backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Senarai Buah Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Pantang, Ibu Take Note!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/01/2024

    Senarai Buah Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Pantang, Ibu Take Note!

    Fasa berpantang merupakan masa yang mencabar untuk ibu dan bayi. Pada waktu ini, ibu perlulah berehat secukupnya untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Salah satu makanan yang penting ialah buah-buahan. Jadi, apakah buah yang boleh dimakan ketika pantang?

    Bagi first-time mothers, kami akan berikan beberapa saranan buah yang boleh dimakan masa pantang. Pada masa yang sama, kami akan kongsikan juga kebaikan pemakanan yang sihat selepas melahirkan anak.

    Jom, ikuti artikel kami untuk ketahui info lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa pemakanan sihat penting ketika pantang?

    buah yang boleh dimakan ketika pantang
    Pemakanan sihat penting untuk perkembangan bayi.

    Ibu yang sedang berpantang perlulah mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk menyokong pemulihan diri dan juga tumbesaran bayi.

    Ramai ibu yang gemar menambah pelbagai jenis buah-buahan dalam diet harian. Pengambilan buah merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.

    Antara buah yang boleh dimakan ketika pantang ialah pisang, mangga, avokado, betik dan banyak lagi.

    Buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat mengurangkan risiko sembelit.

    Di bawah, kami senaraikan beberapa kebaikan pemakanan sihat untuk ibu yang sedang berpantang:

    1. Dapat mempercepatkan proses pemulihan. Pengambilan makanan yang lengkap dengan karbohidrat, serat, vitamin dan mineral dapat memastikan badan ibu sembuh sepenuhnya.
    2. Menggalakkan penghasilan susu. Apa yang ibu makan dan minum menentukan kualiti susu ibu.
    3. Menyokong kesihatan secara am. Diet yang seimbang dapat meningkatkan stamina ibu, lebih-lebih lagi jika ibu sibuk bekerja dan perlukan tenaga.

    Buah yang boleh dimakan ketika pantang

    Tidak pasti buah apakah yang sesuai diambil ketika berpantang? Di bawah, kami akan senaraikan beberapa buah yang boleh dimakan ketika pantang:

    1. Buah ketika berpantang: Pisang. Potassium merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu perlukan sebanyak 5,100 mg potassium setiap hari. Sebiji pisang pula mengandungi 450 mg potassium.
    2. Tembikai wangi. Buah yang boleh dimakan masa pantang ini mengandungi 50 gram vitamin C, hampir separuh daripada keperluan vitamin C harian ibu. Bukan itu sahaja, kandungan airnya juga lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jadi, ia dapat membantu ibu kekal hidrat.
    3. Buah ketika berpantang: Beri biru. Salah satu kebaikan beri biru ialah kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan penting untuk memastikan daya tahan badan kekal kuat. Bukan itu sahaja, antioksidan ini juga boleh meresap masuk ke dalam susu ibu dan membawa manfaat untuk bayi.
    4. Strawberi. Sedap dan berkhasiat! Selain itu, ia juga padat dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan kedua-dua ibu dan bayi. Buah strawberi mengandungi vitamin C, kalsium, potassium, magnesium dan zat besi.
    5. Mangga. Buah yang boleh dimakan dalam pantang ini mengandungi banyak antioksidan dan vitamin K. Kandungan serat dan juga potassium di dalamnya dapat memastikan susu ibu kekal berkhasiat untuk bayi.
    buah yang boleh dimakan ketika pantang
    Buah yang bagus untuk ibu selepas bersalin.

    Elakkan makan buah-buahan ini

    Selain buah yang boleh dimakan ketika pantang, ada juga beberapa buah-buahan yang perlu dielakkan.

    Walau bagaimanapun, kesan sampingan buah-buahan ini berbeza mengikut individu.

    Ada ibu yang boleh makan buah ini seperti biasa. Ada juga yang akan mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.

    Antara buah-buahan tersebut ialah:

    1. Buah-buahan sitrus

    Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang mungkin akan membawa mudarat pada sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan buah-buahan yang masam ketika berpantang.

    2. Ceri dan prun

    Kedua-dua buah ini merupakan sejenis laksatif semula jadi. Jadi, ia akan membuatkan ibu lebih kerap ke tandas untuk membuang air besar.

    Namun, sekiranya ibu mengalami sembelit, anda boleh ambil ceri dan prun untuk memudahkan pembuangan air besar.

    Buah yang boleh dimakan ketika pantang: Apa kepentingannya?

    buah yang boleh dimakan ketika pantang
    Makanan ketika hamil boleh mempengaruhi tumbesaran anak.

    Menurut pakar, pemakanan yang sihat dapat mengurangkan risiko depresi ketika berpantang atau meroyan.

    Makanan yang berkhasiat, senaman ringan dan juga rehat yang mencukupi sangat penting untuk ibu berpantang.

    Pada waktu ini, ibu perlukan semua tenaga tambahan untuk pastikan badan dapat sembuh dengan baik. Ibu juga perlukan banyak ‘bonding time’ bersama anak.

    Jangan terburu-buru untuk hilangkan berat badan ketika berpantang.

    Bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sayangilah diri anda. Dapatkan segala nutrisi yang diperlukan daripada buah yang boleh dimakan dalam pantang dan juga sayur-sayuran kegemaran anda.

    Akhir sekali, jangan lupa pastikan badan kekal hidrat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan