Purdah niqab adalah item yang memberikan fungsi sama kepada si pemakainya. Jika anda salah seorang antara perempuan pakai purdah, ayuh kami ada beberapa tip yang ingin dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Perbezaan hijab dan niqab
Hijab dan niqab adalah berbeza. Hijab merujuk kepada menutup segala bahagian kecuali tangan dan muka.
Manakala niqab adalah istilah yang digunakan kepada sehelai kain yang menutup muka. Kebiasaannya wanita yang memakai niqab juga akan memakai sarung tangan. Niqab adalah seperti veil bagi bahagian muka dengan bahagian mata terdedah.
Bagaimana pula niqab dengan burqa? Adakah kedua-dua item ini sama?
Walaupun kedua-duanya menutup muka, tetapi ia berbeza. Ini kerana burqa meliputi seluruh muka dan badan, hanya meninggalkan mesh screen pada bahagian mata.
9 tip untuk perempuan pakai purdah
Buat anda yang sedang dalam fasa peralihan ke niqab, sudah tentu akan ada cabaran yang perlu dilalui.
Jangan risau, Hello Doktor akan kongsikan petua yang mungkin dapat memudahkan dan mesra niqabi.
1. Ketika bersin
Bersin bukanlah sesuatu yang boleh dirancang, betul tak?
Malangnya memakai niqab membuatkan ia ‘menangkap’ semburan bersin tersebut, sekali gus menjadikannya lembap. Keadaan ini sudah tentu boleh membuatkan anda tidak selesa. Jadi sebaiknya, elakkan daripada bersin di dalam purdah.
Cuba jarakkan kain purdah daripada muka semasa berasa hendak bersin atau letakkan tangan antara niqab dan muka.
2. Niqab Marylin Monroe
Salah satu cabaran buat orang perempuan pakai purdah adalah semasa keadaan berangin.
Dalam situasi tersebut sebaiknya anda memegang (menahan) kain niqab atau akan berlaku kejadian seperti Marilyn Monroe.
Lebih bahaya lagi jika ia berlaku semasa anda ingin melintas, sekali gus menyebabkan penglihatan terganggu.
3. Menuruni tangga
Sama situasinya seperti keadaan berangin, sebaiknya semasa menuruni tangga, peganglah kain niqab anda. Ini membolehkan anda menghindari situasi kain terselak sekali gus mendedahkan muka.
4. Bau semasa pakai purdah niqab
Hakikatnya, bau boleh melekat pada mana-mana pakaian sekali pun. Namun buat pemakai purdah, disebabkan kain niqab juga melitupi bahagian hidung, maka baunya akan lebih kuat
Jadi langkah terbaik, jauhi perokok. Elakkan juga pengambilan makanan berbau kuat seperti bawang merah, bawang putih atau petai kerana ia boleh melekat lebih lama pada niqab.
Baca juga: