Bakal Ibu Perlu Tahu Bacaan Gula Normal, Kalau TAK NAk Kena Minum Air Gula

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila melalui tempoh kehamilan, terdapat aspek penjagaan kehamilan yang perlu diketahui bagi mengelakkan masalah kesihatan lain seperti diabetes gestasi. Jom ketahui bacaan gula normal untuk ibu mengandung.

Apa itu diabetes gestasi?

Diabetes gestasi atau gestational diabetes mellitus (GDM) merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh individu wanita hamil. Ia adalah salah satu komplikasi perubatan yang kerap dihadapi semasa kehamilan.

Penyakit ini akan memberikan implikasi kesihatan yang serius untuk ibu dan anak dalam kandungan sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Sekiranya  menghidap penyakit diabetes, anda perlu mengendalikan gula darah dan memastikannya sentiasa dalam paras normal untuk melindungi kesihatan diri dan bayi.

Jenis diabetes ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin jika tidak dikesan dan dikawal.

Wanita hamil mempunyai lebih banyak risiko preeklampsia, jangkitan, macrosomic baby (saiz bayi lebih besar daripada bayi normal yang lain, walaupun tidak semua diabetes gestasi menyebabkan bayi menjadi besar) dan keguguran.

Merawat diabetes gestasi perlu untuk memastikan janin sihat dan mengelakkan komplikasi semasa kelahiran.

Bacaan gula normal untuk ibu mengandung

Bacaan gula normal untuk ibu mengandung

Anda sudah mengetahui bahawa diabetes gestasi boleh mendatangkan implikasi kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan, jadi apakah bacaan gula normal untuk ibu mengandung?

Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Untuk pengetahuan, BSP merupakan singkatan kepada profil gula dalam darah

Ujian BSP sering dilakukan di hospital dan klinik kesihatan bagi ibu yang menerima diagnosis diabetes gestasi atau mereka yang sudah mempunyai penyakit diabetes sebelum hamil (jenis 1 atau jenis 2).

Walau bagaimanapun, jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan alat ujian ini untuk membolehkan ujian dilakukan di rumah.

Berikut merupakan garis panduan bacaan daripada American Clinical O&G (ACOG):

  • Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <95 mg/dL (5.3 mmol/L)
  • 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <140 mg/dL (7.8 mmol/L)
  • 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <120 mg/dL (6.7 mmol/L)

Walau bagaimanapun, bacaan di atas adalah sekadar garis panduan semata-mata yang diperolehi daripada pelbagai penyelidikan yang dilakukan. Ini bermakna, bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah berbeza bagi setiap individu. 

Ibu mengandung dengan diabetes

Jadi bagaimana penjagaan bagi ibu yang mungkin mengalami masalah diabetes gestasi ini? Berikut dikongsikan beberapa tip penjagaan yang boleh diamalkan:

diabetes gestasi

Pemakanan seimbang

Diet yang sihat dan seimbang amatlah digalakkan untuk setiap individu, khususnya individu yang mempunyai masalah diabetes.

Seorang pakar pemakanan boleh membantu anda membuat rancangan pemakanan seimbang dan menunjukkan cara mengawal gula dalam darah sepanjang tempoh kehamilan.

Hidangan makanan biasa bagi wanita yang mempunyai diabetes gestasi adalah termasuk tiga hidangan bersaiz kecil ke sederhana dan dua hingga empat hidangan snek.

Pengubahsuaian hidangan makanan adalah bergantung kepada tahap gula dalam darah, selera pemakanan dan pola pertambahan berat serta faktor-faktor lain berkaitan kehamilan.

Pemeriksaan doktor

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hamil yang mempunyai diabetes perlu untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan kerap. Keadaan ini adalah untuk mendapatkan cara terbaik bagi mencegah dan merawat masalah kesihatan yang dialami pada peringkat awal.

Insulin dan pil

Anda perlu mengikut jadual pengambilan insulin dan pil seperti yang diarahkan oleh doktor bagi mengawal tahap gula dalam darah.

Terdapat beberapa keadaan di mana insulin sesuai untuk dijadikan rawatan utama. Antaranya:

  • Bacaan gula normal untuk ibu mengandung tidak tercapai walaupun sudah dipreskripsikan dengan kawalan pemakanan, senaman dan terapi metformin
  • Tidak boleh mengambil metformin disebabkan oleh kontraindikasi atau tidak mahu mengambilnya
  • Gula di dalam darah semasa berpuasa melebihi 5.3 mmol/L (walaupun belum dipreskripsi dengan terapi metformin)
  • Gula di dalam darah semasa berpuasa di antara 6.0-6.9 mmol/L berserta dengan komplikasi seperti bayi besar atau polihidramnios

Pemantauan dan kawalan

Mengekalkan gula dalam darah secara terkawal juga boleh menyebabkan paras gula dalam darah berada pada tahap yang rendah.

Jika anda mengambil pil diabetes atau insulin, disyorkan untuk mempunyai sumber gula yang cepat, seperti gula-gula, tablet glukosa atau gel sepanjang masa.

Berat badan ibu hamil yang disarankan

Bacaan gula normal untuk ibu mengandung

Sememangnya sepanjang tempoh mengandung, berat badan anda pasti akan bertambah. Berikut adalah kenaikan berat badan yang disarankan bagi individu wanita hamil mengikut indeks jisim badan (BMI):

  • Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kilogram (kg)
  • Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg
  • Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja

Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg.

Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan. 

Apa yang penting adalah untuk ibu yang sedang hamil perlu menjaga diri secara keseluruhan, melibatkan kesihatan fizikal dan mental. Elakkan dari stres, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Jenis Diabetes, Penting Untuk Tahu Bagaimana Penyakit Ini Bermula

Ramai yang beranggapan diabetes hanyalah sejenis penyakit sahaja. Jangan terkejut, banyak lagi ya! Mari kenali jenis diabetes yang lain dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kencing Manis 12/10/2020 . 4 minit bacaan

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

Rasanya ramai yang sudah tahu bahaya virus influenza ini bukan? Namun ada kajian terbaharu yang kata wanita hamil lebih berisiko! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tabiat membaca

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
merancang kehamilan

Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan