Apa yang Perlu Anda Tahu tentang Vaksinasi semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Vaksin membantu melindungi anda dan bayi terhadap penyakit serius. Anda semestinya tahu bahawa semasa kehamilan, anda akan berkongsi semua perkara dengan bayi anda. Ini bermakna, jika anda mendapatkan vaksin, anda bukan sahaja melindungi tubuh anda sendiri- bahkan juga anda memberikan si manja anda perlindungan awal.

Mengapa saya perlu mendapatkan vaksin?

Vaksin yang anda ambil sebelum dan semasa hamil bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam melindungi kesihatan anda, tetapi juga melindungi kesihatan bayi anda. Imuniti anda adalah barisan pertahanan pertama bayi terhadap penyakit serius tertentu. Jadi, jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil, ini masanya untuk anda memastikan suntikan vaksinasi anda terkini. 

Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa bukan semua vaksin adalah selamat diambil semasa hamil. Vaksin datang dalam tiga bentuk: virus hidup, virus mati, dan toksoid (tidak berbahaya, secara kimianya merubah protein yang dikeluarkan daripada bakteria). Ibu hamil tidak boleh mendapatkan vaksin virus hidup, seperti gabungan vaksin campak, beguk, dan rubella (MMR), kerana terdapat risiko kecil vaksin ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Vaksin yang diperbuat daripada virus mati, seperti suntikan selesema, dan vaksin toksoid, seperti suntikan kancing gigi/ difteria/ pertusis (Tdap), adalah selamat. Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu mengenai vaksinasi sebelum, semasa, dan selepas kehamilan.

Vaksin apa yang perlu saya dapatkan sebelum hamil?

Jangkitan tertentu yang boleh dicegah boleh membahayakan semasa kehamilan. Disebabkan itulah anda perlu melakukan pemeriksaan ujian darah pra-kehamilan bagi mengetahui jika anda imun terhadap penyakit-penyakit ini. Jika tidak, anda perlu mendapatkan vaksin sebelum mula hamil. Anda hanya perlu pastikan bahawa anda menagguhkan kehamilan selama sebulan selepas mendapatkan suntikan. Ini kerana suntikan-suntikan ini diperbuat daripada virus hidup yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Vaksin campak, beguk, rubella (MMR)

Campak, adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang sangat mudah berjangkit. Campak bermula dengan demam, batuk dan hidung berhingus, dan diikuti dengan tompokan ruam merah beberapa hari selepas itu. Beguk juga merupakan penyakit viral berjangkit yang menyebabkan kelenjar air liur membengkak. Jika anda dijangkiti salah satu daripada virus ini semasa kehamilan, risiko untuk anda mendapat keguguran amat tinggi (campak juga boleh meningkatkan peluang kelahiran bayi pramatang). Sementara itu, virus rubella, juga dipanggil campak Jerman, datang dengan simptom seperti kerap selesema, diikuti oleh ruam. Ia boleh membahayakan kehamilan: Lebih daripada 85 peratus bayi yang ibunya mendapat penyakit ini semasa trimester pertama mengalami kecacatan kelahiran yangs erius, seperti kehilangan pendengaran dan kecacatan intelek.

Vaksin cacar air

Penyakit yang amat mudah berjangkit, cacar air menyebabkan demam dan ketidakselesaan, ruam gatal. Kira-kira 2 peratus bayi yang ibubya menghidap cacr air semasa lima bulan pertama kehamilan mengalami kecacatan kelahiran, termasuklah cacat dan lumpuh anggota badan. Tambahan pula, wanita yang mendapat cacar air semasa hampir tempoh bersalin boleh memberikan jangkitan yang mengancam nyawa bayinya.

Vaksin apa yang boleh saya ambil semasa hamil?

Vaksin-vaksin di bawah adalah dikategorikan sebagai selamat diberikan kepada wanita hamil yang berisiko mendapat jangkitan:

  • Hepatitis B: Wanita hamil yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini dan diuji negatif untuk virus ini boleh mendapatkan vaksin. Ia digunakan untuk melindungi ibu dan bayi terhadap jangkitan sebelum dan selepas kelahiran. Satu siri tiga dos diperlukan untuk mendapatkan imuniti. Dos kedua dan ketiga diberikan pada sebulan dan 6 bulan selepas dos pertama.
  • Influenza (dimatikan): Vaksin ini boleh mencegah penyakit serius pada ibu semasa hamil. Semua wanita yang akan hamil (pada sebarang trimester) semasa musim selesema perlu ditawarkan vaksin ini. Dapatkan nasihat daripada doktor anda jika vaksin ini sesuai untuk anda.
  • Tetanus/Difteria/Pertusis (Tdap): Tdap adalah disarankan untuk diambil semasa hamil, sebaik-baiknya diberikan antara minggu ke-27 dan minggu ke-36 kehamilan, bagi melindungi bayi daripada batuk kokol. Jika tidak diberikan semasa hamil, Tdap boleh diberikan sebaik sahaja selepas anda melahirkan bayi.
  • Batuk kokol (Pertusis): Batuk kokol boleh jadi penyakit yang serius untuk setiap orang, tetapi untuk bayi baru lahir, ia boleh mengancam nyawanya. Lebih 20 bayi mati setiap tahun di Amerika Syarikat disebabkan batuk kokol. Kira-kira separuh bayi muda yang berusia kurang daripada satu tahun yang mendapat batuk kokol memerlukan rawatan di hospital. Semakin muda bayi yang mendapat batuk kokol, semakin cenderung untuk dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Mungkin sedikit sukar untuk anda tahu jika bayi mengalami batuk kokol kerana kebanyakan bayi yang mendapat penyakit ini tidak batuk langsung. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas dan bertukar menjadi biru.
  • Selesema: Perubahan pada imun, jantung, dan fungsi paru-paru semasa kehamilan membuatkan anda cenderung mendapat sakit akibat daripada selesema. Dijangkiti selesema turut meningkatkan peluang anda mendapat masalah yang lebih serius kepada bayi yang sedang berkembang dalam kandungan, termasuklah risiko mendapat kelahiran bayi pramatang. Dapatkan suntikan selesema jika anda hamil semasa musim selesema – adalah terbaik untuk melindungi diri anda dan bayi selama beberapa bulan selepas kelahiran, daripada komplikasi yang berkaitan dengan selesema.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Penyakit ureter atau saluran kencing boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah lelaki atau wanita. Malah, bayi juga boleh diserang penyakit ini. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 6 minit bacaan

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Pernahkah anda dengar mengenai air kencing berdarah atau hematuria? Kondisi ini selalunya mempunyai punca yang tidak serius dan boleh dirawat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    sumber karbohidrat untuk diet

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    ooforektomi

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan