backup og meta

Akibat Diabetes, Badan Mudah Rasa Penat (Sindrom DF), Kena Jaga Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2022

    Akibat Diabetes, Badan Mudah Rasa Penat (Sindrom DF), Kena Jaga Makan!

    Umum mungkin sudah tahu bahawa kondisi kencing manis itu boleh jadi punca banyak komplikasi dan antara yang paling popular adalah sindrom badan penat akibat diabetes.

    Sindrom yang turut dikenali dengan nama sindrom diabetes fatigue (DF) ini bukan sesuatu yang boleh anda pandang enteng kerana ia akan menjejaskan kualiti hidup anda.

    Persoalannya, apa punca dan bagaimana rawat sindrom ini? Jom teruskan membaca untuk tahu!

    Apa punca badan penat akibat diabetes?

    Untuk pengetahuan anda semua, badan letih dan diabetes mempunyai kaitan yang kuat di antara satu sama lain kerana kedua-duanya akan mempengaruhi masing-masing.

    Menurut Diabetes Therapy Journal, sindrom badan penat akibat diabetes itu mungkin boleh berlaku pada anda angkara pelbagai faktor risiko sama ada luaran atau dalaman.

    Berikut adalah antara punca serta faktor risiko sindrom ini terjadi kepada penderita diabetes:

    #1. Kadar gula dalam darah tinggi

    Kadar gula dalam darah anda boleh jadi tinggi apabila insulin tidak cukup (buat pesakit kencing manis jenis 1) atau insulin tiada fungsi (buat pesakit kencing manis jenis 2).

    badan penat

    Apabila salah satu hal ini terjadi, maka gula dalam darah tidak mampu masuk ke dalam sel tubuh badan lantas mengakibatkan individu tidak mampu mendapatkan tenaga.

    Akibatnya, tubuh badan anda akan cenderung untuk mudah letih, lelah dan penat. Disebabkan itu pula, anda perlu kawal kadar glukosa agar ia sentiasa pada paras stabil.

    #2. Kadar gula dalam darah rendah

    Kadar gula dalam darah anda boleh jadi rendah akibat daripada pengambilan dos ubat diabetes yang terlalu tinggi atau penyuntikan insulin sebelum makan yang terlalu cepat.

    Apabila kondisi ini terjadi pada anda, maka tubuh badan akan terasa sangat penat seumpama kehabisan bahan bakar terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak atau berat.

    Untuk mengelakkannya, anda harus memastikan kadar glukosa pada paras yang stabil atau ambil lebih banyak karbohidrat agar tubuh badan mampu dapat lebih banyak tenaga.

    #3. Masalah fizikal yang lain

    Masalah fizikal yang lain juga boleh berlaku pada waktu yang sama dengan kondisi kencing manis lantas membuat tubuh badan penat dan seterusnya timbul masalah yang lain.

    Antara masalah tersebut adalah anemia di mana tubuh badan kurang sel darah merah sihat, atau:

    • Hipotiroidisme
    • Kondisi Addison
    • Sindrom Cushing

    badan penat

    Masalah fizikal di atas ini juga mungkin akan memburukkan lagi sindrom DF sekiranya anda sudah terlambat untuk mendiagnosis atau merawat sehingga ia telah melarat.

    #4. Masalah psikologi dan emosi

    Masalah psikologi dan emosi juga akan memburukkan lagi sindrom DF apabila penderita kencing manis dihantui dengan rasa takut, sedih dan kecewa angkara diabetes.

    Gangguan pada emosi ini seterusnya pula mungkin akan menyebabkan tubuh badan letih angkara diabetes di samping masalah lain seperti kegelisahan atau kemurungan.

    Agar sindrom ini dapat disembuhkan atau dielakkan, pesakit diabetes digalakkan untuk menjaga aspek mental seperti mana juga aspek fizikal kerana kedua-duanya penting.

    Punca badan penat akibat diabetes #5. Gaya hidup

    Dalam pada itu, ada satu lagi punca sindrom DF ini berlaku kepada anda iaitu gaya hidup yang tidak sihat termasuklah yang melibatkan pola makan, waktu tidur dan tabiat buruk sendiri.

    Antara tabiat buruk yang diperkatakan ini adalah menghisap rokok, mengambil alkohol dan kafein berlebihan di samping tidak mengamalkan diet serta tidur yang ideal.

    Jadi, 5 punca di atas ini perlu untuk anda kawal agar tubuh badan tidak lagi penat akibat diabetes!

    badan penat

    Bagaimana rawat badan penat akibat diabetes?

    Selepas anda dapat kenal pasti apa punca sindrom DF berlaku pada anda, segera ambil tindakan berdasarkan faktor-faktor risiko yang ada agar ia dapat ditangani.

    Khas buat mereka yang ada masalah tubuh badan letih akibat diabetes, sila buat hal berikut:

    • Rutin periksa kadar glukosa – Sila periksa kadar gula dalam darah setiap hari terutama sebelum atau selepas melakukan aktiviti agar ia kekal stabil
    • Kawal pola makan – Ambil makanan dan minuman yang tepat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan gula agar kondisi diabetes dapat dikawal
    • Kawal waktu tidur – Penting untuk anda tidur dengan cukup (sekurang-kurangnya 8 jam sehari) agar anda lebih sihat fizikal dan mental
    • Elak tabiat buruk – Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol serta kafein agar tubuh badan anda lebih sihat, kuat dan cergas
    • Ambil ubat daripada doktor – Paling penting, anda perlukan nasihat doktor untuk ambil ubat diabetes agar sesuai jenis dan dos bagi merawat kondisi anda

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan