backup og meta

Ini Cara Atlet Jaga Prestasi, Kekalkan Kecergasan Fizikal, Awasi Pengambilan 13 Makanan Ini

Ini Cara Atlet Jaga Prestasi, Kekalkan Kecergasan Fizikal, Awasi Pengambilan 13 Makanan Ini

Pemakanan sihat adalah penting untuk menjamin kecergasan fizikal bagi seorang atlet. Pengambilan makanan tidak sihat mungkin akan memberi kesan negatif kepada tubuh.

Makanan bantu kekalkan kecergasan fizikal

Keperluan pemakanan sihat dan seimbang untuk atlet ditentukan oleh jenis, intensiti, dan jangka waktu sukan.

Selain itu, ia juga perlu mengambil kira aspek usia, ketinggian dan berat seseorang individu itu.

Jenis makanan dan masa pencernaan juga penting kepada atlet. 

Walau bagaimanapun, terdapat makanan yang sering dianggap pemakanan sihat namun sebenarnya boleh menjejaskan kecergasan fizikal anda, seperti: 

1. Diet soda

Ramai yang menganggap diet soda adalah minuman yang termasuk dalam pemakanan sihat. Jelasnya kerana wujud perkataan DIET.

Namun, masalah utama dengan diet soda adalah ia mengandungi banyak pemanis buatan. 

Dalam bahasa mudah, minuman ini tidak mempunyai kalori dan tinggi kandungan gula yang hanya akan menjejaskan kecergasan fizikal seseorang atlet. 

2. Sup dalam tin

Sup yang sedia dimasak di dalam tin memang memudahkan kerja. Namun ia tinggi sodium yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Sebagai atlet, anda sudah tentu mahukan tubuh untuk berfungsi dengan lancar. Ini bermakna tidak ada makanan yang patut menjejaskan prestasi anda.

makanan tidak sihat

3. Bijirin sarapan pagi tinggi gula

Setelah mengambil bijirin sarapan pagi atau cereal yang bergula, tahap insulin dalam badan akan melonjak naik. Keadaan ini sekali gus menyebabkan badan menyimpan lebih banyak lemak.

Hakikat yang perlu anda ketahui, semakin banyak lemak yang disimpan, semakin sukar badan untuk membakarnya dan menjejaskan peluang untuk mendapat tubuh yang cergas.

4. Roti putih

Roti putih, tidak seperti gandum penuh, ia kekurangan serat. Makanan adalah bahan bakar, dan serat memainkan peranan penting dalam menjaga tahap tenaga tubuh anda.

5. Bertih jagung gelombang mikro

Bertih jagung umumnya adalah antara jenis makanan yang tergolong dalam pemakanan sihat. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan bertih jagung gelombang mikro tinggi kandungan lemak dan natrium. 

6. Pasta

Umumnya, kebanyakan pasta yang anda makan mempunyai nilai pemakanan yang sama dengan roti putih.

Secara harfiahnya, ia bukanlah jenis makanan yang baik, kerana seperti sekeping roti, ia mempunyai nilai kalori kosong.

Jika masih mahu mengambil pasta, pilihlah daripada jenis gandum penuh. 

7. Bar protein & bar tenaga

Kedua-dua makanan ini, protein bars dan energy bars adalah sumber nutrien yang cepat dan mudah.

Kedengaran ia seperti pemakanan sihat yang baik untuk diri, kan? Namun fikir sekali lagi. 

Ini kerana ia tinggi kandungan gula. Bahkan, kebanyakan bar protein mengandungi lemak tepu yang boleh menyumbang kepada masalah penyakit jantung, diabetes dan obesiti. 

8. Minuman tenaga

Kalau sudah namanya atlet, haruslah minum minuman tenaga. Tetapi betulkah anggapan tersebut?

Melainkan jika anda bersenam atau berlari untuk tempoh lebih daripada sejam, pengambilan minuman tenaga adalah tidak diperlukan. 

Cadangan terbaik, pilihlah untuk minum air kosong, teh hijau atau jus yang membantu untuk mengekalkan badan agar sentiasa terhidrat.

pemakanan sihat

Pemakanan sihat yang disarankan untuk atlet

Semasa tubuh mengeluarkan tenaga melalui senaman dan latihan, anda perlu menggantikan nutrien yang hilang. 

Berikut adalah 5 jenis pemakanan terbaik untuk atlet bagi mengoptimumkan kecergasan fizikal dan prestasi mereka di gim atau di padang:

1. Salmon

Ikan berminyak ini adalah sumber protein tanpa lemak dan asid lemak omega-3. Ia boleh mengurangkan keradangan yang berlaku kesan aktiviti atletik berterusan. 

Ia juga berfungsi sebagai pembersih arteri semula jadi serta membantu mencegah penyakit jantung – turut boleh menyerang individu yang paling aktif.

2. Beri

Beri hitam, raspberi dan beri biru adalah buah beri yang enak dan kaya dengan antioksidan – boleh membantu mengembalikan tenaga setelah melakukan aktiviti kecergasan fizikal. 

Beri dengan warna lebih gelap mengandungi fitokimia dan unsur pelindung lain berfungsi menghalang tekanan oksidatif yang berlaku di dalam badan semasa melakukan aktiviti berintensiti berat.

Buah beri ini juga dapat mengekalkan kekuatan otot seiring peningkatan usia anda. Ini bermakna ia bagus untuk jangka masa panjang. 

3. Pisang 

Pisang adalah sumber elektrolit semula jadi rendah kalori dan sangat baik – boleh menggantikan tenaga yang hilang selepas bersenam atau melakukan acara sukan. 

Buah ini juga tinggi kandungan kalium, sekali gus menjadikan ia snek ringan sihat.

Pisang juga tergolong dalam pemakanan sihat yang boleh membantu anda mengawal pengambilan cecair.

Selain itu, buah kegemaran ramai ini juga akan melindungi anda daripada kekejangan otot.

pemakanan sihat

4. Susu (termasuk susu coklat!)

Susu sarat dengan karbohidrat dan protein yang menjadikan ia minuman pasca latihan untuk pemulihan otot. 

Kafein yang terdapat dalam coklat melebarkan saluran darah, membantunya berehat selepas bersenam.

5. Ubi keledek

Ubi ini kaya dengan vitamin A dan C, kedua-duanya adalah antioksidan yang menghilangkan radikal bebas daripada tubuh anda.

Makanan ini juga dapat menurunkan tekanan darah – penting bagi atlet untuk kesihatan jantung ketika menyertai acara sukan.

Ubi keledek juga mengandungi mineral tinggi kalium, zat besi dan mangan yang diperlukan atlet untuk otot sihat. 

Amalan yang sihat

Mengamalkan pemakanan sihat tinggi nutrien, kekal terhidrat, dan membuat rancangan pemulihan untuk mendapatkan tidur serta rehat mencukupi sepanjang hari adalah cara terbaik bagi mengekalkan kecergasan fizikal anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Oct 25, 2020 from

https://www.uwhealth.org/health-wellness/eating-for-peak-performance/45232

https://kidshealth.org/en/teens/eatnrun.html

https://www.fishertitus.org/health/best-foods-for-athletes

http://learn.truesport.org/5-nutritional-strategies-young-athletes-should-avoid/

https://extension.colostate.edu/topic-areas/nutrition-food-safety-health/nutrition-for-the-athlete-9-362/

https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/an-active-lifestyle/eating-for-sport-and-exercise.html

Versi Terbaru

26/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

Anda Pemilik Darah O & Sedang Turunkan Berat Badan? Nah Cuba Diet Ini, Mana Tahu Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan