backup og meta

7 Pam Susu Terbaik, Murah & Mudah Digunakan! Sesuai Dibawa Ke Mana Sahaja?

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Bagi ibu menyusu, memilih pam susu terbaik bakal memberi perbezaan besar dalam rutin harian. Ada ibu memerlukan pam susu yang ringan dan mudah dibawa ke tempat kerja, manakala ada juga yang mencari pam dengan suction kuat untuk membantu meningkatkanpenghasilan susu badan.

7 Pam Susu Terbaik, Murah & Mudah Digunakan! Sesuai Dibawa Ke Mana Sahaja?

Kini, terdapat pelbagai jenis pam susu di pasaran daripada manual breast pump hinggalah wearable hands-free pump dengan teknologi Bluetooth dan aplikasi pintar.

Dalam artikel ini, kami akan mengesyorkan 7 pam susu terbaik yang ada di pasaran terkini untuk ibu-ibu yang pertama kali ingin menggunakan breast pump!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

4 Jenis breastpump yang ada di pasaran

  1. Horigen Decent Go Hands-free Double 
  2. Medela Harmony Flex Single Manual Breast Pump
  3. IMANI i2PRO Breast Pump   
  4. Momcozy M5 Smart App
  5. Spectra Dual Impact
  6. Dr Isla Breastpump (EB11)
  7. Bunny Goody S32 Pro Bluetooth

1. Manual

Anda  akan mengepam susu berulang kali mengunakan tangan tanpa bantuan elektrik atau bateri. Harga lebih murah berbanding pam susu yang lain.

2. Elektrik

Pam susu jenis elektrik direka untuk memudahkan si ibu membuat stok susu kerana mempunyai suction level yang boleh dipilih dan mudah untuk di bawa ke mana saja.

3. Gred hospital

Pam susu ini mempunyai kuasa yang tinggi kerana ia direka sebagai breastpump yang tahan lasak, tahan lama dan mampu mengepam dengan kerap.

4. Wearable

Wearable pula pam susu elektrik yang direka untuk diletakkan terus ke dalam bra tanpa tiub atau botol yang tergantung. Ini menjadikan anda bebas bergerak ke mana saja terutamanya ketika bekerja.

7 Pam susu terbaik yang ada di pasaran

Berikut adalah 7 jenama produk pam susu yang ada di pasaran yang boleh anda cuba. Ada yang manual dan ada yang boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi!

Dapatkan pilihan produk ini sekarang untuk pengalaman penyusuan yang lebih selesa dan kurang menyakitkan

Pam susu terbaik #1. Horigen Decent Go Hands-free Double

Horigen Decent Go Hands-free Double ialah sejenis pam susu wearable dan mempunyai gred hospital yang menjadi pilihan para ibu di luar sana.  Hanya mengeluarkan bunyi yang perlahan, menghasilkan rekaan ringan dan moden menjadikan pam susu ini bekerja dengan mudah buat para wanita yang bekerja, sedang travel atau yang mempunyai kehidupan yang sibuk.

Pam jenis wearable sangat membantu ibu yang mahu mengepam sambil melakukan tugas lain tanpa perlu memegang botol pam sepanjang masa!

2. Medela Harmony Flex Single Manual Breast Pump

Bagi ibu yang mahukan pam susu manual, Medela Harmony Flex Single Manual Breast Pump ialah antara yang anda boleh dapatkan. 

Pam susu ini ringan dan mudah dibawa, senyap, mudah untuk di cuci dan boleh dijadikan pam susu backup ketika travel.

3. IMANI i2PRO Breast Pump 

IMANI i2PRO ia sejenis pam susu wearable, hands-free dan mempunyai hospital-grade. Rekaan yang minimalis, senyap, ringan dan mudah dipakai menjadikan pam susu ini sebagai bonus buat wanita di luar sana yang membeli.

Ibu bekerja mana yang tidak suka jika pam susu tersebut mampu memudahkan urusan seharian mereka ketika sedang bekerja bukan?

4. Momcozy M5 Smart App 

Momcozy M5 Smart App antara pam susu terbaik untuk ibu bekerja kerana mempunyai fungsi yang boleh dikawal melalui aplikasi ketika sesi pumping. Yang paling menarik, ia senyap dan tidak keluarkan bunyi. Jadi, tidaklah anda segan ketika sedang mengepam susu.

Ditambah lagi dengan rekaan yang moden dan minimalis, mudah di bawa ke mana-mana menjadikan ia salah satu jenama breastpump pilihan walaupun harganya mahal.

5. Spectra Dual Impact 

Pam susu Spectra Dual Impact sering menjadi pilihan ibu yang menggemari kekuatan suction yang stabil kerana bebas memilih kekuatan yang digemari untuk memenuhi keperluan susu anak. 

Spectra antara pam susu terbaik untuk ibu bekerja kerana lebih menjimatkan masa, konsisten dan membantu si ibu menhasilkan stok susu buat si manja. 

6. Dr Isla Breastpump EB11, pam susu elektrik terbaik dan murah

Pam susu Dr Isla ini tidak kalah dengan ciri menariknya. Pam susu ini popular kerana harganya lebih mampu milik tetapi masih menawarkan fungsi hands-free.

Buat para ibu yang baru pertama kali mencuba untuk pam susu, Dr Isla akan menjadi pilihan anda kerana harga yang bajet, ringan dan rekaan yang mudah digunakan! Dari situ, anda dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan breatpump.

 7. Bunny Goody S32 Pro Bluetooth 

Ibu bekerja mana yang tidak gembira jika pam susu itu menawarkan kawalan dari aplikasi, suction yang lembut, tidak bulky dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika mengepam?

Bunny Goody S32 Pro Bluetooth ada untuk para ibu dan menjadikan ia antara pam susu terbaik untuk ibu bekerja!

Dengan ini, sesi mengepam menjadi lebih mudah kerana dibantu dengan teknologi yang hebat!

Keselesaan anda = pam susu terbaik


Tidak kiralah jenis breastpump apa yang menjadi pilihan ibu, pastikan anda sentiasa mengutamakan kebersihan pam susu dengan teliti selepas setiap penggunaan bagi menjaga kebersihan dan kualiti susu badan anda. Sentiasa cuci tangan dengan bersih sebelum mengepam dan sebelum mengendalikan susu yang akan disimpan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Storing Human Milk. https://llli.org/breastfeeding-info/storing-human-milk/. Diakses Januari 14, 2025.
  2. USING A BREAST PUMP. https://www.thewomens.org.au/images/uploads/fact-sheets/Using-a-breast-pump-060219.pdf. Diakses Januari 14, 2025.
  3. Breast Pump. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/25244-breast-pump. Diakses Januari 14, 2025.
  4. Breast pumps. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/breast-pumps. Diakses Januari 14, 2025.
  5. Choosing a Breast Pump. https://breastfeedingusa.org/choosing-a-breast-pump/ . Diakses Mei 21, 2025.

Versi Terbaru

21/05/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan