5 Mitos Sewaktu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kehamilan adalah waktu mengujakan dan juga menggusarkan di saat si ibu menanti kedatangan si manja. Setiap ibu mahukan anaknya dilahirkan dengan sihat. Dan disebabkan itu, pelbagai mitos timbul, hingga ada di antaranya menyebabkan kerisauan kepada si ibu. Berikut ialah 5 mitos biasa berlaku sewaktu kehamilan yang perlu dijelaskan.

Anda tidak boleh mengambil vaksin flu

Anda mungkin risau bahawa vaksin mungkin menjejaskan anak anda dengan bahan penstabilnya atau membuatkan anda lebih berisiko menghidap flu. Sebaliknya, tiada bukti saintifik menunjukkan bahaya vaksin kepada bayi, atau menyebabkan ibu mengandung menghidap flu.

Kehamilan akan mencetuskan pelbagai perubahan kepada badan anda, terutamanya kepada sistem imun. Jika anda menghidap flu sewaktu hamil, badan anda mungkin tidak dapat menanganinya dengan baik dan anda lebih berisiko menghidap komplikasi serius.

Vaksin flu dapat menyelamatkan anda dan anak anda. Bagaimanapun, jangan mengambil vaksin dalam bentuk spray hidung yang mengandungi virus hidup dan lemah. Ambil vaksin flu mengandungi virus mati. Jika anda mempunyai kebimbangan terhadap penstabil dalam vaksin, anda boleh memilih vaksin flu tanpa thimerosal.

Anda perlu makan untuk dua orang

Yes, you are carrying with you another person. However, it does not necessarily mean you have to eat double servings for both you and your child.

Ya, anda sedang hamil dengan seorang bayi tetapi ini tidak bermakna anda perlu makan dua kali ganda untuk anda dan anak anda. Malah, menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), seorang wanita yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung memerlukan sekitar 300 kalori sehari untuk perkembangan bayi.

Si ibu perlu mendapatkan kira-kira 25 – 35 paun (kira-kira 11 – 16 kg) semasa kehamilan atau kurang daripada nilai tersebut jika dia berlebihan berat badan. Sekiranya anda hamil seorang dan bertambah berat badan lebih daripada 50 paun (~ 22 kg), anda mungkin mengalami kesukaran untuk melahirkan secara normal atau mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjalani pembedahan caesar. Oleh itu, jangan menekankan bahawa anda perlu makan banyak untuk kesihatan anak anda. Makan dengan sederhana.

Anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin

Anda masih boleh melakukan hubungan kelamin, tetapi pastikan dengan doktor terlebih dahulu. Bayi anda terjaga dengan baik dalam kantung amniotik dan otot rahim. Orgasma atau klimaks semasa seks adalah berbeza daripada kontraksi sewaktu melahirkan. Oleh itu, jika anda mempunyai kehamilan yang berisiko rendah, jangan risau kerana orgasma tidak menyebabkan keguguran.

Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan jangkitan seksual. Sekiranya anda mendapat jangkitan seperti chlamydia, ketuat kelamin, herpes atau HIV, bayi anda boleh dijangkiti. Periksa dengan doktor anda sama ada kehamilan anda berisiko rendah. Doktor anda mungkin melarang hubungan kelamin jika anda mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan semasa kehamilan, atau terdapat risiko kelahiran pramatang.

Anda akan berhenti muntah selepas trimester pertama

Tidak semestinya. Ini sebenarnya sangat bergantung pada tubuh anda, dan mungkin juga bergantung pada kehamilan anda. Muntah-muntah mungkin berhenti selepas trimester pertama dengan anak pertama anda, sementara kakak anda mungkin mengalami rasa mual sehingga trimester kedua, atau anda mungkin mengalaminya sewaktu kehamilan kedua.

Walau bagaimanapun, elok untuk anda mengetahui bahawa rasa loya adalah tanda kehamilan yang sihat. Ia adalah petunjuk tahap hCG yang baik (gonadotropin chorionic manusia) – hormon yang mengekalkan dan membantu kehamilan anda. Untuk meredakan rasa mual sehingga ia berakhir sendiri, cuba elakkan makanan atau bau yang mencetuskan perasaan itu. Makan kudapan berkarbohidrat tinggi dan cuba hisap daun pudina, lemon atau ais.

Anda akan jadi risau tentang privasi sewaktu bersalin

Para ibu yang bersalin kali pertama mungkin sangat takut dengan kemungkinan mendedahkan badan mereka kepada sekumpulan orang yang tidak dikenali di dalam bilik bersalin. Dan anda mungkin takut menghadapi situasi yang tidak selesa seperti mendedahkan kemaluan semasa bersalin.

Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa ahli perubatan berada di sana untuk membantu anda, mereka tidak menghakimi atau mengkritik, dan mereka mungkin sangat terbiasa dengan situasi tersebut. Semasa bersalin, apabila sampai saatnya, anda akan dapat menenangkan diri dan memberi tumpuan kepada misi yang paling penting – melahirkan bayi anda.

Kehamilan adalah gabungan pengalaman yang hebat dan membimbangkan bagi ramai wanita. Terdapat banyak mitos yang dihadapi wanita hamil. Walau bagaimanapun, untuk nasihat yang terbaik, rujuk dengan doktor jika anda risau tentang sebarang mitos supaya mentaliti anda tidak terganggu

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

    Tahniah, anda hamil sekali lagi! Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua? Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pemeriksaan vagina

    Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan