backup og meta

WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi ada ke khasiat jambu batu untuk ibu hamil?

Selamatkah makan jambu batu buat wanita hamil?

Dengan rasanya yang enak dan manis, buah jambu ini secara amnya selamat dan baik untuk dimakan buat wanita semua peringkat kehamilan. 

Ia buah yang kaya dengan nutrien serta memberikan manfaat kesihatan, terutamanya sepanjang tempoh kehamilan.

Buah ini harus dikupas sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.

Paling utama, ibu yang mengandung perlu memastikan pengambilan jambu batu ini tidak melebihi berat antara 100 hingga 125 gram sehari.

Pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan ia harus dielakkan bagi menghindari kesan buruk kepada janin

Tetapi adakah anda tahu manfaat dan khasiat jambu batu ini untuk mereka yang sedang berbadan dua?

Khasiat jambu batu untuk wanita hamil

Buah jambu ini secara keseluruhan adalah amat baik untuk pemakanan ibu hamil.

Ini kerana ia menawarkan pelbagai kebaikan dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh mengandung.

  1. Meningkatkan imuniti

Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun. 

Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan. 

  1. Mengimbangkan tahap tekanan darah

Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. 

Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang

  1. Khasiat jambu batu dalam mengawal kadar gula dalam darah

Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan. 

Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil. 

  1. Cegah sembelit dan buasir

Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya. 

Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya. 

Buasir sukarkan anda membuang air besar.
Buasir sukarkan anda membuang air besar.
  1. Meningkatkan pencernaan

Makan jambu batu semasa mengandung membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Ia mencegah masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, mual dan banyak lagi. 

Memakan makanan beralkali disyorkan kepada wanita hamil kerana dapat menurunkan risiko mengembangkan keasidan dan refluks gastroesofagus.

Buah jambu ini umumnya bersifat alkali dan membantu menyeimbangkan kandungan asid dalam perut. 

  1. Rendahkan risiko kanser, salah satu khasiat jambu batu

Kes kanser dalam kalangan ibu mengandung jarang berlaku, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

Jambu yang mengandungi antioksidan boleh membantu melawan barah. Ia juga kaya dengan likopen dan vitamin C untuk menyahtoksik badan. 

  1. Meningkatkan penglihatan antara kebaikan jambu batu

Jambu batu kaya dengan vitamin A dan dapat mencegah risiko kebutaan serta meningkatkan tahap penglihatan buat ibu dan janin. 

  1. Sistem saraf bayi

Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. 

Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

  1. Mengurangkan risiko anemia

Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. 

Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia

  1. Sumber vitamin B3 dan B6

Jambu batu merupakan sumber vitamin B3 dan B6 semula jadi yang baik serta penting untuk dimasukkan dalam pemakanan ibu hamil. Ini kerana ia dapat menyumbang kepada kesihatan kognitif.

Vitamin ini juga meningkatkan kesihatan otak janin dan memperbaiki tahap tumpuan serta fokus kepada wanita yang sedang mengandung. 

Buah jambu segar.
Buah jambu segar.
  1. Khasiat jambu batu: Boleh menenangkan fikiran ibu

Tekanan yang dialami semasa hamil akan mengeluarkan kortisol, berisiko menjejaskan keadaan anda. 

Tetapi dengan pengambilan jambu yang merupakan sumber magnesium dapat menenangkan otot dan saraf, sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

  1. Mengurangkan mabuk pagi, kebaikan jambu batu

Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness).

Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk makan jambu batu. Mungkin ia membantu mengatasinya.

Makan jambu batu dalam jumlah sederhana

Apa juga makanan haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana dan berpada-pada. 

Jika secara berlebihan, pastinya ia boleh mendatangkan kesan dan mudarat kepada kesihatan.


Begitu jugalah dengan pengambilan jambu batu ini, jika wanita hamil memakannya secara berlebihan pasti akan menimbulkan masalah. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tropical Fruits. https://www.ars.usda.gov/ARSUserFiles/66210000/reprint969.pdf. Accessed Aug 18, 2020.
  2. Psidium guajava: A Single Plant for Multiple Health Problems of Rural Indian Population https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5628524/. Accessed Aug 18, 2020.
  3. Can guava fruit intake decrease blood pressure and blood lipids? https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8383769/. Accessed Aug 18, 2020. 
  4. What are the health benefits of guava. https://www.researchgate.net/post/What_are_the_health_benefits_of_Guava. Accessed Aug 18, 2020. 
  5. Get iron naturally pregnancy. https://americanpregnancy.org/naturally/get-iron-naturally-pregnancy/. Accessed Aug 18, 2020. 

Versi Terbaru

09/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Nak Kandungan Sihat & Sempurna? JANGAN Ambil 14 Makanan Ini!

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan