
Pembedahan caesarean atau C-section merupakan prosedur pembedahan yang digunakan untuk melahirkan bayi melalui proses pemotongan abdomen dan rahim ibu. Setiap bakal ibu perlu mempertimbangkan kemungkinan mereka perlu untuk melakukan pembedahan ini. Menurut kajian yang dilakukan oleh Centers for Disease Control and Prevention, sebanyak 32 peratus bayi dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Berikut merupakan perkara yang pasangan anda boleh lakukan apabila anda melakukan C-section.
Sentiasa berada di sisi anda
Bagi pembedahan C-section yang berjadual, anda akan berada dalam keadaan sedar sepanjang pembedahan. Dengan adanya pasangan anda di sisi, anda dapat mengurangkan perasaan gementar anda. Pasangan anda selalunya diarahkan untuk berada di belakang tirai sambil memegang tangan anda dan mengalihkan tumpuan anda dengan berbual dengannya.
Memberi informasi
Pasangan anda yang selalu mengingatkan prosedur sepanjang pembedahan adalah sangat membantu. Dia boleh berbual sepanjang pembedahan dengan anda untuk bersedia dengan setiap prosedur yang doktor bakal lakukan. Selain itu, pasangan anda juga boleh memberikan perincian terhadap prosedur pembedahan yang sedang berlaku.
Membantu anda bergerak selepas pembedahan
Kebanyakan wanita akan mengalami kesakitan beberapa hari selepas pembedahan. Kesakitan ini tidak dapat dielakkan namun pasangan anda boleh membantu anda mengatasinya bersama-sama. Dia boleh membantu anda untuk bangun dan berjalan di dalam wad anda. Ini akan membuat anda berasa sedikit lega selain membantu melancarkan perjalanan dari kepala ke kaki untuk mengelakkan pembentukan darah beku.
Membantu anda mengangkat sesuatu yang berat
Selepas pembedahan C-section, anda tidak dibenarkan untuk mengangkat apa-apa yang mempunyai berat lebih daripada bayi anda sekurang-kurangnya untuk tempoh 4 minggu. Minta pasangan anda melakukannya untuk anda.
Elakkan melakukan hubungan seks
Pastikan anda tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan. Namun begitu, anda boleh menggunakan kaedah keintiman yang lain pada waktu bayi anda sedang nyenyak tidur.
Membuat tugasan di rumah
Selepas pembedahan C-section, anda perlu meminta bantuan individu lain untuk menguruskan pelbagai perkara sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu. Minta pasangan anda melakukan tugasan memasak, mencuci serta menjaga bayi. Jika dia sibuk berkerja, minta bantuan ahli keluarga atau sahabat anda. Semakin banyak bantuan yang anda dapat, lebih cepat masa untuk anda pulih.
Anda dan pasangan perlu melakukan persediaan yang secukupnya sebelum melakukan pembedahan C-section bagu memastikan pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan mempercepatkan masa pemulihan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: