
Tempoh bersalin semakin hampir. Sudahkah anda bersedia untuk melahirkan bayi? Apa persediaan yang anda lakukan sebelum bersalin? Jika anda ingin bersalin normal, anda perlu mengikuti beberapa langkah bagi memudah dan melancarkan proses semasa bersalin.
1 Ikuti kelas pranatal
Lengkapkan ilmu kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi dengan mengikuti kelas pranatal. Ibu hamil akan diajar oleh pakar bertauliah tentang cara untuk bersalin normal termasuklah dari segi pernafasan, mengurangkan kesakitan dan mengatasi perasaan cemas semasa bersalin.
2 Cari doktor yang menyokong bersalin normal
Masuk sahaja trimester ketiga, sudah tiba masanya untuk anda mencari hospital bersalin. Dalam memilih tempat bersalin, carilah juga doktor yang menggalakkan bersalin normal, di mana doktor akan menyediakan anda tentang cara-cara menghadapi kelahiran semula jadi seperti mengelakkan injuksi dan ubat.
3 Bergerak
Kerap lakukan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan untuk memudahkan anda bersalin. Jika larat, anda juga boleh lakukan aktiviti naik turun tangga, namun berhati-hatilah semasa melakukan pergerakan ini.
4 Pernafasan
Aspek penting yang membantu melancarkan proses bersalin anda. Ketahui cara pernafasan dan meneran yang betul supaya anda tidak habis tenaga semasa proses bersalin.
5 Cukup rehat
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya untuk membekalkan tenaga ketika bersalin.
6 Jangan ‘ponteng’ makan
Proses kelahiran memerlukan anda menggunakan banyak tenaga untuk meneran. Jadi, jangan biarkan anda lapar sebelum ke bilik bersalin.
7 Fikir positif
Elakkan daripada mendengar pengalaman bersalin yang negatif sehingga boleh mempengaruhi fikiran anda. Tetapkan minda kepada cerita-cerita positif dan titipkan kata semangat kepada diri sendiri bahawa setiap orang mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza. Banyakkan berdoa semoga proses bersalin anda dipermudahkan.
8 Jangan ‘berkejar’ ke hospital
Situasi lazim jika ibu berasa sakit semasa minggu-minggu terakhir kehamilan. Kenali tanda kontraksi palsu dengan yang sebenar. Tiada tempat yang lebih baik untuk berehat selain di rumah. Sebaik-baiknya, anda bergerak ke hospital sehinggalah waktu bersalin anda benar-benar tiba.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.