Sedang mencari snek untuk orang berpantang yang sihat bagi membantu meningkatkan tenaga harian? Anda berada di tempat yang betul. Snek ini juga sangat bagus jika anda menyusu badan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sedang mencari snek untuk orang berpantang yang sihat bagi membantu meningkatkan tenaga harian? Anda berada di tempat yang betul. Snek ini juga sangat bagus jika anda menyusu badan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Selepas bersalin, anda akan perlu sentiasa bersedia untuk si kecil siang dan malam. Keadaan tersebut sekali gus boleh menjejaskan stamina fizikal dan mental ibu.
Itu belum termasuk dengan sepanjang tempoh kehamilan, badan anda membekalkan bayi dengan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan anda berasa cepat letih dan menjejaskan tempoh pemulihan selepas melahirkan anak.
Mempunyai corak pemakanan seimbang termasuk snek berkhasiat boleh membantu memastikan diri mendapat nutrien yang diperlukan.
Pengambilan snek berkhasiat bersama cecair mencukupi, penting bagi membantu meningkatkan tenaga, khususnya semasa menyusu badan.
Senarai snek sebagai makanan untuk orang berpantang berikut juga sesuai untuk anda yang melalui prosedur bersalin secara caesarean.
Mentega kacang kaya dengan lemak, protein, vitamin, mineral dan serat yang sihat. Paling menyeronokkan mentega kacang ini sesuai dinikmati dengan pelbagai jenis makanan seperti roti dan buah-buahan.
Terdapat pelbagai jenis mentega kacang yang boleh didapati di pasaran seperti badam, gajus dan kacang tanah.
Tidak dinafikan mentega kacang tinggi kalori, namun dipercayai pengambilannya tidak akan menyebabkan penambahan berat badan.
Nikmati sebiji epal, pir atau pisang bersama sesudu mentega kacang, sebagai hidangan snek yang lazat.
Minuman ini kaya nutrien dan boleh disediakan untuk tempoh kurang daripada 5 minit.
Sama ada anda gemarkan buah yang manis untuk smoothie, campuran tropika mahupun sesuatu berkacang bersama coklat; ada banyak resipi yang boleh anda cuba. Anda boleh campurkan sayur-sayuran, beri, pisang, mentega kacang, air dan yogurt!
Campurkan ½ cawan yogurt Greek, pisang dan segenggam buah beri untuk menghasilkan smoothie yang lazat dinikmati semasa menyusu. Anda juga boleh masukkan segenggam bayam sebagai tambahan zat besi.
Siapa yang tidak sukakan buah-buahan segar? Ia bukan sahaja lazat, tetapi juga sumber antioksidan dan gula semula jadi.
Selain itu, buah juga kaya dengan serat, sebagai cara terbaik meningkatkan kesihatan usus dan tabiat pergerakan usus. Paling penting ia juga rendah kalori!
Jenis buah terbaik yang perlu anda makan selepas bersalin seperti:
Sebarang jenis beri sama ada beri biru, raspberi atau strawberi adalah pilihan hebat. Anda boleh mengambilnya begitu sahaja atau dijadikan sebagai topping untuk sebarang pilihan makanan.
Buah sitrus ini sarat dengan kandungan air, vitamin C dan antioksidan flavonoid lain.
Pic adalah buah hebat yang dapat membantu penghidratan. Ia juga kaya dengan beberapa vitamin dan mineral.
Oat kaya dengan serat disebut sebagai beta glucan yang dikaitkan dengan keupayaan meningkatkan hormon pengeluaran susu prolaktin.
Campurkan 1 ½ cawan oat bersama ⅔ cawan mentega kacang dan ⅔ sudu besar madu – kisar sebati. Seterusnya bentukkan bulat-bulat hasil kisaran tersebut, dan ia sedia untuk dinikmati!
Mungkin kedengaran biasa sahaja, tetapi kraker gandum bersama keju adalah pilihan yang baik dan kaya kalsium – mineral yang sangat diperlukan badan semasa menyusu. Gandum penuh juga kaya dengan serat beta glucan.
Baca juga:
Buah kering mengandungi banyak nutrien. Pilihan buah kering tanpa gula ialah seperti aprikot, strawberi dan mangga yang kaya vitamin C serta kalium.
Ia bukan sahaja lazat tetapi juga membantu melegakan tekanan.
Kajian mendapati pengambilan sepotong coklat gelap setiap hari merupakan cara berkesan mengurangkan tekanan kepada wanita. Bukankah itu sesuatu yang bagus?
Dengan peningkatan keperluan kalori, sudah tentu anda perlu sentiasa bersedia jika berasa lapar. Jadikan snek sihat sebagai pilihan terbaik anda.
Simpan idea snek untuk orang berpantang sebagai panduan selepas bersalin nanti, okay?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen