Reaksi alahan juga merupakan salah satu daripada punca berlakunya kegatalan pada alis mata.
Antara benda yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada alis mata ini adalah produk kecantikan wajah seperti pencuci muka, pelembab, pelindung matahari atau topeng muka.
Namun begitu, reaksi alahan ini biasanya akan hilang dengan sendiri. Namun begitu, reaksi alahan yang teruk iaitu anafilaksis boleh membahayakan kesihatan individu dan paling membimbangkan, boleh mengakibatkan kematian.
#4. Herpes zoster
Herpes zoster adalah sejenis ruam yang timbul pada tubuh badan atau muka.
Sebelum atau semasa ruam ini muncul, individu yang mengalaminya cenderung untuk berasa gatal, geli dan sakit pada kawasan yang dijangkiti, terutamanya pada alis mata.
Kebiasaannya, ketidakselesaan pada kawasan yang dijangkiti ini akan berada pada tahap yang teruk antara 1 ke 5 hari sebelum ia pecah.
Ia mungkin akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk pudar dan hilang secara keseluruhannya.
Dalam beberapa kes, kondisi ini juga boleh menyerang mata lantas mengakibatkan individu menjadi buta.
Kondisi ini berpunca daripada virus cacar air iaitu Varicella zoster.
Walaupun selepas sembuh sepenuhnya daripada penyakit ini, virus ini tetap kekal dalam tubuh badan dan berkemungkinan untuk menyerang buat kali yang kedua.
#5. Dermatitis seboroik
Dermatitis seboroik adalah salah satu daripada jenis ekzema yang selalu terjadi kepada individu yang mengalami gangguan imunisasi tubuh badan seperti HIV/AIDS.
Selain itu, individu yang mempunyai kondisi neurologi seperti Parkinson juga lebih berisiko mengalami kondisi ini. Ia akan mempengaruhi bahagian tubuh badan yang terdapat banyak kelenjar minyak, termasuklah alis mata.
Antara gejala kondisi ini termasuklah:
Kening juga boleh tumbuh kelemumur?
Selain itu, kening gatal juga mungkin ada kaitannya dengan pertumbuhan kelemumur pada alis mata.
Anda tidak perlu terkejut kerana alis mata juga merupakan bulu sama seperti rambut pada kepala anda jadi, masalah kelemumur juga boleh berlaku kepadanya.
Persoalannya, bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?
- Ketahui puncanya – ia sama ada disebabkan oleh malassezia atau pelbagai lagi gejala seperti yang dinyatakan di atas
- Guna syampu yang sesuai
- Guna produk mencuci muka yang sesuai
Dengan ini, kelemumur pada alis mata mungkin akan pergi namun bukan untuk selamanya.
Jadi, ulangi proses ini dengan kerap untuk memastikan ia sukar tumbuh kembali.
Konklusi
Konklusinya, kening bukan sekadar aksesori mata yang berfungsi mencantikkan wajah seseorang.
Ia sebenarnya sangat penting untuk melindungi mata, mengekspresikan emosi serta sebagai identiti individu.
Pun begitu, sebenarnya terdapat banyak masalah alis mata yang mungkin anda alami antaranya adalah kegatalan yang disebabkan oleh banyak punca.
Untuk mengatasinya, sentiasa pastikan penjagaannya serta segera berjumpa doktor sekiranya berlaku sebarang kegusaran yang anda tidak dapat kenal pasti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen