Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Umum mengetahui bahawa negara kita kini sedang berada dalam tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketika ini, rakyat jelata dilihat telah bebas bergerak ke sana ke sini seakan sudah tiada lagi virus korona baharu di muka bumi.

Ini adalah satu kesilapan yang sangat besar kerana ia telah mengakibatkan peningkatan kes dari hari ke hari.

Berikut adalah perkembangan penularan COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Ada yang kata peningkatan jumlah kes positif COVID-19 ini adalah disebabkan oleh penggunaan topeng muka kain. Benarkah?

Topeng muka adalah norma baharu!

Lebih setengah tahun virus ini menular, namun masih tiada lagi vaksin yang berjaya dihasilkan untuk membendung dan melawan pandemik ini.

Apa yang boleh masyarakat seantero dunia lakukan adalah dengan mengelak dan mencegah diri daripada terjangkiti virus korona baharu ini.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Caranya? Adalah dengan mengamalkan ”new norm” atau norma baharu, sesuai dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Buat anda yang mungkin terlupa atau terleka akannya, ia adalah amalan seperti berikut:

  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
  • Gunakan cecair sanitasi tangan
  • Amalkan penjarakan sosial
  • Elakkan bersalaman, bersentuhan atau berpelukan
  • Pakai topeng muka ketika di luar rumah

pelitup muka fabrik

Kita mungkin biasa mengamalkan kesemua norma baharu ini namun yang terakhir itu mungkin sering kali tidak dipandang serius oleh ramai pihak.

Ada yang beranggapan bahawa hanya orang yang menghidapi simptom COVID-19 perlu untuk menggunakan topeng atau penutup/ pelitup muka ini.

Tidak, topeng muka juga adalah salah satu dari norma baharu!

Topeng muka kain tidak efektif?

Menurut pelbagai kajian yang telah dijalankan, WHO mendapati bahawa topeng muka kain juga boleh digunakan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Pun begitu, WHO turut mengatakan bahawa tahap keberkesanan topeng muka jenis fabrik adalah kurang efektif berbanding dengan jenis klinikal.

Kenyataan ini turut disokong oleh Pakar Epidemiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan.

“Topeng muka tiga lapisan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah penting kerana memiliki penapis yang dapat menghalang partikel halus termasuk virus daripada masuk ke dalam lubang hidung berbanding topeng muka kain yang hanya mampu menapis partikel kasar”, jelas beliau.

Disebabkan itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan penutup muka/ pelitup muka jenis fabrik adalah langkah yang kurang selamat.

Mungkin rakyat kita masih kurang sedar akan perkara ini dan terus menggunakannya kerana ia didapati lebih jimat dan cantik jika dipakai.

Ini kerana ia boleh dibasuh dan diguna semula serta mempunyai pelbagai warna, corak dan bentuk yang kalian boleh gubah sendiri.

Bertanyalah pada diri sendiri, adakah berbaloi untuk membahayakan nyawa diri dan orang lain ekoran ingin memakai topeng muka yang ‘fancy’?

penutup muka fancy

Kita masih belum menang, jangan lalai

Kebelakangan ini, kita semua pasti dapat melihat graf jangkitan COVID-19 yang kembali meningkat ke dua angka beberapa ketika selepas negara kita mengumumkan PKPP.

Baca juga:

Terbaharu, ada satu kes yang tular di media sosial membabitkan seorang wanita warga emas yang selamba berada di tempat tumpuan orang ramai dengan memakai gelang kuarantin COVID-19.

Setelah disiasat oleh KKM, didapati bahawa wanita tersebut bersama seorang anak lelakinya adalah positif virus korona baharu dan mungkin mendapat jangkitan import dari United Kingdom (UK).

Menurut siasatan itu lagi, dikatakan bahawa mereka menggunakan topeng muka kain sepanjang berada di luar negara dan ketika pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.

topeng muka kain

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan kontak rapat dua beranak tersebut.

Berdasarkan kisah yang tular ini, kita mungkin boleh mendapat beberapa pengajaran yang berguna buat semua.

Pertama, jangan sesekali kita melanggar perintah kuarantin kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain.

Kedua, penggunaan topeng muka jenis kain adalah mungkin kurang efektif berbanding dengan jenis klinikal.

Ketiga, sifat tidak bertanggung jawab 1 orang mungkin akan mengakibatkan kita semua kembali menjalani PKP.

Oleh itu, sedarilah bahawa kita belum menang dalam peperangan menentang COVID-19!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pemberian imunisasi

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan