Diagnosis gigitan serangga bermula dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Ujian biasanya tidak diperlukan bagi mendiagnosis sengatan lebah dan gigitan serangga.
- Ujian alahan bisa serangga – Ujian diagnostik yang mungkin berguna adalah ujian alahan bisa serangga. Ujian ini melibatkan goresan pada kulit dengan menggunakan sedikit dos daripada pelbagai jenis bisa serangga dan melihat saiz geligata yang terjadi bagi mengukur reaksi alahan terhadap bisa serangga secara individu.
- Ujian penyakit Lyme – Sekiranya kutu ditarik keluar daripada kulit. Ia harus diperiksa untuk Borrelia Burgdorferi, penyebab kepada penyakit Lyme, jika individu tersebut berada di kawasan penuh dengan kutu.
Kesan gigitan serangga biasanya hanya menjengkelkan dan tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius atau berpanjangan. Tetapi bagi keadaan yang tertentu, ia boleh menyebabkan jangkitan yang memerlukan rawatan. Atau reaksi alahan yang boleh menjadi serius atau membawa maut dan memerlukan pertolongan kecemasan.
Bagaimana pesakit dirawat?

Gigitan dan sengatan serangga adalah perkara biasa, dan kebanyakannya dianggap sebagai kes kecil. Melainkan jika serangga tersebut berbisa, membawa penyakit, atau apabila seseorang mengalami reaksi alahan terhadap gigitan tersebut yang menyebabkan situasi bertukar menjadi kecemasan.
Walaupun di dalam keadaan sebegitu, diagnosis yang tepat dan rawatan yang segera dapat menyelamatkan nyawa dan menghalang kerosakan kekal tisu.
Kebanyakan gigitan serangga adalah kecil, reaksi setempat yang mana simptom-simptomnya mudah untuk dirawat. Bahkan rawatan di rumah adalah satu-satunya perkara yang diperlukan bagi melegakan simptom-simptom reaksi sederhana bagi sengatan atau gigitan serangga yang biasa terjadi,
Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap gigitan dan sengatan, imunoterapi (desensitisasi) adalah pilihan rawatan yang boleh dilakukan. Imunoterapi venom boleh bantu menghalang reaksi sistemik pada individu yang sensitif terhadap sengatan atau gigitan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani sengatan?
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi gigitan dan sengatan:
- Lepuh – Jangan pecahkan lepuh kesan gigitan serangga, kerana ia boleh berjangkit. Selain itu, lepuh boleh menyebabkan kesakitan apabila ia pecah dan akan mendedahkan bahagian bawah kulit yang sakit. Jika boleh, guna balutan pelekat bagi melindungi kawasan lepuh ini.
- Urtikaria menyeluruh – Sekiranya anda menyedari benjolan atau lesi yang kecil dan gatal di atas atau berdekatan dengan kawasan gigitan, doktor anda akan mempreskripsi antihistamin dan kortikosteroid secara oral, seperti prednisolone bagi merawat kawasan setempat. Jika simptom-simptom menjadi bertambah teruk, dapatkan bantuan perubatan.
- Reaksi setempat (besar) – Reaksi setempat yang besar boleh dirawat menggunakan antihistamin dan / atau analgesik secara oral bagi jangka masa pendek. Jika bengkak pada kawasan setempat menjadi teruk, doktor anda akan mempreskripsi steroid secara oral bagi jangka masa pendek.
- Reaksi setempat (kecil) – Reaksi setempat yang merupakan kesan gigitan serangga boleh dirawat menggunakan demah sejuk dan / atau NSAIDs secara oral seperti aspirin, paracetamol atau ibuprofen. Anestetik, krim steroid atau tablet antihistamin juga boleh melegakan kesakitan akibat gigitan. Jangan sapu krim atau minyak pada kulit yang luka dan selalu patuhi arahan yang ada pada paket bungkusan. Walaupun gigitan boleh jadi gatal, elakkan daripada menggarunya kerana anda mungkin akan merosakkan kulit dan membenarkan bakteria masuk ke dalam kulit, menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen