Bakal ibu pasti berdebar apabila semakin tiba tarikh jangkaan bersalin. Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang, Hello Doktor akan kongsikan tip persiapan bersalin anak pertama untuk anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Persiapan bersalin anak pertama untuk bakal ibu
Pastinya sebagai bakal ibu, anda telah menerima pelbagai nasihat daripada ahli keluarga dan rakan mengenai petua serta tip untuk melahirkan anak nanti.
Berikut antara tip yang mungkin bermanfaat untuk anda:
Kontraksi & proses bersalin
Setiap proses beranak adalah berbeza dan adalah menjadi kesukaran menentukan bila masa yang tepat untuk anda pergi ke hospital.
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita akan menuju ke hospital kerana bimbang mereka akan bersalin sedangkan ia hanyalah kontraksi Braxton Hicks. Ia biasanya terjadi buat mereka yang pertama kali mengandung.
Namun, tiada salahnya untuk berbuat demikian jika ia boleh menghilangkan rasa bimbang anda.
Walau bagaimanapun, salah satu persiapan bersalin anak pertama yang paling penting adalah untuk kekal bertenang di rumah ketika fasa pertama bersalin berlaku.
Apabila kontraksi berlaku setiap 5 minit dan berlanjutan untuk tempoh 30 saat atau lebih, ataupun anda mula berasa tidak selesa, itu adalah hint untuk anda memulakan perjalanan ke hospital.
Anda juga boleh menghubungi doktor jika tidak pasti atau mempunyai sebarang kebimbangan.
Ini antara peringkat bersalin yang akan bakal ibu lalui:
Fasa pertama
Pada peringkat ini, serviks mula melebar dan anda akan mengalami kontraksi ringan dan tidak teratur. Ia berlaku sebelum air ketuban pecah.
Fasa kedua
Serviks akan melebar daripada 6-10 cm dengan intensiti kontraksi bertambah kuat dan jarak masa semakin pendek.
Elakkan daripada meneran pada peringkat ini, melainkan atas arahan doktor.
Persiapan bersalin anak pertama #Fasa ketiga
Tiba masanya untuk anda meneran! Serviks telah melebar sepenuhnya dan anda boleh aktif meneran untuk melahirkan si manja,
Plasenta dikeluarkan
Merupakan fasa akhir di mana plasenta akan dikeluarkan. Peringkat ini lebih santai dan kontraksi kurang menyakitkan.
Petua untuk menguruskan kesakitan kontraksi semasa peralihan fasa bersalin adalah:
- Berjalan, menukar posisi berbaring atau duduk, bernafas secara perlahan semasa kontraksi
- Visualisasi atau aromaterapi
- Teknik relaksasi, urutan atau titik tekanan pada tangan
- Ubat penahan sakit (analgesia epidural) boleh dijadikan sebagai pilihan
Persiapan bersalin anak pertama #Kesakitan
Bukan berniat untuk menakutkan, tetapi proses kelahiran anak boleh menyebabkan kesakitan dan setiap ibu akan melalui dengan cara yang berbeza.
Namun daripada memikirkan kesakitan, anda boleh fokus kepada cara untuk mengatasinya. Ada bakal ibu yang memilih untuk menggunakan ubat penahan sakit atau epidural.
Di samping itu, terdapat juga wanita yang memilih untuk melalui proses bersalin tanpa penggunaan sebarang ubat penahan sakit. Semuanya bergantung kepada anda!
Kelahiran bayi
Sebagai persiapan melahirkan anak pertama, anda harus memahami perubahan emosi yang akan wujud selepas bayi selamat dilahirkan adalah normal: kegembiraan, kelegaan, kekecewaan, kebimbangan mahupun rasa puas.
Anda mungkin terkejut melihat keadaan si manja, khususnya jika proses bersalin yang panjang membuatkan kepalanya menjadi lonjong dan berwajah rata.
Mungkin wujud rasa kecewa apabila si manja tidak seperti apa yang anda bayangkan seperti mengalami kekuningan disebabkan jaundis, mahupun keadaan rambut sedikit atau banyak.
Usah risau, keadaan itu tidak kekal lama dan kelak, bayi anda akan kelihatan seperti apa yang dibayangkan selama tempoh 9 bulan kehamilan.
Baca juga: