Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Prostat, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Prostat, sila dapatkannya di sini.
Kanser prostat mempunyai potensi kesembuhan yang tinggi jika rawatan diberikan pada tahap awal.
Oleh sebab itu, penting bagi setiap lelaki yang berisiko untuk membuat ujian saringan bagi mengesahkan diagnosis barah.
Terdapat beberapa jenis modaliti rawatan yang boleh dibuat terhadap pesakit kanser.
Artikel ini akan menjelaskan setiap satu komponen secara terperinci agar anda memahami pilihan yang ada.
Terdapat keadaan di mana seseorang pesakit yang telah disahkan dengan diagnosis kanser prostat tidak mahu menjalani sebarang rawatan.
Dalam situasi tersebut, pengawasan secara aktif boleh dibuat bagi mengetahui perkembangan kanser.
Ujian seperti paras PSA, pemeriksaan rektal digital dan biopsi akan dibuat secara berkala. Jika hasilnya menunjukkan tanda-tanda proses kanser sedang berjalan, rawatan akan diberikan.
Pengawasan aktif kebiasaannya diberikan kepada jenis kanser yang berkembang secara perlahan sehingga kesan sampingan rawatan boleh memberikan kemudaratan lebih daripada kebaikan kepada pesakit (kesan sampingan).
Dalam konteks pemarkahan penggredan Gleason, mereka yang disahkan ketumbuhan Gleason 6 sesuai diawasi secara aktif.
Penting untuk anda fahami adalah dengan tidak memberikan rawatan aktif ketika kanser didiagnosis pada tahap awal. Supaya ia tidak meningkatkan risiko untuk mengalami metastasis atau menyebabkan kematian.
Fokus utama adalah kemudaratan yang berisiko lebih tinggi berbanding dengan kebaikan yang bakal dinikmati pesakit sekiranya rawatan aktif diberikan kepada mereka.
Sekiranya sel kanser hanya ditemui pada kelenjar prostat dan belum merebak ke organ lain, maka selepas pembedahan, pesakit boleh berpotensi untuk sembuh.
Pembuangan prostat wajar dilakukan bagi mengelakkan komplikasi yang bakal dialami pesakit jika kanser makin parah.
Sama ada menggunakan pendekatan klasik (potongan pada abdomen) atau menggunakan kaedah moden (robot), objektifnya adalah untuk membuang sebanyak mungkin bahagian kelenjar terlibat bersama tisu di sekelilingnya.
Bagi hospital yang ada kepakaran dalam bidang pembedahan robotik, ia boleh berikan kelebihan berbanding pendekatan klasik berikutan ia:
Selepas pembedahan selesai, sampel biopsi tisu akan dianalisis bagi memastikan semua sel kanser sudah dibuang.
Perkara ini boleh menjadi rumit bagi kanser prostat memandangkan lapangan pembedahan agak sempit.
Ini bermakna, pakar bedah berisiko untuk memotong menerusi tisu kanser dan bukannya di sekeliling tisu kanser (proses pembuangan lebih efektif).
Sekiranya sel kanser tidak dibuang sepenuhnya, risiko untuk ia tumbuh semula boleh jadi setinggi 50 peratus.
Berbeza dengan kaedah prostektomi, TURP lebih disarankan kepada pesakit sebagai langkah paliatif.
Doktor akan menggunakan satu alat yang dikenali sebagai resektoskop dan gegelung elektrik bagi membuang tisu prostat.
Kaedah ini turut disarankan kepada pesakit yang mengalami masalah bengkak prostat (BPH) dengan simptom walaupun rawatan sudah diberikan.
Pembuangan testis atau orkiektomi merupakan kaedah rawatan secara tidak langsung bagi penghidap kanser prostat.
Testis merupakan organ yang menghasilkan kira-kira 95 peratus testosteron badan.
Oleh sebab testosteron merupakan hormon utama yang menggalakkan tumbesaran sel prostat dan sel kanser prostat, pembuangan testis boleh bantu melambatkan perkembangan sel kanser.
Rawatan menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser lazim dilakukan sekiranya:
Melalui prosedur ini, pancaran akan diberikan melalui permukaan luar badan terhadap kelenjar prostat dan tisu berdekatan.
Suatu ketika dahulu, prosedur ini boleh menyebabkan kesan bakar pada organ prostat dan rektum.
Gel khas yang dikenali sebagai spaceOAR sering digunakan bagi memastikan keadaan tersebut dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun kini, kaedah pemancaran radiasi adalah lebih baik berbanding dahulu dan penghidap jarang mengalami kesan sampingan terhadap tisu normal di sekeliling organ prostat.
Kaedah ini melibatkan penanaman pelet radioaktif di dalam ketumbuhan prostat.
Terdapat perbezaan dos bergantung kepada tahap kanser yang dialami oleh pesakit dan ia boleh digunakan sebagai terapi kesembuhan.
Bagi meningkatkan keberkesanan rawatan, kadangkala kaedah ini akan diberikan bersama dengan terapi radiasi sinar eksternal untuk mencapai hasil yang lebih memuaskan.
Walau bagaimanapun, bagi penghidap yang mengalami tumbesaran pada saiz kelenjar prostat, brachytherapy tidak sesuai digunakan.
Terdapat beberapa jenis kaedah rawatan hormon yang sesuai dilakukan oleh penghidap yang tidak boleh menjalani prosedur rawatan lain.
Antaranya adalah seperti berikut:
Kanser prostat berisiko untuk tersebar ke organ lain termasuklah tulang.
Bagi mereka yang mengalami metastasis, rawatan bagi keadaan tersebut penting untuk:
Antara pilihan rawatan yang boleh merawat masalah metastasis adalah:
Bagi individu yang mengalami metastasis pada organ lain, rawatan lebih berkonsepkan paliatif dan bergantung kepada tahap simptom yang dialami pesakit.
Terapi kemo berupaya untuk membunuh sel yang membahagi secara cepat (seperti sel kanser).
Namun, ia juga boleh mempengaruhi sel sihat yang mempunyai keupayaan biologi yang sama.
Bagi penghidap kanser prostat, terapi kemo boleh diberikan sebagai rawatan sokongan kepada kaedah rawatan lain.
Penggunaan sistem pertahanan badan untuk melawan sel kanser sememangnya popular pada masa sekarang.
Ia boleh membantu pesakit yang mengalami rintangan terhadap terapi hormon dan tidak sesuai menjalani prosedur rawatan yang lain.
Seperti vaksin yang mendorong sistem pertahanan badan untuk melawan bakteria atau virus, terapi imun boleh aktifkan kebolehan sistem imun untuk melawan kanser.
Walau bagaimanapun, risiko kaedah rawatan ini adalah sel bukan kanser berisiko untuk terlibat sama. Namun pantauan perlu dilakukan.
Penggunaan terapi sasar dalam rawatan kanser prostat boleh meminimumkan risiko penggunaan ubat untuk menyerang sel sihat.
Ubat yang tergolong dalam kelas penghalang PARP (poly(ADP)-ribose polymerase) seperti rucaparib dan olaparib yang boleh menghalang proses pembaikian maklumat genetik sel kanser.
Selain terapi perubatan yang tersenarai, terdapat rawatan setempat yang boleh memberikan kesembuhan kepada jenis kanser prostat tertentu.
Setakat ini, tiada lagi perubatan alternatif yang terbukti berkesan untuk merawat kanser prostat.
Namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menyokong rawatan sedia ada dalam mencapai kesembuhan kanser.
Terdapat pelbagai jenis rawatan bagi masalah kanser prostat tapi ia bergantung kepada situasi klinikal dan pilihan sendiri yang dibuat oleh penghidap.
Penting untuk anda faham setiap kebaikan dan keburukan modaliti rawatan untuk membuat keputusan.
Jika anda didiagnosis dengan masalah kanser prostat, pastikan anda hadir ke fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan nasihat kesihatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen