Pada tahun 2009, siaran HBO telah memaparkan sesi wawancara bersama seorang peninju MMA, Juan Manuel Marquez. Beliau mempromosikan terapi minum air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi yang optimum.
Huh? Air kencing? Bukan ada bakteria ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Terapi minum air kencing menurut rekod purba
Kaedah perubatan menggunakan terapi minum air kencing telah diamalkan semenjak beribu tahun lamanya.
Tamadun Rom dan tamadun Yunani adalah merupakan dua tamadun yang merekodkan penggunaan air kencing bagi merawat masalah kesihatan seperti masalah jerawat dan kanser.
Namun, sejak penemuan ubat-ubatan yang lebih efektif dalam merawat penyakit tersebut, terapi ini tidak lagi diamalkan.
Bayangkan jika anda ingin mendapatkan preskripsi ubat di klinik tempatan dan pegawai perubatan tersebut memberikan preskripsi air kencing untuk anda minum buat tempoh masa tertentu.
Ia bukanlah sesuatu amalan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat pada zaman moden.
Namun berbalik kepada keberkesanan air kencing dalam memberikan kesan farmakologikal kepada mereka yang mengambilnya, adakah ia benar-benar mengubati?
Air kencing adalah merupakan salah satu produk proses perkumuhan manusia yang terdiri daripada 95% air dan 5% bahan kumuh.
Ia dihasilkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan biologikal dan produk ini akan disalurkan ke pundi kencing sebelum dikeluarkan sebagai air kencing.
Kebaikan meminumnya untuk merawat penyakit tidak disimpulkan dalam mana-mana kajian saintifik tetapi daripada teks-teks purba.
Baca juga:
Menurut teks tersebut, kebaikan air kencing dapat digunakan bagi merawat:
Juan telah memberikan alasan bahawa air kencing yang diminumnya mengandungi vitamin dan mineral yang tidak diserap masuk ke dalam badan justeru ia merupakan terapi yang dapat membantunya dalam mengekalkan prestasi peninjuan yang optimum.
Buat masa ini, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan keberkesanannya dalam merawat penyakit yang telah disenaraikan.
Juan juga telah diarahkan oleh doktor peribadinya untuk berhenti mengamalkan tabiat sedemikian dan fokus kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat.
Mitos: Minum air kencing adalah merupakan sumber yang steril
Pada tahun 2010, sebanyak 150 video berkaitan dengan terapi minum air kencing telah dimuat naik di laman web, Youtube.
Statistik Google menunjukkan subjek ini menarik perhatian ramai pengguna internet dan pada ketika itu, kira-kira 100,000 carian telah dibuat berkaitan dengan topik ini dalam tempoh masa sehari.
Ia adalah merupakan perubatan alternatif yang menjadi pilihan terutamanya mereka yang miskin tanpa mengambil kira sama ada ia berkesan atau pun tidak. Perkara ini telah diperkatakan oleh Morarji Desai, bekas Perdana Menteri India.
Populasi tempatan di Nigeria masih lagi menggunakan terapi ini dalam merawat penyakit seperti sawan, ulser, sebagai penawar racun dan diabetic foot.
Urea yang terkandung di dalamnya mempunyai fungsi untuk melawaskan sistem penghadaman, fungsi yang sama ada di dalam minuman kopi.
Namun, dalam kepelbagaian kebaikan yang disenaraikan oleh teks-teks purba, adakah air kencing itu steril (bebas mikroorganisma)?
Salah faham berkenaan dengan kesterilan air kencing telah wujud lama dalam kalangan masyarakat.
Jika anda pernah memeriksa air kencing anda, jika anda tiada jangkitan pada salur kencing, ujian akan memberikan keputusan negatif.
Namun, itu tidak bermakna air kencing anda tidak mempunyai bakteria. Pseudomonas, E. coli, Proteus, berikut adalah merupakan segelintir bakteria yang kebiasaannya wujud di dalamnya.
Jika ia mengandungi bakteria ini, walau dalam kuantiti yang sedikit, adalah tidak patut untuk kita gunakan ia sebagai kaedah rawatan bagi merawati jangkitan-jangkitan lain.
Konklusi
Usah pilih terapi minum air kencing. Jika anda terkena jangkitan kuman, makanlah antibiotik. Sekiranya jerawat, gunalah krim antibiotik.
Jika anak anda sawan, bawa berjumpa dengan doktor dan gunakan ubat yang diberikan. Banyak alternatif lain yang lebih baik berbanding terapi air kencing.
Ia mungkin merupakan terapi yang dapat merawat pelbagai penyakit seperti yang direkodkan di dalam tulisan tamadun-tamadun awal, namun kini, kita mempunyai alternatif yang lebih baik. Gunakan ia sebaik mungkin.
[embed-health-tool-bmi]