backup og meta

BAHAYA, Sawan Eklampsia Berisiko Ancam Nyawa Ibu & Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/06/2021

    BAHAYA, Sawan Eklampsia Berisiko Ancam Nyawa Ibu & Bayi!

    Eklampsia post partum adalah komplikasi terjadi setelah selamat melahirkan bayi. Tetapi apakah sebenarnya eklampsia? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai patofisiologi eklampsia dan kesan bahayanya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Eklampsia post partum?

    Eklampsia post partum adalah keadaan ibu yang mengalami tekanan darah tinggi selepas melahirkan anak.

    Keadaan itu adalah lanjutan daripada eklampsia semasa tempoh kehamilan.

    Umumnya, eklampsia merupakan komplikasi preeklampsia yang teruk, keadaan serius yang jarang berlaku. Ia di mana tekanan darah tinggi mengakibatkan sawan semasa berbadan dua.

    Sawan atau kekejangan adalah tempoh aktiviti otak terganggu yang boleh menyebabkan episod merenung, penurunan kewaspadaan dan gegaran kuat (convulsion).

    Keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa walaupun tidak mempunyai sejarah serangan sawan.

    Simptom eklampsia post partum

    Untuk memahami simptom patofisiologi eklampsia, anda harus menyedari keadaan eklampsia adalah berpunca daripada preeklampsia.

    Ini sekali gus bermakna, wujud kemungkinan untuk mengalami gejala kedua-dua keadaan.

    Pun begitu, terdapat faktor lain yang mungkin mendasari simptom yang dialami, seperti kencing manis atau penyakit buah pinggang. 

    eklampsia post partum

    Berikut antara gejala umum preeklampsia:

    • Tekanan darah tinggi
    • Bengkak pada muka atau tangan
    • Sakit kepala
    • Kenaikan berat badan berlebihan
    • Pening dan muntah
    • Masalah penglihatan, termasuk episod kehilangan penglihatan atau penglihatan kabur
    • Kesukaran untuk kencing
    • Kesakitan pada abdomen, terutama pada bahagian atas kanan perut

    Ibu hamil dengan eklampsia boleh mengalami gejala yang dinyatakan di atas atau mungkin tidak langsung mengalami sebarang simptom sebelum bermulanya eklampsia post partum.

    Di bawah antara gejala eklampsia yang biasa:

    • Sawan
    • Tidak sedarkan diri
    • Kegelisahan 

    Baca juga:

    Punca & faktor risiko patofisiologi eklampsia

    Patofisiologi eklampsia sering terjadi selepas preeklampsia, dicirikan oleh tekanan darah tinggi semasa kehamilan dan dalam kes jarang untuk terjadi, selepas bersalin atau disebut sebagai eklampsia post partum. 

    Namun dikatakan setiap kes eklampsia adalah unik dan wanita hamil yang berdepan situasi ini mungkin mempunyai ciri sedikit atau langsung tiada persamaan dengan individu lain.

    Faktor risiko untuk preeklampsia dan eklampsia juga berbeza bagi setiap individu. 

    Pun begitu, berikut antara beberapa faktor yang harus dipertimbangkan, seperti:

    Sejarah kehamilan

    Kebanyakan kes preeklampsia berlaku pada kehamilan pertama. Ibu yang pernah hamil juga berisiko untuk mengembangkan eklampsia.

    Usia 

    Hamil pada usia remaja atau wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi untuk terkena eklampsia.

    Sejarah keluarga

    Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami preeklampsia atau eklampsia meningkatkan kecenderungan genetik terhadap keadaan tersebut

    Obesiti

    Wanita dengan masalah obesiti berisiko lebih tinggi mengalami eklampsia post partum daripada yang lain.

    Tekanan darah tinggi

    Ibu hamil dengan penyakit tekanan darah tinggi jangka panjang lebih berisiko tinggi terkena eklampsia berbanding individu lain.

    eklampsia post partum

    Eklampsia post partum dan bayi

    Kedua-dua keadaan, preeklampsia dan eklampsia boleh menjejaskan plasenta yang merupakan organ penting berfungsi menyalurkan oksigen dan nutrien kepada janin

    Apabila tekanan darah tinggi mengurangkan aliran darah melalui saluran, plasenta mungkin tidak dapat berfungsi dengan efisien. 

    Ini boleh mengakibatkan bayi dilahirkan dengan berat rendah atau masalah kesihatan lain. 

    Apabila wujud masalah berkaitan plasenta, kelahiran pramatang perlu dilakukan untuk kesihatan dan keselamatan bayi.

    Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan ini boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan.

    Komplikasi eklampsia

    Biasanya gejala anda akan hilang dalam masa beberapa hari hingga minggu selepas selamat bersalin. Melainkan anda mengalami eklampsia post partum.

    Walau bagaimanapun, anda masih mempunyai kemungkinan untuk berdepan tekanan darah tinggi pada kehamilan akan datang. 

    Jika berlaku komplikasi semasa kehamilan, anda mungkin berdepan kecemasan perubatan seperti gangguan plasenta. 

    Placental abruption merupakan keadaan yang menyebabkan plasenta berpisah daripada rahim. 

    Sekiranya terjadi, kelahiran pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan bayi.

    Terdapat kemungkinan bayi akan berdepan masalah kesihatan atau kehilangan nyawa.

    Komplikasi teruk pada ibu pula seperti strok atau serangan jantung. 

    eklampsia post partum

    Rawatan & pencegahan eklampsia post partum

    Kini anda sudah memahami patofisiologi eklampsia. 

    Sudah tentu anda ingin mengetahui cara rawatan untuk menyembuhkan keadaan tersebut, bukan?

    Satu-satunya cara adalah dengan melahirkan bayi dan gejala eklampsia akan hilang dalam tempoh 6 minggu.

    Membiarkan kehamilan berterusan semasa ibu mengalami eklampsia boleh mengakibatkan komplikasi.

    Dalam kes jarang berlaku, terdapat kerosakan kekal pada organ-organ penting. Disebabkan itu sangat penting untuk ibu hamil memaklumkan kepada doktor mengenai sebarang simptom yang dialami.

    Sekiranya anda mengalami gejala serupa seperti yang disenaraikan di atas, lakukan pemeriksaan doktor pada kadar segera!

    Ia bertujuan untuk memastikan anda mempunyai proses kehamilan yang baik dan dapat melahirkan zuriat yang sihat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan