backup og meta

Pacat VS Lintah, Ada Cara Rawatan Terbaik Untuk Gigitan 2 Haiwan Penghisap Darah Ini!

Pacat VS Lintah, Ada Cara Rawatan Terbaik Untuk Gigitan 2 Haiwan Penghisap Darah Ini!

Mengejutkan, kata kunci pacat vs lintah agak tinggi dalam laman carian Google. Ia mungkin tanda bahawa individu masih kurang pasti akan perbezaaan yang wujud di antara dua haiwan ini.

Jika begitu pula, apa yang akan anda buat jika digigit salah satu daripada haiwan itu? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa beza di antara pacat vs lintah?

Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua haiwan ini berasal daripada rumpun keluarga cacing beruas (annelida) dan memiliki alat pada badan mereka untuk menghisap darah haiwan lain.

Mempunyai tubuh yang kecil, lembut, licin dengan gigi yang banyak dan tajam, pacat serta lintah memerlukan darah daripada haiwan lain termasuklah manusia untuk meneruskan kehidupan.

Untuk membezakan yang mana satu di antara pacat vs lintah, anda perlu lihat pada habitatnya di mana haiwan pacat tinggal di kawasan perhutanan manakala lintah pula di kawasan perairan.

Jadi, kawasan anda berada ketika gigitan itu terjadi adalah sangat penting untuk menentukan jika ia pacat atau lintah. Persoalannya, apa kesan yang akan berlaku pada diri anda selepas digigit?

pacat vs lintah

Baca lagi artikel berkaitan:

Apa yang akan jadi jika anda digigit?

Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, pacat vs lintah tinggal di habitat perhutanan serta perairan dan risiko gigitan adalah jauh lebih tinggi jika anda mengunjungi kawasan seperti kebun, ladang, sungai, tasik dan lain-lain tempat yang berkaitan.

Nampak sahaja ia kecil dan tidak membahayakan, namun beberapa akibat berikut mungkin akan berlaku:

  • Pendarahan yang sukar berhenti
  • Infeksi pada kulit
  • Reaksi alergi kulit
  • Risiko ia masuk ke dalam rongga

Dalam usaha untuk elak kesan di atas itu terjadi, anda perlu tahu bagaimana cara betul mencabut, mencuci serta menutup luka pada kulit angkara gigitan pacat atau lintah. Kuncinya, jangan panik!

Berikut cara rawatan gigitan pacat/lintah!

Sebenarnya, rawatan untuk gigitan kedua-dua haiwan kecil ini tidak banyak beza kerana ia masih berfokuskan kepada teknik mencabutnya daripada kulit, mencuci dan menutup luka yang terjadi.

pacat vs lintah

Sekiranya anda digigit pacat atau lintah, sila cuba untuk kekal tenang dan buat langkah di bawah:

#1. Jangan terus tarik pacat vs lintah

Pertama dan paling penting, jangan terus tarik haiwan kecil ini daripada kulit kerana ada risiko untuk giginya kekal melekat pada kulit dan akibatnya, darah akan masih mengalir dengan banyak.

Apa yang anda perlu buat adalah memastikan jika gigi haiwan itu telah terlepas daripada kulit terlebih dahulu. Antara tip yang ada adalah menaburkan garam halus atau abu rokok pada badannya.

#2. Cuci luka dengan air bersih

Kemudian, anda perlu segera cuci luka tersebut dengan air bersih, sabun serta antiseptik jika ada bagi mengurangkan risiko jangkitan akibat kuman yang telah dipindahkan melalui gigitannya.

Jangan pula anda menghisap atau menjilat kawasan luka kerana khuatir kuman boleh menjangkiti!

#3. Tekan luka agar darah berhenti

Kalau darah masih tidak berhenti mengalir, periksa jika masih ada gigi pacat dan lintah tertinggal kerana ia boleh jadi punca pendarahan tersebut. Jika ini masih berlaku, tekan di kawasan luka.

Cari kain bersih dan kekal tekan ia sampai darah berhenti keluar dan buat langkah seterusnya ini.

#4. Tuam luka agar bengkak berkurangan

Gigitan pacat vs lintah akan menyebabkan kawasan gigitan menjadi merah, gatal dan bengkak. Elak daripada menggaru tempat luka dan tuamkan dengan kain basah untuk mengurangkan kebengkakan.

Jika masih rasa sakit, elakkan daripada terus menyentuh tepat pada tempat luka dan dapatkan bantuan.

pacat vs lintah

#5. Berjumpa doktor dengan kadar segera

Kadangkala, individu mungkin akan digigit pada jumlah pacat atau lintah yang sangat banyak dan ini boleh jadi sangat bahaya. Segera pergi ke pusat kesihatan untuk terima rawatan lanjutan.

Kebiasaannya, doktor mungkin akan memberikan ubat tahan sakit, gatal, bengkak dan antibiotik oral jika perlu. Sebarang jenis krim, minyak atau ubat topikal juga ada diberikan mengikut situasi.

Ketahuilah bahawa gigitan haiwan kecil ini mungkin tidak membawa sebarang kesan bahaya pada individu normal namun turut boleh mengancam mereka yang mengalami masalah seperti anemia!

Ini kerana paras sel darah merah boleh menurun dengan mendadak akibat digigit pacat dan lintah. Maka, sila cuba elak daripada gigitan dan dapatkan rawatan dengan segera untuk elak komplikasi ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diserang Lintah dan Pacat: Rawatan Awal, http://www.myhealth.gov.my/diserang-lintah-dan-pacat-rawatan-awal/, Accessed Jul 29 2022.
  2. How to remove a leech, https://www.wildmadagascar.org/overview/leeches.html, Accessed Jul 29 2022.
  3. Insect bites and stings: First aid, https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-insect-bites/basics/art-20056593, Accessed Jul 29 2022.
  4. Insect Bites and Stings (Homeopathy), https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/hn-2238007, Accessed Jul 29 2022.
  5. Infectious bites and scratches, https://www.bushwalking101.org/infectious-bites-and-scratches/, Accessed Jul 29 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Kena Gigit Nyamuk? Ini 7 Pokok Halau Nyamuk Anda MESTI Tanam Di Rumah!

Kesan Gigitan Lipan Boleh Bawa Maut? Ini 7 Langkah Penting Untuk Rawat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan