backup og meta

Khas Buat Ibu Hamil, Ini 4 Jenis Buah Terbaik Untuk Anda & Kandungan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

    Khas Buat Ibu Hamil, Ini 4 Jenis Buah Terbaik Untuk Anda & Kandungan!

    Wanita mengandung sememangnya perlu makan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan antioksida, mineral, vitamin dan serat yang mencukupi. Tetapi, adakah buah untuk ibu hamil? 

    Walaupun semua jenis buah-buahan mempunyai kandungan nutrisinya yang tersendiri, terdapat juga buah-buahan spesifik yang lebih sesuai untuk dimakan oleh ibu hamil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    4 Jenis buah untuk ibu hamil

    Berikut merupakan 4 jenis buah-buahan tersebut:

    #1. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C

    buah untuk ibu hamil

    Vitamin C atau asid askorbik merupakan nutrien yang paling penting untuk tubuh badan manusia.

    Vitamin jenis ini berfungsi untuk proses penyembuhan, pelindungan daripada bahan kimia dan radikal bebas serta melindungi dan merawat selsema yang biasa dengan meningkatkan sistem imun individu.

    Ia juga merupakan elemen yang penting bagi tujuan penyerapan dan biosintesis nutrien lain yang juga penting untuk tubuh badan manusia iaitu zat besi, vitamin A, vitamin E dan kolagen.

    Tidak seperti haiwan, tubuh badan manusia tidak mampu untuk menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin jenis ini seperti:

    • Buah sitrus: oren, limau, lemon, pomelo, limau gedang, limau mandarin
    • Buah beri: strawberi, beri biru, beri hitam, beri acai, ceri, kiwi
    • Jambu batu
    • Tembikai susu, melon

    Buah untuk ibu hamil#2: Pilih yang kaya dengan potasium

    Potasium merupakan salah satu daripada mineral makro yang sangat penting dalam memastikan tubuh badan manusia mempunyai tenaga otot, kandungan air dan elektrolit yang mencukupi.

    Mineral jenis ini juga membantu individu menyeimbangkan tahap metabolisme dan tekanan darah selain menguatkan sistem saraf.

    Selain itu, pengambilan potasium dalam kuantiti yang mencukupi juga dapat mengurangkan risiko ibu hamil mengalami kekejangan kaki.

    Potasium tidak sukar untuk ditemui, mineral jenis ini terdapat dalam banyak buah-buahan seperti:

    • Stone fruits: aprikot, pic, plum, nektar
    • Avokado
    • Pisang
    • Kiwi
    • Jambu batu
    • Buah markisa

    Baca juga:

    #3. Buah-buahan yang tinggi beta-karotena

    Beta-karotena merupakan pelopor kepada vitamin A yang merupakan nutrien yang bagus untuk penglihatan dan kulit yang sihat, fungsi otot dan sendi serta meningkatkan sel-sel reproduktif dalam tubuh badan manusia.

    Beta-karotena juga merupakan antioksida yang sangat kuat dalam membantu tubuh badan manusia melawan radikal bebas yang sering berlaku apabila meningkat usia.

    Beta-karotena terdapat di dalam buah-buahan yang mempunyai warna seakan-akan merah, oren dan kuning seperti:

    • Mangga
    • Aprikot
    • Betik
    • Melon
    • Pisang kaki

    Semua contoh di atas adalah antara buah untuk ibu hamil yang sangat berkhasiat dan mampu membekalkan nutrisi untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan.

    Buah untuk ibu hamil #4: Buah-buahan yang kaya dengan folat

    buah untuk ibu hamil

    Folat atau asid folik adalah kompenen vitamin B yang berfungsi mencipta, membaiki serta membuat DNA berfungsi. Selain itu, folat juga berfungsi sebagai anti-depressant semulajadi yang selamat serta mampu mencegah diabetes.

    Folat sangat penting untuk ibu hamil kerana kekurangan pengambilan nutrisi ini seringkali dikaitkan dengan kondisi neural tube defect (NTD) kepada bayi dalam kandungan.

    Kekurangan pengambilan folat juga mampu mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami bibir sumbing dan beberapa penyakit berkaitan jantung.

    Selain itu juga, kekurangan nutrisi ini akan mengakibatkan ibu hamil menghidapi praeklampsia.

    Asid folik terdapat di dalam buah-buahan yang berikut:

    • Buah sitrus: oren, limau gedang
    • Betik
    • Anggur
    • Strawberi, raspberry
    • Pisang

    Menjaga pemakanan wanita mengandung

    wanita mengandung

    Umumnya, seorang wanita mengandung perlulah menjaga diet pemakanan harian. Ia bukan sahaja penting untuk memastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi tetapi dalam masa yang sama demi tumbesaran janin.

    Selain pemakanan, ibu hamil juga disarankan untuk melakukan senaman bagi memastikan tahap kesihatan kekal optimum.

    Jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan pemakanan yang sesuai semasa hamil, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor bertauliah untuk membantu anda, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan