backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Dalangnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/04/2023

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Dalangnya!

Ada sebab kenapa menopaus disebut sebagai ‘perubahan hidup’, ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian tubuh badan wanita termasuk rasa sakit pada payudara.

Walaupun rasa sakit di dada mungkin sering terjadi apabila seseorang bakal didatangi haid, namun perkara sama boleh berlaku pada mereka yang menopaus mungkin oleh sebab yang berbeza.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan menopaus dan sakit pada payudara.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

Sakit pada payudara selepas menopaus

Sakit payudara, juga disebut sebagai mastalgia, adalah sama ada cyclical (jenis yang paling biasa) atau non-cyclical.

  • Sakit payudara cyclical

Ia adalah jenis sakit yang berkaitan dengan haid dan disebabkan oleh turun naik hormon estrogen dan progesteron.

Walaupun kajian tidak menemui kelainan hormon yang menjelaskan sakit payudara cyclical, estrogen dan progesteron diketahui mempunyai kesan merangsang, membesarkan saiz, kelenjar susu (lobula) dan menyebabkan payudara ‘menyimpan air.’

Beberapa hari sebelum haid, kedua-dua belah payudara anda mungkin membengkak dan berasa sakit.

Selain itu, kesakitan boleh meluas ke bahagian lain seperti pada atas dan luar payudara, ketiak, dan lengan.

Kesakitan cyclical mungkin boleh bertambah teruk semasa perimenopause, apabila hormon melonjak naik dan turun secara tidak menentu.

kanser payudara, glikogen

  • Sakit payudara non-cyclical

Jenis kesakitan ini pula bukan berkaitan dengan haid dan tidak mengikut corak yang mampu diramalkan.

Ia juga mungkin terjadi berterusan atau sekali-sekala, boleh mempengaruhi satu payudara atau kedua-duanya.

Selain itu, kesakitan non-cyclical biasanya menunjukkan simptom-simptom masalah kesihatan tertentu, seperti sista, trauma, atau tumor.

Beberapa penyelidikan menunjukkan ketidakseimbangan asid lemak dalam sel berperanan dalam mencetus rasa sakit payudara.

Perubahan fibrokistik pada tisu payudara juga mampu menyebabkan sakit cyclical atau non-cyclical terhadap buah dada.

Harus juga anda ketahui, wanita dengan kondisi ini biasanya mempunyai tisu yang menebal atau peningkatan jumlah jumlah sista pada payudara yang normal.

  • Berlaku jangkitan

Jangkitan pada payudara (mastitis) atau abses boleh menyebabkan kesakitan yang teruk.

Mastitis paling sering terjadi pada wanita yang menyusui anak, namun ia juga boleh berlaku pada usia tua mahupun muda.

Tambahan itu, susukan bayi boleh merengsakan kulit puting payudara, menyebabkan bakteria masuk dan menjangkitinya.

Selain itu, mastitis menyebabkan demam dan pembengkakan payudara, kemerahan, dan rasa sakit.

Simptom Kanser Payudara Patut Anda Sedari

  • Kecederaan

Sebarang trauma (kecederaan) yang berlaku pada payudara termasuk biopsi atau pembedahan boleh menyebabkan kesakitan yang mungkin berlangsung selama beberapa minggu.

Kadang-kadang, trauma sebabkan keradangan dan pembekuan urat di bawah kulit payudara (trombophlebitis superfisial) yang boleh mengakibatkan kesakitan dan pembengkakan.

  • Kanser

Sakit pada payudara jarang menjadi gejala kanser serta hanya 2% sehingga 7% wanita dengan kesakitan non-cyclical pada satu tempat di payudara akan menerima diagnosis barah payudara.

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah

Kesakitan dan ketidakselesaan payudara akan hilang sebaik sahaja menopaus bermula dan tahap hormon estrogen mulai menurun.

Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara semasa perimenopause.

Justeru, individu boleh mengambil ubat penahan sakit over-the-counter (OTC) seperti ibuprofen untuk merawat rasa sakit pada payudara.

Membuat perubahan gaya hidup juga membantu hilangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh kesakitan dialami.

Perubahan gaya hidup lain yang dapat membantu masalah sakit pada payudara termasuk:

Bila anda perlu bertemu doktor?

Payudara yang sakit akan mengganggu rutin harian anda, namun bilakah momen tepat yang harus disedari untuk bertemu dengan doktor?

sakit pada payudara

Jika seseorang individu mempunyai gejala-gejala berikut selain sakit pada dada, mereka harus segera berjumpa doktor apabila:

  • Menyedari perubahan tekstur kulit
  • Pengeluaran cecair yang tidak dapat dijelaskan dari puting
  • Bengjolan atau bengkak di ketiak atau di sekitar tulang selangka
  • Sakit payudara yang berterusan
  • Perubahan ketara pada ukuran dan bentuk payudara, terutamanya jika ia berlaku hanya pada satu sisi

Lakukan pemeriksaan rutin

American College of Physicians mengesyorkan agar orang ramai melakukan pemeriksaan kanser payudara daripada usia 40 tahun.

Mereka mencadangkan pemeriksaan rutin bagi individu yang berisiko mendapat kanser payudara seperti berikut:

  • Berumur 40 sehingga 49 tahun
  • Setiap 2 tahun bagi usia 50 sehingga 74 tahun
  • Seseorang yang mempunyai risiko lebih tinggi daripada purata mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap.

    Risiko meningkat sekiranya individu tersebut mempunyai:

    • Sejarah kanser payudara
    • Sejarah pendedahan radiasi dada semasa kecil
    • Faktor genetik, seperti perubahan gen BRCA 1 atau BRCA 2

    Rumusan

    Rasa sakit pada dada selepas menopaus mungkin bukanlah satu perkara yang harus dirisaukan, namun itu tidak bermakna anda harus kekal sengsara dengan kesakitan yang dialami.

    Sekiranya sakit itu berterusan, segera lakukan temu janji dengan doktor untuk tahu apa punca payudara sakit berdenyut!

    Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat bersama diet pemakanan yang baik demi kesejahteraan kesihatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/04/2023

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan