backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2022

    Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

    Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Jika ya, mengapa ia boleh terjadi? 

    Risiko alami barah ovari

    Jika pernah menjalani histerektomi, anda mungkin akan menganggap bahawa risiko untuk didiagnosis menghidap barah ovari takkan berlaku.

    Selalunya dalam kebanyakan kes buang rahim, satu atau kedua-dua ovari akan dibiarkan di tempatnya. 

    Ini bermakna walaupun rahim anda telah dikeluarkan, risiko anda untuk terkena kanser tersebut masih ada.

    Ovari adalah tempat telur dihasilkan dan merupakan sumber utama hormon wanita; estrogen dan progesteron. 

    Kanser ovari ini adalah barah yang berkembang daripada sel ovari. Kebanyakan barah ovari bermula di sel epitelium yang menutup permukaan luar ovari. 

    Kanser ini juga boleh berkembang di dalam sel kuman yang menghasilkan telur atau dalam sel stroma; tempat penghasilan hormon.

    Memahami prosedur buang rahim

    Histerektomi adalah prosedur pembedahan di mana rahim anda dikeluarkan.

    buang rahim

    Terdapat beberapa jenis prosedur buang rahim yang boleh dilakukan, antaranya:

    • Histerektomi separa atau supra serviks – Rahim dikeluarkan tetapi serviks dibiarkan
    • Histerektomi keseluruhan atau pan – Rahim dan serviks dikeluarkan
    • Histerektomi dengan salpingo-oophorectomy dua hala – Rahim, serviks dan tiub fallopio dikeluarkan
    • Histerektomi radikal – Rahim dan serviks dikeluarkan bersama dengan tisu di kedua-dua sisi serviks dan bahagian atas faraj

    Dalam kesemua prosedur di atas, ovari kekal dibiarkan di tempatnya. 

    Mengapa wujud risiko walaupun selepas buang rahim?

    Menurut American Cancer Society (ACS), menjalani prosedur buang rahim (walaupun ovari dikekalkan) boleh mengurangkan risiko kemungkinan untuk mengalami barah ovari sebanyak ⅓.

    Adakalanya tiub fallopio dan kedua-dua ovari dikeluarkan semasa histerektomi. Kaedah ini dikenali sebagai salpingo-oophorectomy bilateral atau BSO.

    Tanpa ovari, risiko untuk terkena barah lebih rendah tetapi masih wujud kemungkinannya.

    Ini kerana sel ovari dapat berpindah ke perineum, yang merupakan kawasan antara faraj dan dubur

    Sekiranya penghijrahan ini berlaku sebelum ovari anda dikeluarkan, sel-sel tersebut tetap berada di dalam tubuh.

    Sel yang tertinggal ini boleh berubah menjadi kanser sama seperti semasa keberadaan ovari. 

    Seandainya keadaan ini terjadi, ia masih dianggap sebagai barah ovari walaupun organ tersebut telah dikeluarkan sebelum kanser berkembang.

    Kanser juga boleh berkembang daripada sel-sel peritoneum, iaitu tisu yang melapisi dinding perut anda.

    Walaupun secara nyata ia bukanlah kanser ovari, pun begitu sel ini bertindak balas sama seperti barah ovari.

    buang rahim

    Faktor risiko

    Berikut adalah antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko seseorang individu untuk mendapat barah ovari, seperti: 

    Simptom kanser ovari yang perlu dikenal pasti

    Tidak kira jenis prosedur buang rahim yang mana telah dilakukan, anda masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala.

    Walau bagaimanapun, tidak terdapat ujian saringan rutin untuk pemeriksaan barah ovari.

    Umumnya, gejala atau tanda untuk kanser ini pada awalnya kelihatan kabur dan ringan. Antara simptom biasa termasuklah:

    Jika simptom di atas disebabkan kanser, ia tidak akan bertindak balas terhadap rawatan atau berkurangan dari masa ke masa.

    Maka adalah penting untuk memaklumkan gejala yang dialami kepada doktor secepat mungkin kerana diagnosis pada peringkat awal cenderung mempunyai prognosis yang lebih baik.

    Langkah pencegahan yang boleh dilakukan

    Bagi sesetengah individu, secara genetiknya mereka mempunyai kecenderungan untuk menghidap barah ovari.

    Jika itu adalah situasi anda, maka sebaiknya pertimbangkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan.

    Antara pilihan yang ada adalah untuk membuang ovari anda. Langkah ini dikenali sebagai ooforektomi bilateral profilaksis.

    Tanpa ovari, anda masih boleh didiagnosis menghidap kanser ovari, cuma risikonya adalah lebih rendah.

    Jika anda pembawa mutasi gen BRCA1 atau BRCA2, prosedur buang rahim salpingo-oophorectomy adalah pilihan terbaik.

    Ia dapat membantu mengurangkan risiko kanser ovari, tiub fallopio dan pertinoneal sebanyak 85 hingga 90%.

    Bagi wanita yang membawa gen ini juga berisiko tinggi untuk terkena kanser payudara, jadi membuang ovari sebelum menopaus dapat menurunkan risiko.

    buang rahim

    Pengesanan awal

    Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, adalah penting untuk setiap wanita memahami mengenai simptom dan risiko barah ovari.

    Ia membantu anda dapat melakukan pemeriksaan dan rundingan doktor dengan segera seandainya berlaku perubahan fizikal pada tubuh.

    Diagnosis awal untuk kanser ovari dapat memberikan hasil dan kualiti hidup yang lebih baik. 

    Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan berlengah untuk berjumpa doktor anda, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan