Apa yang bahaya mengenai penyakit ini adalah ia boleh mengundang kepada beberapa penyakit lain yang lebih serius iaitu praeklampsia, kematian bayi semasa lahir. Kondisi ini biasanya akan pulih dengan sendiri selepas kelahiran bayi, namun ia turut meningkatkan risiko kedua-dua ibu dan bayi untuk menghidap diabetes dewasa kelak.
Apa kata pakar?
Menurut Dr. Adam Watkins yang merupakan profesor biologi reproduktif di University of Nottingham, IVF pernah dikaitkan dengan beberapa kondisi lain selain diabetes gestasi iaitu kelahiran bayi kurang berat dan juga praeklampsia.
Beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan wanita yang menggunakan teknik IVF cenderung lebih tua dan mempunyai kondisi seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS) berbanding wanita yang hamil secara semula jadi. Jadi, ini mungkin antara punca diabetes gestasi berlaku.
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kadar hormon yang digunakan dalam rawatan kesuburan untuk merangsang tubuh badan wanita untuk menghasilkan telur dan juga ketika pembedahan pemindahan embrio ke dalam rahim. Hormon ini dikatakan akan menjejaskan penggunaan insulin, sekali gus meningkatkan risiko rintangan insulin dan seterusnya, diabetes.
Manakala menurut Alastair Sutcliffe, profesir pediatrik umum di University College London, ia bukan satu perkara yang perlu anda terlalu risau atau panik. Kini, seramai lebih 8 juta bayi dilahirkan melalui teknik ART seperti IVF di serata dunia dan jumlah ini dijangka semakin meningkat tahun demi tahun. Dengan teknologi perubatan yang makin moden dan canggih, tidak mustahil untuk menurunkan risiko diabetes gestasi terhadap ibu IVF.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen