Bagaimanakah Mengurangkan Stretch Marks semasa Kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah yang menyebabkan stretch marks?

Semasa kehamilan, berat badan akan bertambah lalu menyebabkan kulit anda meregang. Ini akan mengakibatkan stretch marks. Hormon kehamilan yang dirembeskan juga akan membuat kulit anda menjadi lembut sekaligus menyebabkan stretch mark lebih jelas terlihat. Kebanyakan wanita akan mengalami stretch mark yang dapat dilihat dengan jelas. Stretch mark selalunya kelihatan seakan-akan berwarna merah atau ungu pada perut, punggung, paha dan payudara.

Siapakah yang berisiko mengalami stretch mark?

Anda lebih berisiko mengalaminya jika:

  • Anda merupakan ibu pada usia remaja
  • Anda mengalami pertambahan berat badan yang banyak semasa kehamilan
  • Anda hamil anak kembar
  • Anda sudah mempunyai stretch mark sebelum hamil, kemungkinan pada payudara anda
  • Ahli keluarga anda yang lain mengalami stretch mark

Bagaimanakah menghalang stretch mark daripada terjadi?

Tiada metode yang dapat menghalang terjadinya kondisi ini. Namun begitu, anda boleh menggunakan tip-tip berikut untuk mengurangkan kesannya.

  1. Cuba tambahkan berat badan anda secara berperingkat semasa kehamilan dengan mengamalkan diet sihat yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, bijirin serta kekacang. Jenis makanan ini adalah makanan yang kaya dengan nutrien yang bermanfaat untuk kulit anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak atau makanan diproses yang mengandungi bahan perasa, pewarna serta garam kerana ia mampu menyebabkan berlakunya pembengkakan.
  2. Lakukan senaman dengan kerap bagi memastikan kulit anda kekal elastik dan lembut.
  3. Gunakan krim sapuan anti stretch mark bagi membantu kulit anda kekal elastik dan lembut. Namun begitu, krim sapuan ini tidak mampu menyerap ke lapisan yang paling dalam dan hanya berkesan pada permukaan kulit sahaja lalu boleh menyebabkan koyakan kecil pada kolagen.
  4. Anda perlu gunakan krim sapuan anti stretch marks ini bersama dengan minyak dan krim pelembab bagi memastikan kulit anda menjadi lebih lembut. Urutan lembut menggunakan minyak atau krim ini setiap hari akan membuat anda berasa lebih baik. Selain itu, ia juga mampu membantu merangsang pertumbuhan tisu yang baru walaupun tidak dapat menghalang stretch marks daripada timbul. Minyak semulajadi seperti minyak zaitun, kelapa, badam dan avokado sangat berguna buat wanita hamil.
  5. Pakar kulit menyarankan wanita hamil untuk mengambil kapsul vitamin E atau menyapu minyak vitamin E pada stretch marks. Vitamin E adalah antioksida yang merupakan bahan utama krim-krim sapuan kulit termasuklah krim stretch marks. Walaubagaimanapun, pengambilan kapsul vitamin E mungkin tidak selamat dalam beberapa kes. Berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen vitamin.
  6. Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air putih setiap hari bagi memastikan kulit anda kekal lembut dan berhidrasi.

Stretch marks sebenarnya menandakan bayi anda membesar dengan normal. Ia juga akan pudar setelah bayi anda lahir. Setelah bayi anda menginjak usia 6 bulan, stretch mark anda akan semakin pudar dan meninggalkan garis-garis nipis sahaja.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan