Ramai yang tidak dapat menafikan faedah bersenam dan kebaikan aktiviti fizikal seperti bersenam, lebih-lebih lagi ketika kebanyakan kita sedang melakukan penjarakan sosial untuk membendung wabak COVID-19.
Bersenam bukan sahaja baik untuk fizikal kita, tetapi ia juga bagus untuk kesihatan mental.
Udara yang segar di luar rumah sedikit sebanyak dapat membantu kita rasa lebih tenang dan relaks, lebih-lebih lagi jika kebanyakan masa digunakan untuk bekerja.
Tetapi, disebabkan bilangan kes yang semakin meningkat, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga ketika keluar bersenam.
Ketika jarak fizikal sukar untuk dijaga di taman-taman awam atau di gimnasium, ramai orang mula memakai pelitup muka ketika bersenam.
Persoalannya, adakah pelitup muka akan menyukarkan aktiviti senaman? Selain itu, selamatkah jika kita bersenam memakai pelitup muka?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kecergasan, anda boleh klik di sini.
Keselamatan diri ketika bersenam menggunakan pelitup muka
Jika anda ragu-ragu untuk memakai pelitup muka ketika bersenam, soalan-soalan di bawah dapat membantu anda untuk membuat keputusan.
Walau bagaimanapun, informasi ini hanya boleh digunakan oleh orang dewasa yang sihat sahaja dan mampu untuk menjaga diri sendiri ketika bersenam.
Disebabkan kini pihak berkuasa mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam, mungkin ramai yang ingin kekal memakai mask ketika bersenam.
Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang cara untuk kekal selamat jika anda ingin terus memakai pelitup muka ketika bersenam.
Faedah bersenam: Patutkah anda bersenam sambil memakai pelitup muka?
Ya, anda patut memakai pelitup muka ketika bersenam jika berada di tempat awam dan tidak boleh mengekalkan penjarakan sosial 1 meter daripada orang lain.
Antara faedah bersenam sambil memakai pelitup muka adalah dapat melindungi diri anda dan orang lain daripada penyebaran COVID-19.
Namun, jika anda berjoging di kawasan yang lapang dan tidak ramai orang, pemakaian pelitup muka mungkin tidak diperlukan. Tetapi, cuba jaga jarak ketika anda berpapasan dengan orang lain.
Faedah bersenam: Selamatkah memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti fizikal?
Pemakaian pelitup muka sewaktu bersenam adalah 100% selamat.
Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kadar degupan jantung dan tahap oksigen dalam badan tidak akan terjejas dengan banyak walaupun anda memakai pelitup muka ketika bersenam.
Malah, ia juga mungkin tidak akan membuatkan anda rasa penat lebih awal. Namun, perkara ini mungkin berbeza mengikut individu.
Pemakaian pelitup muka mungkin akan membuatkan prestasi senaman anda menurun disebabkan peredaran udara yang terbatas.
Walaupun anda memakai pelitup muka yang breathable, masih ada kemungkinan untuk anda cepat penat setelah bersenam untuk beberapa ketika.
Tetapi, jangan risau. Semua ini adalah normal. Jika anda rasa prestasi anda menurun disebabkan pemakaian pelitup muka, jangan paksa diri ketika melakukan aktiviti fizikal.
Mulakan senaman dengan perlahan dan berhenti seketika jika penat. Lama-kelamaan, badan anda akan jadi biasa dengan pemakaian pelitup muka.
Saya lebih suka bersenam di gim. Perlukah saya pakai mask?
Cuba bayangkan, ada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 bersenam di dalam gim yang sama dengan anda.
Disebabkan gimnasium merupakan satu ruang yang tertutup, virus tersebut boleh merebak dengan lebih jauh dan kekal di dalam kawasan tersebut sekurang-kurangnya satu jam.
Menurut kenyataan Dr. Christopher Gee dari University Of Utah, pemakaian pelitup muka semasa berada di gimnasium amat digalakkan.
Jika tidak tahan memakai pelitup muka di gim, beliau mencadangkan agar mereka ini melakukan aktiviti fizikal di tempat yang terbuka dan tidak ramai orang.
Selain itu, anda juga boleh bersenam di rumah sahaja, faedah yang didapati juga sama. Malah, ada banyak jenis senaman yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kesihatan anda ketika pandemik.
Pelitup muka jenis apa yang terbaik untuk dipakai ketika bersenam?
Pemilihan pelitup muka yang sesuai juga penting ketika bersenam. Ada banyak jenis pelitup muka untuk dapatkan faedah bersenam, tetapi ada beberapa jenis yang lebih sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sebagai contoh, anda boleh semak kriteria berikut untuk mencari pelitup muka yang paling sesuai untuk anda:
- Mudah untuk bernafas. Pelitup muka sepatutnya diperbuat daripada material seperti kapas yang tebal tetapi boleh bernafas. Jika mask tersebut membuatkan anda tercungap-cungap ketika bersenam, maka ia tidak sesuai untuk digunakan
- Muat pada wajah anda. Jangan sesekali pakai pelitup muka yang longgar dan tidak menutup hidung atau mulut. Selain itu, pastikan juga ia tidak mudah bergerak semasa anda bersenam
- Boleh dibasuh. Pelitup muka anda haruslah dibasuh setiap kali anda menggunakannya keluar rumah. Pelitup muka biasa tidak sesuai untuk dibawa bersenam, kerana ia mudah rosak disebabkan peluh
Siapa tidak perlu menggunakan pelitup muka sewaktu melakukan aktiviti fizikal?
Kebanyakan orang tidak perlu risau kerana pemakaian pelitup muka adalah selamat dan tidak akan mempengaruhi kesihatan anda.
Walau bagaimanapun, pesakit paru-paru kronik perlulah berhubung dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa senaman sambil memakai pelitup muka.
Faedah bersenam: Beri perhatian kepada diri sendiri
Walaupun pemakaian pelitup muka ketika melakukan aktiviti fizikal amat digalakkan, namun anda masih lagi berisiko untuk mengalami sakit dada, pening, dan kesukaran bernafas ketika bersenam.
Jika anda mengalami simptom berikut, berhenti bersenam. Cari tempat yang selamat untuk membuka pelitup muka dan cuba berehat sebentar.
Jangan sesekali membandingkan faedah bersenam diri anda dengan orang lain. Walaupun ramai yang boleh bersenam dengan pelitup muka tanpa sebarang masalah, pengalaman setiap orang berbeza.
Selain itu, jangan lupa bawa pelitup muka tambahan! Ia mungkin berguna jika anda berpeluh dengan banyak ketika bersenam. Kini anda telah tahu faedah bersenam dengan menggunakan pelitup muka.
[embed-health-tool-heart-rate]