home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jangan Tarik Pelitup Muka Anda Bawah Dagu, Bahaya! Jom Ikuti Cara Sebenar Pakai Face Mask!

Jangan Tarik Pelitup Muka Anda Bawah Dagu, Bahaya! Jom Ikuti Cara Sebenar Pakai Face Mask!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pemakaian pelitup muka boleh membuatkan anda rasa tidak selesa. Tambahan lagi, ia boleh buatkan anda sukar untuk bernafas dan cepat mengah ketika sedang berjalan.

Lebih teruk lagi jika anda seorang pemakai kaca mata! Penutup hidung dan mulut selalu membuatkan kaca mata anda jadi berkabus dan mengganggu penglihatan anda!

Sebelum teruskan bacaan, mari lihat statistik terbaharu COVID-19 di Malaysia:

Disebabkan ramai yang tidak selesa, bermacam-macam gaya dan gelagat yang boleh kita perhatikan ketika berjalan di luar.

Ada yang pakai pelitup muka tidak menutup hidung. Ada juga yang pakai terlalu longgar kononnya untuk mudahkan pernafasan.

Tidak kurang juga, ada individu yang gemar tarik pelitup muka mereka ke bawah dagu jika ingin bernafas ataupun bercakap.

Eh, jangan macam tu! Bahaya tau!

Tahukah anda, penutup mulut dan hidung hanya berkesan jika dipakai dengan cara yang betul? Oleh itu, penting untuk anda tahu cara betul memakai pelitup muka!

Anda mungkin berminat:

  • Pakai Topeng Muka Dalam Kapal Terbang TINGKAT Risiko Jangkitan Virus Korona?

  • Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus?

Mengapa penting untuk anda pakai penutup muka?

Selepas menjaga jarak sosial dan juga amalan membasuh tangan, pemakaian pelitup muka juga penting untuk memperlahankan penyebaran virus COVID-19.

Di samping dapat melindungi diri daripada menyentuh hidung dan mulut secara tidak sengaja, fungsi utama pelitup muka adalah untuk menghalang pemakai daripada menyebarkan virus kepada orang lain.

penutup muka

Sebanyak 40% daripada penghidap COVID-19 tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu, pemakaian pelitup muka penting untuk elak penyebaran virus secara tidak sengaja kepada golongan yang berisiko.

Oleh itu, kerajaan amat menggalakkan pemakaian face mask terutama sekali untuk individu yang bergejala.

Orang ramai juga perlu memakai pelitup muka jika berada di tempat yang sempit dan sesak seperti dalam pengangkutan awam.

Pemakaian pelitup muka berkesan untuk melindungi individu ketika berada di kawasan yang sukar untuk melaksanakan penjarakan sosial.

Tambahan lagi, kerajaan kini mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam bermula 1 Ogos ini rentetan bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Menurut KKM lagi, mereka amat mengesyorkan pemakaian pelitup muka kerana ia mampu mengurangkan kadar jangkitan virus sebanyak 65%.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka hanyalah berkesan jika dipakai dengan betul. Oleh itu, jom ikuti 3 kesalahan lazim yang orang ramai lakukan ketika memakai pelitup muka.

penutup hidung dan mulut

1. Jangan pakai pelitup muka bawah hidung

Pelitup muka tidak berguna jika anda memakainya di bawah hidung. Sebenarnya, jika anda pakai dengan cara begini, lebih baik jika anda tidak pakai langsung!

Pelitup muka bertujuan untuk menapis udara dan halang partikel berbahaya daripada memasuki sistem pernafasan. Tanpa pelitup muka, udara yang disedut ke dalam paru-paru merupakan udara yang tidak bertapis.

Tujuan utama pemakaian pelitup muka adalah untuk mengehadkan penyebaran titisan air daripada diri sendiri kepada orang lain. Oleh itu, jika anda bergejala, pakailah pelitup muka.

3. Jangan turunkan pelitup muka ke bahagian dagu

penutup hidung dan mulut

Menurut KKM, perbuatan ini lebih banyak buruknya daripada baik!

Jika anda ingin buka penutup muka anda, anda disarankan untuk buka terus dan elak daripada menarik face mask ke bahagian dagu.

Permukaan hadapan topeng muka anda mungkin telah dipenuhi dengan virus.

Jika anda sekadar turunkan topeng ke bahagian dagu, besar kemungkinan untuk virus tersebut masuk ke dalam badan anda melalui rongga hidung dan mulut.

Malahan, terdapat satu lagi amalan penting yang mungkin ramai sudah lupa iaitu jangan kerap pegang muka anda!

Setelah seharian anda keluar berjalan-jalan, entah apa agaknya permukaan kotor yang anda telah sentuh. Jika ingin lebih selamat, jangan ulang guna pelitup muka yang sama dua kali.

3. Pakai penutup muka dan hidung dengan betul!

Kalau boleh, elakkan daripada memakai penutup hidung dan mulut yang longgar, tidak menutup hidung ataupun nampak sebahagian hidung.

Selain itu, tutup sepenuhnya bahagian dagu dan elak daripada menurunkan pelitup muka ke bahagian bawah dagu jika ingin bercakap.

Cara yang betul ialah pakai sehingga ke atas batang hidung dan tutup bahagian dagu. Pastikan pelitup muka dipakai dengan selesa tanpa ada kawasan yang longgar.

Artikel berkaitan:

Pemakaian pelitup muka bukan ganti penjarakan sosial

Pakai penutup muka bukanlah jaminan anda akan 100 peratus selamat daripada virus korona. Cara yang paling berkesan adalah dengan mengehadkan perjumpaan anda dengan individu lain.

Selain itu, jangan lupa amalkan:

  1. Penjarakan sosial
  2. Elak jumpa orang yang tidak sihat
  3. Basuh tangan dengan kerap
  4. Guna hand sanitiser jika tidak ada sabun

Pesanan terakhir daripada kami, lebih baik mencegah sebelum terkena!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. CDC. 2020. Considerations for Wearing Cloth Face Coverings. July 16. Accessed July 22, 2020. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prevent-getting-sick/cloth-face-cover-guidance.html.
  2. CDC. 2020. How to Wear Cloth Face Coverings. July 6. Accessed July 22, 2020. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prevent-getting-sick/how-to-wear-cloth-face-coverings.html.
  3. Malaysian Paediatric Association. 2020. Covid-19: To mask or not to mask? — Dr Amar-Singh HSS. April 3. Accessed July 22, 2020. https://mpaeds.my/covid-19-to-mask-or-not-dr-amar-singh/.
  4. Stanford Medicine. 2020. 5 Questions: Stanford scientists on COVID-19 mask guidelines. June 19. Accessed July 22, 2020. https://med.stanford.edu/news/all-news/2020/06/stanford-scientists-contribute-to-who-mask-guidelines.html.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada seminggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x