backup og meta

Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes. Tapi Ada Syarat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2023

    Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes. Tapi Ada Syarat!

    Bolehkah pesakit diabetes melakukan senaman seperti berjalan kaki setiap hari? Ada manfaat jalan kaki atau sebarang kesan buruk untuk pesakit diabetes?

    Ini penjelasan yang patut anda tahu.

    Ada manfaat jalan kaki untuk pesakit diabetes, kajian

    Sebenarnya, aktiviti berjalan kaki sangat berkesan bagi mengawal paras gula darah pesakit diabetes.

    Manfaat jalan kaki ini sangat memberi kebaikan kepada penghidap diabetes jenis 2. Kajian juga telah membuktikan perkara ini.

    Ada satu kajian di mana ia melibatkan pesakit diabetes jenis 1. Mereka dikehendaki untuk memilih sama ada hendak berjalan kaki selama 30 minit atau tidak melakukan apa-apa selepas makan.

    Hasil kajian menunjukkan bahawa, mereka yang berjalan kaki selepas makan mempunyai bacaan gula darah yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak berjalan selepas makan.

    Kesan ini direkodkan dalam tempoh 1 hingga 1 jam setengah selepas makan.

    Selain itu, kesan ini juga didapati berlaku dalam kalangan mereka yang bukan pesakit diabetes.

    Jadi, ia jelas menujukkan bahawa manfaat jalan kaki ini sememangnya mengawal paras gula darah pesakit diabetes dan juga bukan pesakit diabetes. 

    manfaat jalan kaki

    Berapa banyakkah kadar jalan kaki yang disarankan untuk pesakit diabetes?

    Menurut American College of Sports Medicine dan American Diabetes Association, pesakit diabetes disarankan untuk berjalan kaki selama 30 minit dalam 5 hari seminggu.

    Namun, sebelum anda memulakan aktiviti berjalan kaki ini, bertanyalah kepada doktor yang merawat anda terlebih dahulu berkenaan kesesuaian anda melakukan aktiviti berjalan kaki.

    Doktor mungkin akan memberikan panduan yang lebih terperinci dan langkah berjaga-jaga kerana doktor lebih memahami keadaan semasa anda.

    Selain itu, doktor mungkin akan menukar pelan ubat-ubatan anda selain diet agar ia bersesuaian dengan aktiviti yang akan anda lakukan. 

    7 tip untuk dapatkan manfaat jalan kaki bagi penghidap diabetes

    Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah ini sebelum dan semasa melakukan aktiviti berjalan kaki:

    #1. Jadikan jalan kaki sebagai rutin

    Aktiviti fizikal sememangnya memberikan banyak kebaikan kepada tubuh. Ini termasuklah aktiviti berjalan kaki.

    Bagi penghidap diabetes, anda disarankan untuk menjadikan aktiviti berjalan kaki ini sebagai salah satu rutin harian anda.

    Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari amatlah disarankan.

    #2. Pakai kasut yang sesuai

    manfaat jalan kaki

    Penghidap diabetes juga mestilah memakai kasut sukan yang sesuai. Kasut yang dipakai mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu kasar.

    Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang boleh berlaku akibat daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai.

    Memandangkan penghidap diabetes akan mengalami luka lambat sembuh, maka cuba kurangkan sebarang faktor yang boleh menyebabkan kecederaan. 

    #3. Semak paras gula sebelum memulakan jalan kaki

    Jika paras gula darah anda terlalu rendah, maka anda perlu makan sedikit sumber karbohidrat sebelum melakukan aktiviti berjalan kaki.

    Jika paras gula darah anda terlalu tinggi, anda mungkin perlu menangguhkan aktiviti ini terlebih dahulu sehinggalah paras gula darah menurun.

    #4. Waktu sesuai berjalan kaki

    Waktu yang paling sesuai bagi penghidap diabetes berjalan kaki ialah 30 minit selepas makan.

    Anda juga disarankan untuk berjalan kaki pada waktu pagi berbanding waktu-waktu lain.

    #5. Perubahan dos insulin

    Apabila anda melakukan senaman, dos insulin anda juga akan berubah. Bertanyalah kepada doktor anda berkenaan perubahan dos insulin yang sesuai dengan aktiviti berjalan kaki anda. 

    #6. Jangan lupa minum air dengan banyak

    pesakit diabetes

    Pastikan anda minum air bagi mengelakkan dehidrasi semasa berjalan kaki.

    Minum air sebelum berjalan kaki, dan minum lagi setelah 20 minit berjalan kaki.

    Selepas tamat berjalan kaki, minum lagi air bagi meningkatkan hidrasi tubuh anda. 

    #7. Pastikan tanda-tanda hipoglisemia

    Hipoglisemia adalah keadaan di mana tubuh anda mengalami paras gula darah yang amat rendah.

    Jika anda mengalami pening kepala, lemah, keliru, berasa lapar, sakit kepala atau mana-mana simptom yang kurang enak, maka cepat-cepat dapatkan sumber karbohidrat untuk mengelakkan hipoglisemia berlarutan. 

    Kesimpulan

    Manfaat jalan kaki ini sememangnya sangat baik untuk turunkan paras gula darah penghidap diabetes.

    Namun, sebelum memulakan sebarang aktiviti berjalan kaki, bertanyalah kepada doktor terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian anda melakukannya.

    Pastikan juga anda mengikuti tip berjalan kaki yang telah kami berikan di atas khas untuk pesakit diabetes. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan