backup og meta

Ibu Berpantang Alami Sembelit Teruk? Anda Boleh Cuba 7 Petua Berkesan Ini

Ibu Berpantang Alami Sembelit Teruk? Anda Boleh Cuba 7 Petua Berkesan Ini

Masalah sembelit adalah perkara biasa dialami selepas beranak. Jadi apakah ubat sembelit selepas bersalin sesuai diambil wanita yang masih dalam tempoh berpantang

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Punca masalah sembelit selepas melahirkan anak

Sebelum mengetahui ubat sembelit selepas bersalin, ayuh fahami punca masalah ini berlaku.

Masalah sembelit selepas melahirkan anak biasanya berpunca daripada gabungan faktor berbeza – mungkin melibatkan sistem pencernaan sejak lahir, perubahan hormon, ubat selepas bersalin, dehidrasi atau rasa takut jahitan bersalin pada faraj akan terkoyak.

Bagi mereka yang melalui prosedur episiotomi atau koyakan faraj, ketakutan tersebut boleh menyebabkan kalian menahan keinginan membuang air besar.

Tetapi adakah ia benar-benar menyakitkan untuk buang air besar selepas bersalin?

Tidak dinafikan ramai ibu baharu akan berasa risau untuk berak khususnya selepas prosedur kelahiran bayi.

Namun, rasa bimbang tersebut sebenarnya boleh memburukkan situasi, sekali gus menjadi faktor sembelit terjadi. Ini kerana ia akan membuatkan anda mengetatkan saluran belakang dan bukannya menenangkannya.

Jenis koyakan ketika bersalin.
Jenis koyakan ketika bersalin.

Hakikatnya, anda mungkin tidak berasa apa-apa jika bersalin secara normal. Ini kerana bahagian antara faraj dan perineum (saluran dubur) mungkin sedikit kebas, ia disebabkan saraf di dalam dan sekeliling faraj telah meregang.

Jahitan bersalin pula tidak akan terbuka jika ke tandas. Sebaiknya, elakkan daripada meneran ke bawah kerana ini boleh menegangkan lantai pelvis dan melambatkan proses penyembuhan.

Semasa di dalam tandas, cuba bertenang dan jangan tergesa-gesa. Alihkan perhatian dengan mendengar muzik atau sebarang media sosial.

Jika bimbang mengenai jahitan faraj, lipat tuala wanita atau gunakan tisu bersih dan pegang bahagian perineum atau atas jahitan daripada depan. Ia membantu meredakan sebarang kesakitan yang dirasai.

Ubat sembelit selepas bersalin

Biasanya anda akan diberikan pelembut najis semasa berada di hospital dan untuk dibawa pulang bersama selepas keluar hospital bagi tujuan mencegah dan/atau merawat sembelit.

Ini terutamanya jika anda mengalami koyakan faraj teruk – tahap 3 atau 4, mengalami buasir, sedang mengambil suplemen zat besi untuk anemia atau sebarang ubat sakit narkotik.

Petua semula jadi sebagai ubat sembelit selepas bersalin

Dalam kebanyakan kes masalah sembelit, ia boleh diatasi menggunakan rawatan di rumah. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah untuk bersikap proaktif mengenai pencegahan dan rawatannya.

Diet pemakanan

Sayur dan buah kaya dengan serat.
Sayur dan buah kaya dengan serat.

Makanan berserat tinggi seperti bijirin penuh, roti gandum, beras perang, kekacang, buah-buahan dan sayuran adalah pilihan terbaik untuk melancarkan pergerakan sistem pencernaan.

Pengambilan 2-3 biji buah prun dikatakan sama seperti pengambilan julap. Selain kaya serat tinggi, ia juga mengandungi sorbitol – sugar alcohol yang mempunyai kesan julap semula jadi. 

Sugar alcohol adalah sejenis karbohidrat dan mempunyai struktur kimia serupa dengan gula.

Pengambilan air mencukupi, antara ubat sembelit selepas bersalin

Apa ubat elak sembelit?

Penyusuan badan boleh menjadi punca sembelit selepas bersalin. Ini kerana semasa menyusu, sebahagian air yang biasanya akan terus ke usus bagi membantu makanan bergerak – akan digunakan untuk penghasilan susu.

Tanpa air mencukupi, usus akan menyerap air daripada sisa makanan. Kesannya najis menjadi lebih keras dan tidak bergerak. Jika menyusukan si kecil, sasarkan 10-12 gelas air sehari.

Sekiranya melebihkan pengambilan serat, pastikan anda juga mengambil air yang secukupnya. 

Tanpa air tambahan, pengambilan serat boleh memburukkan sembelit dan mengakibatkan perut kembung dan berangin serta refluks.

Lambat ke tandas

ubat sembelit selepas bersalin
Jangan menahan buang air besar.

Anda mungkin berasa takut akan mengalami kesakitan. Tetapi dengan menahan keinginan untuk membuang air besar akan membuatkan najis menjadi keras.

Jangan lambat ke tandas dan elakkan meneran terlalu kuat atau ia boleh menyebabkan buasir.

Ubat sembelit selepas bersalin #Senaman

Duduk terlalu lama boleh menyumbang kepada sembelit. Jadi lakukan senaman seperti berjalan perlahan boleh membantu pergerakan usus anda.  

Jika anda menjalani pembedahan czer, dapatkan kebenaran doktor dahulu sebelum mula bersenam.

Posisi membuang air besar

Elakkan tandas mencangkung, kerana ia boleh menyebabkan anda berasa lebih takut jahitan akan terbuka. Sebaliknya, pilih tandas duduk dan letakkan kaki di atas bangku kecil.

Meninggikan kaki membolehkan lutut lebih tinggi daripada pelvis – membantu mengendurkan otot puborectalis – sekali gus melancarkan pergerakan usus.

Teknik pernafasan

Antara rawatan sembelit selepas bersalin adalah teknik pernafasan yang betul.

Semasa menyedut oksigen, lantai pelvis menurun dan apabila menghembus, ia menaik. Bernafas dengan perlahan membolehkan pergerakan lembut yang membantu menolak najis.

Pemeriksaan doktor

Masalah sembelit adalah perkara biasa dan boleh diatasi dengan gaya hidup yang betul. Namun ada kalanya ia boleh menjadi isu lebih besar.

Terdapat beberapa simptom bahaya perlu diperhatikan:

  • Darah atau lendir dalam najis
  • Sembelit berselang-seli dengan cirit-birit
  • Pendarahan rektum berlebihan
  • Bonjolan teruk dan menyakitkan pada faraj, vulva dan/atau perineum
  • Kesakitan rektum yang teruk
  • Sakit perut teruk
  • Tidak membuang air besar pada hari ke-3 selepas bersalin

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala di atas, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Kesimpulannya 

Sembelit adalah keadaan normal buat ibu baharu. Ini kerana badan memerlukan masa untuk mengadaptasi kepada perubahan yang berlaku selepas kelahiran bayi.

Perubahan diet harian dan pelan senaman mungkin ubat sembelit selepas bersalin yang anda perlukan.

Tip

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian dan makan ubat sembelit. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eunice B Turawa, Alfred Musekiwa, and Anke C Rohwer. (2015). Interventions for preventing postpartum constipation. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6492314/, Accessed on Nov 24, 2022
  2. Constipation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation, Accessed on Nov 24, 2022
  3. Recovering from Delivery (Postpartum Recovery). https://familydoctor.org/recovering-from-delivery/, Accessed on Nov 24, 2022
  4. Constipation Treatment in Breastfeeding Mothers. https://www.breastfeedingnetwork.org.uk/constipation/, Accessed on Nov 24, 2022
  5. Constipation. https://www.uwmedicine.org/sites/stevie/files/2018-11/Constipation-After-Birth-English.pdf, Accessed on Nov 24, 2022
  6. What You Should Know About Sugar Alcohols. https://health.clevelandclinic.org/what-to-know-about-sugar-alcohols/, Accessed on Dec 1, 2022

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sedang Berpantang? Ibu, Ikut 3 Cara Bertungku Ini Kalau Nak Cepat Langsing!

Sakit Beranak Tak Habis Lagi, Ibu Cuba 4 Posisi Tidur Lepas Bersalin Normal Ini, Mesti Nyenyak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan