Kajian menunjukkan, individu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan berisiko untuk mendapat kanser tertentu seperti kanser payudara, prostat, paru-paru, kolon dan juga buah pinggang.
Oleh sebab itu, cuba kawal berat badan anda melalui senaman yang kerap dan pemakanan yang sihat.
Selain itu, minum lebih banyak air. Kadangkala, ada yang keliru dan tidak tahu membezakan antara rasa lapar dan juga dahaga.
Selain bermanfaat untuk kesihatan, air kosong juga tidak mempunyai kalori dan tidak akan menambah berat badan anda.
3. Ambil vaksin untuk cegah kanser
Untuk mencegah kanser, anda perlulah mengambil vaksin tertentu bagi mengelakkan jangkitan virus.
Oleh sebab itu, vaksinasi amat penting untuk mengelakkan kanser. Sebagai contoh:
- Hepatitis B. Hepatitis B merupakan sejenis penyakit hati yang boleh menyebabkan individu jatuh sakit selama beberapa minggu. Ia juga boleh menyebabkan penyakit yang serius dan berlarutan sepanjang hayat.
- Human papillomavirus (HPV). Kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun amat digalakkan untuk mengambil vaksin HPV. Vaksin ini diberikan kepada anak gadis sebelum mereka terdedah dengan virus tersebut.
4. Turunkan risiko barah dengan mengelakkan stres

Tidak dinafikan, stres mempunyai kesannya yang tersendiri terhadap tubuh badan manusia. Ia juga mempunyai impak negatif terhadap sistem imun badan.
Pada masa yang sama, tekanan perasaan juga boleh menyebabkan masalah lain seperti pening kepala, kesukaran untuk tidur dan kegelisahan.
Selain itu, stres juga merupakan penyebab amalan-amalan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman beralkohol, dan pemakanan yang tidak sihat.
Mana tidaknya, ramai yang akan melakukan semua amalan tidak baik ini sebagai satu cara untuk release stress!
Jadi, cuba kawal stres untuk turunkan risiko kanser. Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan perasaan seperti bersenam, luangkan masa dengan hobi, atau keluarga tersayang.
5. Kurangkan pengambilan alkohol
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan alkohol dengan kerap boleh meningkatkan risiko kanser mulut dan tekak.
Malah, banyak juga kajian lain yang mendapati bahawa alkohol merupakan dalang kanser hati, dan lebih daripada 100 kajian telah mendapati risiko kanser payudara berkait rapat dengan pengambilan minuman keras.
Oleh sebab itu, cegah kanser ini dengan cara mengurangkan pengambilan alkohol.
Ketahuilah bahawa pengambilan minuman keras ini lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.
6. Lindungi kulit anda
Kanser kulit merupakan salah satu kanser yang lazim di negara kita. Pendedahan terhadap sinar ultraungu (UV) dari matahari boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Untuk turunkan risiko barah kulit, pastikan anda sentiasa memakai sunscreen untuk melindungi diri daripada cahaya matahari.
Selain itu, anda juga boleh memakai topi dan kaca mata hitam untuk melindungi diri daripada panas terik sang mentari.
#OpenYourMind #CelikKanser
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen