home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Spondilosis Servikal – Kecelaruan otak, Saraf Tunjang dan Urat Saraf

Definisi|Simptom-simptom

Definisi

Apa itu Spondilosis Servikal – Kecelaruan otak, Saraf Tunjang dan Urat Saraf?

Spondilosis Servikal adalah degenerasi tulang belakang yang berlaku secara umum dan tidak spesifik pada leher, sendi dan cakera tulang belakang. Perubahan ini berlaku berkait dengan proses normal penuaan yang mengakibatkan haus dan lusuh (wear and tear) .

Lama kelamaan, apabila semakin tua, cakera pada tulang belakang servikal akan merosot. Ia menjadi mudah untuk pecah, bahagian tengah yang lebih lembut boleh keluar melalui retakan pada bahagian yang lebih keras. Ini mengurangkan perlindungan saraf tunjang.

Kemudian, apabila tulang cuba membaiki kerosakannya sendiri, ia menjadi terlalu besar, menyempitkan saluran tulang belakang di leher. Saluran tulang belakang mengandungi saraf tunjang boleh ditekan dan dihimpit menjadikan ia lebih mudah rosak.

Spondilosis Servikal paling lazim dilihat pada golongan pertengahan umur dan golongan yang tua. Ia merupakan sebab paling lazim yang mengakibatkan disfungsi saraf tunjang pada orang yang berumur lebih daripada 55 tahun. Individu yang dilahirkan dengan saluran tulang belakang yang sempit lebih berisiko untuk mengalami Spondilosis Servikal yang teruk.

Apakah kebarangkalian Spondilosis Servikal – Kecelaruan otak, Saraf Tunjang dan Urat Saraf?

Kesan penuaan pada tulang belakang servikal adalah faktor utama yang mengakibatkan Spondilosis Servikal. Ia termasuk degenerasi cakera dan sendi antara tulang-tulang belakang servikal dan pertumbuhan tulang belakang yang tidak normal.

Perubahan ini boleh memberi tekanan pada akar saraf, atau saraf tunjang, dan mungkin juga pada otak yang boleh menjejaskan bahagian kaki dan lengan seseorang.

Sekiranya anda aktif dalam kerja atau sukan, anda berisiko untuk mengalami Spondilosis Servikal.

Faktor lain yang boleh dimasukkan seperti:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.
  • Mempunyai beberapa jenis kerja yang memerlukan orang tersebut untuk mengangkat benda-benda berat, membongkok ke hadapan dan ke belakang terlalu banyak.
  • Sejarah kecederaan leher (akibat kemalangan, contohnya).
  • cakera terkeluar.
  • patah tulang belakang.
  • Merokok.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Spondilosis Servikal – Kecelaruan otak, Saraf Tunjang dan Urat Saraf?

Perkembangan Spondilosis Servikal memerlukan masa. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi bertambah teruk secara tiba-tiba.

Walaupun Spondilosis Servikal perlu didiagnos di hospital untuk pengesahan yang tepat, ia dapat dikesan dengan gejala awal dan tanda-tanda, seperti:

  • Anda mungkin merasa sakit dan kaku pada leher di peringkat permulaan dan menjadi lebih teruk dari masa ke masa;
  • Kesakitan leher akan menjadi teruk selepas anda berdiri atau duduk untuk waktu yang lama, pada waktu malam, atau apabila anda melakukan beberapa aktiviti yang boleh menjejaskan leher seperti bersin, batuk, ketawa, atau menggerakkan leher ke belakang dan ke hadapan;
  • Kebas atau kehilangan rasa pada bahu atau lengan; Sakit kepala.

Kadang-kadang, anda mungkin tidak menyedari sebarang gejala atau mungkin hanya sedikit kelemahan pada otot anda. Gejala-gejala yang kurang biasa tetapi boleh berlaku ialah:

  • Kebas atau kehilangan rasa pada kaki.
  • Anda tidak boleh mengawal pundi kencing dan usus (air kencing dan najis keluar walaupun anda tidak mahu melakukannya).

Spondilosis Servikal adalah degenerasi biasa yang berlaku dalam kalangan orang tua, yang boleh menjejaskan otak, saraf tunjang, dan urat saraf. Dalam keadaan ini, anda mungkin akan terasa sakit dan kaku pada leher. Kesakitan boleh bertambah teruk apabila anda melakukan aktiviti yang menggunakan tulang dan otot leher.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Cervical spondylosis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-spondylosis/basics/definition/con-20027408. Accessed November 20, 2016.

Cervical spondylosis. http://www.nhs.uk/conditions/Cervical-spondylosis/Pages/Introduction.aspx. Accessed November 20, 2016.

Cervical Osteoarthritis (Cervical Spondylosis). http://www.webmd.com/osteoarthritis/guide/cervical-osteoarthritis-cervical-spondylosis#1. Accessed November 20, 2016.

Cervical spondylosis. https://medlineplus.gov/ency/article/000436.htm. Accessed November 20, 2016.

Voorhies RM. Cervical Spondylosis: Recognition, Differential Diagnosis, and Management. The Ochsner Journal. 2001;3(2):78-84.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Disemak pada 18/05/2018
x