Apakah maksud keputusan ujian Pap Smear?
Sama ada dua, iaitu normal atau abnormal.
Keputusan normal bermakna tiada sel abnormal yang dikesan. Ia kadangkala disebut sebagai negatif. Keputusan normal bermakna anda hanya perlu menjalani ujian seterusnya selepas 3 tahun.
Bagi keputusan abnormal pula, ia tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser.
Ia hanya bermakna terdapat sel abnormal pada serviks anda dan ada kemungkinan kanser. Sel abnormal tersebut mungkin salah satu daripada berikut:
- Atipikal.
- Ringan.
- Sederhana.
- Displasia teruk.
- Karsinoma in situ.
Bergantung kepada keputusan anda, doktor mungkin akan meminta ujian dilakukan dengan lebih kerap, atau menjalankan prosedur kolposkopi. Prosedur ini membolehkan doktor melihat serviks anda dengan lebih dekat, atau biopsi mungkin dilakukan.
Ujian ini sangat tepat. Ia mengurangkan kadar kanser serviks sebanyak 80 peratus.
Ujian pap smear untuk apa: Jalani sekarang!
Jika anda seorang wanita, atau mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang harus menjalani ujian ini, sila dapatkan di klinik kesihatan awam secara percuma atau di klinik-klinik swasta.
Anda hanya perlu melabur sedikit masa dan wang untuk mencegah penyakit kanser serviks yang boleh membawa maut jika lambat dirawat. Perubahan yang kecil mampu memberikan kesan yang besar.
Kini anda telah tahu ujian pap smear untuk apa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen