backup og meta

Kesan Gigitan Lipan Boleh Bawa Maut? Ini 7 Langkah Penting Untuk Rawat Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/03/2023

    Kesan Gigitan Lipan Boleh Bawa Maut? Ini 7 Langkah Penting Untuk Rawat Di Rumah!

    Lipan, serangga yang nampak sangat menggelikan lagi mengerikan. Ditambah pula dengan kesan gigitan lipan yang dipercayai boleh bawa maut, ia tidak boleh dibiarkan dan mesti dirawat dengan kadar segera untuk elak perkara buruk berlaku. Bagaimana?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Lipan, antara arthropod yang berbahaya?

    Lipan atau kelabang adalah antara haiwan dari keluarga arthropod yang berbahaya serupa seperti labah-labah dan kala jengking. Gigitannya dipercayai boleh bawa banyak implikasi buruk.

    Sebenarnya, ia bukan merupakan haiwan yang agresif dan gemar menyerang manusia namun jika rasa terancam, lipan mungkin akan menggigit dan merembes racunnya kepada individu.

    Kebiasaannya, haiwan dengan bilangan kaki banyak dan ukuran 3 ke 20 sentimeter (cm) ini akan tinggal di tempat yang gelap serta lembap seperti di dapur, tandas, stor, saluran air atau halaman rumah namun masih boleh kekal hidup di lokasi lain.

    Seperti mana yang diuar-uarkan, tanda kesan gigitan lipan bakal mendatangkan rasa sakit teruk selain mengakibatkan pelbagai implikasi buruk terhadap kesihatan individu termasuk kematian.

    kesan gigitan lipan

    “Racun milik haiwan kelabang ini mampu melumpuhkan lantas menewaskan mangsa yang 15 kali ganda lebih besar daripada saiz mereka termasuk juga manusia,” jelas Pakar Bisa dan Toksin, Shilong Yang.

    Apa kesan gigitan lipan kepada manusia?

    Untuk pengetahuan anda semua, ada satu hipotesis yang boleh menggambarkan situasi ini iaitu; semakin besar saiz ukuran kelabang, semakin teruk kesan gigitan itu dan ia memang benar.

    Kesan gigitan haiwan berbisa itu terbahagi kepada dua yakni ringan dan teruk. Ikuti penjelasan di bawah:

    Akibat gigitan lipan yang ringan

    Kesakitan akibat kesan gigitan lipan ini dipercayai hampir sama dengan sengatan lebah. Gejala di atas tadi akan berlanjutan selama beberapa jam atau hari yang boleh sembuh secara sendiri.

    Akibat gigitan lipan yang teruk

    • Demam teruk
    • Peluh sejuk
    • Mual-mual
    • Muntah-muntah
    • Degupan jantung laju
    • Anafilaksis

    Dalam kes akibat gigitan binatang berbisa ini yang paling teruk, maut mungkin menanti. Disebabkan itu, jangan biarkan dan segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan serta ubatan yang penting.

    kesan gigitan lipan

    Bagaimana cara untuk rawat di rumah?

    Bayangkan situasi di mana anda digigit kelabang ketika keseorangan di rumah dan tiada siapa yang boleh bantu. Tenang, anda masih boleh cuba rawat ia secara sendiri dengan langkah betul.

    Cuma, anda juga perlu tahu bahawa langkah berikut ini hanya boleh dibuat untuk meredakan gejala dan menyembuhkan luka sahaja. Perhatian klinikal daripada doktor masih perlu jika ia kronik.

    Sekiranya tiada siapa membantu, berikut ini adalah langkah penting untuk dibuat jika digigit lipan:

    1. Bersihkan luka gigitan lipan dengan air yang mengalir dan sabun untuk menghindar risiko infeksi di kawasan terbabit.
    2. Rendamkan luka gigitan kelabang di dalam air hangat untuk mengeluarkan sisa racun.
    3. Kompreskan luka gigitan kelabang dengan air batu untuk mengurangkan rasa sakit.
    4. Sapu ubat tahan gatal dan bengkak yang mengandungi hidrokortison.
    5. Ambil ubat tahan sakit yang biasa seperti paracetamol atau ibuprofen.
    6. Jika timbul reaksi alergi yang berterusan, ubat antihistamin atau epinefrin mungkin perlu.
    7. Dapatkan perhatian klinikal daripada doktor jika ia masih tidak sembuh.

    kesan gigitan lipan

    Bagaimana cara doktor rawat di klinik?

    Meskipun kami kata anda boleh rawat kesan gigitan lipan ini di rumah secara sendiri, namun wujud juga risiko di mana ia tidak berjaya. Selain salah cara, individu juga mungkin tidak tahu jika kelabang yang menggigit itu punya bisa dan toksin yang amat berbahaya.

    Jadi, ikhtiar yang paling bijak dan tepat untuk dibuat adalah dengan dibawa ke doktor. Sekiranya anda sempat, cuba rakam gambar atau bawa bangkai lipan yang menggigit anda itu sekali.

    Selepas mengenalpasti spesies dan jenis bisa atau toksin yang dimiliki haiwan itu, maka doktor akan dapat menentukan apa jenis rawatan, ubatan atau antidot terbaik buat mangsa gigitan.

    Ikhtiar ini adalah sangat penting bagi mengelakkan individu daripada terkena reaksi alergi serius seperti anafilaksis yang mungkin boleh bawa maut apabila dibiarkan atau komplikasi lain.

    Konklusinya, kesan gigitan lipan itu memang sangat berbahaya kepada haiwan lain serta manusia. Apa yang anda boleh buat adalah elak, cegah, hapus dan jauhi diri daripada bertemu haiwan ini!

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan