backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/11/2022

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Luka kecil adalah kecederaan yang biasa berlaku di rumah. Kadangkala, kita sendiri boleh terluka ketika buat kerja rumah seperti memasak atau berkebun. Jadi, anda perlu tahu cara rawat luka kecil dan bagaimana untuk pastikan luka tersebut cepat kering

    Kemalangan berlaku tanpa sebarang amaran. Oleh itu, penting untuk anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Untuk pengetahuan anda, luka kecil yang tidak serius boleh dirawat sendiri di rumah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan habit sihat, anda boleh klik di sini.

    Panduan untuk merawat luka kecil

    Anda boleh merawat luka kecil di rumah jika luka yang dialami tidak begitu dalam. Jika luka yang dialami bersaiz besar, dalam dan mempunyai koyakan yang bergerigi, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

    Sebelum letakkan apa-apa bahan pada bahagian luka untuk buatkannya cepat kering, pertama sekali anda perlu tahu cara untuk merawat luka kecil di rumah.

    Langkah-langkah first-aid ini dapat membantu anda merawat luka kecil dengan mudah dan selamat:

    1. Sebelum pegang luka, basuh tangan terlebih dahulu untuk elakkan jangkitan!
    2. Cuba hentikan pendarahan secepat mungkin. Pendarahan melalui luka kecil selalunya tidak memakan masa yang lama untuk berhenti.
    3. Bersihkan luka. Selepas luka berhenti berdarah, bilas kawasan luka dengan air. Jika ada kekotoran yang melekat pada kawasan luka, cuba buang kekotoran itu dengan berhati-hati.
    4. Letakkan antibiotik. Antibiotik dapat melembapkan kawasan luka. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan kuman dan secara tidak langsung mengurangkan risiko luka sukar sembuh dan meninggalkan parut.
    5. Tutup kawasan luka. Selepas anda melakukan semua langkah di atas, letakkan pembalut pada kawasan luka. Walau bagaimanapun, jika anda hanya mengalami luka kecil, tidak mengapa jika anda biarkannya tanpa balutan.
    6. Perhatikan tanda-tanda jangkitan. Pastikan anda berjumpa doktor jika mendapati luka anda menjadi kemerah-merahan, sakit, ataupun bengkak.

    5 bahan yang anda boleh gunakan untuk rawat luka di rumah

    rawat luka

    Mudah andai anda mempunyai pengetahuan first-aid jika berlaku sebarang kemalangan di rumah.

    Oleh itu, di sini kami ingin membantu anda dengan memberikan tip mengenai 5 bahan yang boleh digunakan untuk rawat luka supaya cepat kering.

    Walau bagaimanapun, bukan kesemua bahan di bawah mempunyai sebarang bukti saintifik untuk membuktikan keberkesanannya dalam menghentikan pendarahan.

    Oleh yang demikian, gunakan bahan di bawah dengan berhati-hati. Jika luka terlalu teruk, terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

    1. Rawat luka gunakan ais

    rawat luka

    Pendarahan kecil kebanyakannya boleh dihentikan dengan cara menekan kawasan luka. Tekanan yang diaplikasikan pada kawasan luka bertindak menghentikan peredaran darah buat seketika.

    Setelah pendarahan berhenti, ikat luka dengan pembalut luka dan letakkan ketulan ais ke atas luka tersebut.

    Ais dapat membantu mengecutkan salur darah dan membuatkan darah membeku dengan lebih pantas.

    Setelah anda meletakkan pek ais ke atas kawasan luka, teruskan menekan kawasan tersebut sekurang-kurangnya selama 10 minit.

    2. Letakkan uncang teh

    Tahu tak, anda boleh kurangkan pendarahan selepas mencabut gigi dengan cara menggigit uncang teh?

    Asid tanin yang terkandung di dalam teh boleh membantu darah membeku dengan lebih cepat. Selain itu, bahan ini juga bersifat antiseptik dan dapat mengurangkan jangkitan.

    Tip ini bukan sahaja boleh anda gunakan untuk menghentikan pendarahan pada gigi, tapi juga untuk merawat luka-luka kecil.

    Sebelum anda menggunakan uncang teh tersebut, anda boleh sejukkan uncang di dalam peti ais terlebih dahulu.

    3. Sapukan jeli petroleum

    Setelah anda lap luka yang terbuka, anda boleh sapukan sedikit jeli petroleum ke atas luka tersebut untuk pastikan kawasan tersebut sentiasa lembap.

    Jeli petroleum juga boleh bantu mengelakkan luka daripada membentuk parut yang dalam dan gatal. 

    4. Gunakan cecair pencuci mulut

    Alkohol yang terkandung di dalam cecair pencuci mulut bertindak sebagai astringen (bahan yang boleh mengecutkan tisu) dan boleh membantu darah membeku dengan lebih pantas.

    Selain itu, pencuci mulut juga mempunyai bahan yang boleh menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh rawatan pergigian.

    5. Rawat luka gunakan antiperspirant

    Jangan terkejut, antiperspirant sebenarnya boleh bantu untuk rawat luka dan menghentikan pendarahan!

    Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005, aluminium klorida yang terdapat di dalam antiperspirant boleh membantu mengecutkan saluran darah dan menghentikan pendarahan!

    Bukan semua luka kecil boleh dirawat di rumah

    rawat luka

    Kadangkala, ada luka kecil yang perlukan perhatian dan rawatan daripada doktor. Sebagai contoh:

    1.       Luka yang berada pada kawasan muka.
    2.       Luka dalam sehingga boleh nampak lemak atau otot.
    3.       Anda tidak dapat buang semua kekotoran daripada kawasan luka.
    4.       Luka berasal daripada gigitan binatang.
    5.       Anda tidak pernah mendapatkan suntikan tetanus selama 5 tahun.
    6.       Kawasan luka rasa kebas.

    Luka gigitan, tidak kiralah luka akibat haiwan ataupun manusia, kedua-duanya perlukan perhatian daripada doktor.

    Jika gigitan tersebut berasal daripada haiwan, doktor akan memastikan haiwan tersebut tidak mempunyai penyakit anjing gila.

    Selain itu, doktor mungkin akan berikan ubat untuk rawat luka tersebut dan melawan jangkitan.

    Kebanyakan luka kecil akan sembuh dengan sendirinya. Oleh itu, anda tidak perlu risau melainkan luka tersebut nampak serius ataupun telah terkena jangkitan.

    Kini anda telah tahu kaedah untuk rawat luka dengan mudah dan berkesan di rumah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan