuti sebarang pantang larang semasa berpantang selepas keguguran, cuma sebaiknya usahlah keterlaluan sehingga memudaratkan diri.
Jika terdapat sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen