backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Disahkan Ada Kanser? Tanya 9 Soalan Ini Kepada Doktor Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/02/2022

    Disahkan Ada Kanser? Tanya 9 Soalan Ini Kepada Doktor Anda

    Apabila hasil pemeriksaan mengesahkan anda menghidap kanser, pastinya ia situasi yang sangat menakutkan. Namun kehidupan tetap perlu diteruskan, bukan? Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap 4 Februari, kami akan kongsikan antara soalan persediaan untuk anda tanya doktor nanti.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Hasil pemeriksaan disahkan menghidap kanser

    Menerima keputusan itu pada permulaannya sudah tentu sangat sukar. 

    Tetapi mengetahui perkara yang perlu dilakukan jika didiagnosis dengan barah dapat membantu merancang langkah seterusnya.

    Berikut adalah beberapa soalan yang perlu anda tanyakan pada doktor setelah disahkan menghidap kanser:

    1. Tanya doktor jenis kanser yang dialami

    Mengetahui jenis kanser dihidapi daripada hasil pemeriksaan dan diagnosis boleh membantu memahami keadaan diri. 

    Ini kerana terdapat barah tertentu yang lebih berbahaya daripada yang lain, seperti kanser paru-paru dan bronkus, kanser prostat dan kanser payudara.

    tanya doktor

    Memahami jenis kanser dialami akan dapat membantu dalam menyediakan diri untuk semua kemungkinan rawatan yang perlu dijalani. 

    2. Tanya doktor tahap kanser anda

    Penting untuk mengetahui peringkat kanser anda kerana ia akan menentukan perkara seperti:

    • Rawatan yang perlu anda jalani seperti kemoterapi, terapi sinaran atau pembedahan
    • Membantu meramal kadar kelangsungan hidup, pertumbuhan kanser, cara barah merebak dan jika terdapat kemungkinan sel kanser akan datang semula selepas rawatan
    • Tanya doktor dan berpeluang untuk berbincang tentang persediaan yang diperlukan untuk merawat kanser dengan berkesan

    3. Pilihan rawatan yang ada untuk kanser

    Kanser yang berbeza memerlukan rawatan berlainan seperti pembedahan, kemoterapi, terapi sinaran, pemindahan sumsum tulang, imunoterapi dan terapi hormon.

    Anda boleh berunding dengan doktor untuk mengetahui kaedah rawatan terbaik untuk membuang atau membunuh sel kanser.

    4. Tanya doktor anda tentang keperluan meneruskan pengambilan ubatan lain selepas didiagnosis kanser

    Anda disarankan untuk melakukan perbincangan dengan doktor tentang kebimbangan anda mengenai ubatan yang diambil. 

    Ini kerana sesetengah ubat atau suplemen boleh menyekat kesan rawatan yang akan anda terima.

    Baca juga:

    5. Adakah rawatan menyakitkan? Apakah ada kesan sampingan daripada pengambilan ubatan tertentu?

    Biasanya, simptom barah itu sendiri sudah membawa penderitaan hebat kepada pesakit.

    Rawatan kanser boleh menyebabkan kesakitan. Tetapi kesakitan tersebut mungkin dialami kesan daripada tindak balas tubuh terhadap rawatan itu sendiri.

    Berkaitan dengan ubat-ubatan pula, ia adalah perkara biasa untuk wujud kesan sampingan. Namun doktor anda mungkin mempunyai rawatan sesuai yang boleh membantu anda menanganinya.

    6. Boleh syorkan seseorang untuk pendapat kedua?

    Apabila hasil pemeriksaan mengesahkan anda menghidap kanser, sudah tentu anda mahu mendapatkan rawatan terbaik.

    Meminta pendapat kedua (second opinion) akan memberikan anda banyak pilihan tentang cara merawat kanser dengan lebih berkesan. 

    7. Apa yang berubah selepas ini?

    Sebagai pesakit kanser, anda berhak mengetahui kesan kanser kepada tubuh. 

    Ini kerana rawatan dan ubat-ubatan mungkin mengakibatkan beberapa perubahan fizikal ketara yang akan mengambil masa untuk kembali normal. 

    Anda juga boleh tanya doktor dan berbincang untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak meneruskan aktiviti harian biasa semasa rawatan.

    Keadaan ini disebabkan terdapat kesan sampingan yang mungkin akan menghalang anda daripada melakukan rutin biasa.

    tanya doktor

    8. Tanya doktor tentang perkhidmatan sokongan untuk pesakit kanser dan keluarga

    Memandangkan pesakit kanser akan menghadapi beberapa cabaran melibatkan keadaan fizikal, mental dan kewangan, sebaiknya anda mengetahui perkhidmatan sokongan kanser yang ditawarkan hospital.

    Perkhidmatan ini bukan sahaja bermanfaat untuk anda tetapi juga ahli keluarga.

    9. Bagaimana untuk mengendalikan situasi selepas disahkan kanser?

    Antara perkara yang mungkin anda mahu lakukan setelah disahkan menghidap kanser adalah untuk belajar menguruskan keadaan.

    Berikut beberapa petua yang mungkin dapat membantu:

    • Cari masa sesuai untuk berkongsi hasil pemeriksaan dan diagnosis dengan keluarga dan rakan. Ia mungkin sukar tetapi melakukannya memberi peluang kepada mereka mencari cara untuk membantu anda pulih
    • Jangkakan semua perubahan yang akan berlaku sama ada dari aspek fizikal, mental dan kewangan. Bersikap terbuka kepada perubahan akan membantu mengurangkan kebimbangan, tekanan dan kegelisahan semasa rawatan kanser
    • Terima bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan kerana tiada siapa yang harus menghadapi kanser seorang diri
    • Jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Rujuk doktor anda untuk mengetahui senaman dan diet yang sesuai dengan keadaan diri. Jangan lupa melakukan apa yang menggembirakan hati anda tetapi pastikan untuk sentiasa berwaspada

    tanya doktor

    Tuntasnya 

    Apabila hasil pemeriksaan dan diagnosis menunjukkan anda menghidap kanser, pastinya ia amat mendukacitakan dan anda memerlukan masa untuk menerima kenyataan. 

    Mengetahui perkara yang boleh anda lakukan selepas diagnosis dapat mempengaruhi sejauh mana anda boleh menguruskan keadaan tersebut.

    Sesetengah rawatan bukan hanya akan membantu anda untuk berasa lebih baik, tetapi faktor pemulihan yang paling penting adalah untuk berada bersama mereka yang sentiasa memberikan sokongan.

    Satu perkara yang perlu sentiasa anda ingat adalah disahkan mempunyai barah tidak bermakna diri kehilangan harapan untuk meneruskan kehidupan. Kuatkan diri anda!

    #OpenYourMind #CelikKanser

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan