home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Selain Kulit Wajah, Jaga Juga 10 Bahagian Tubuh Ini (Termasuk Celah Ketiak & Ari-ari)!

Selain Kulit Wajah, Jaga Juga 10 Bahagian Tubuh Ini (Termasuk Celah Ketiak & Ari-ari)!

Dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan secara total, kepentingan kebersihan diri wajarlah diamalkan oleh semua individu.

Pun begitu, inilah yang menjadi masalah kerana masih wujud segelintir individu yang mengabaikan aspek ini dalam kehidupan.

Sebagai contoh, kita boleh lihat dalam aspek penjagaan kulit, yang merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia.

Apakah amalan kebersihan diri bagi memastikan kulit anda senantiasa sihat? Jom teruskan ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Baca lebih lanjut tentang Habit Sihat di sini.

Kulit, kepentingan kebersihan diri yang utama?

Kenapa organ ini ditekankan sebagai kepentingan kebersihan diri yang utama? Mudah sahaja, ia merupakan organ terbesar manusia!

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai barisan pertahanan utama dan pertama yang melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan penyakit.

Bukan itu sahaja, kulit juga merupakan permukaan yang paling meluas dan jelas tertera sebagai cerminan kebersihan diri individu.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk menjaga organ ini sama ada yang terlihat seperti wajah mahupun yang terlindung seperti di celah-celah lipatan kulit lain.

Bagaimana cara menjaga kulit yang sebenar?

Setiap inci kulit tubuh badan kita memerlukan perhatian dan penjagaan yang mungkin agak berbeza antara satu sama lain.

Berikut adalah amalan kebersihan diri yang wajar diamalkan:

#1 Wajah

sabun untuk kulit sensitif

Bagi memastikan kulit muka anda bersih, cantik dan berseri, jangan lupa untuk kerap cuci muka setiap kali ia mula terasa kotor.

Gunakan produk pencuci yang sesuai untuk jenis kulit terutamanya jika kalian mengalami masalah kulit kering, berminyak atau bersisik.

Antara waktu yang paling ‘wajib’ mencuci muka adalah ketika bangun dan masuk tidur!

#2 Leher

Selepas muka, turun pula sedikit kepada leher dengan menggunakan teknik yang sama seperti penjagaan kulit wajah.

Ini penting kerana kulit leher cenderung mengalami proses penuaan yang lebih cepat kerana ia agak tipis berbanding kawasan lain.

#3 Dada

Seusai leher, turun lagi sedikit kepada dada juga menggunakan teknik yang sama seperti penjagaan kulit leher.

Meskipun ia terlindung dek baju, anda juga pasti mahu untuk elak daripada kulit bahagian tubuh ini kotor, kedut serta kendur.

#4 Tangan

Di era pandemik COVID-19 ini, kepentingan kebersihan tangan adalah sangat penting kerana ia paling banyak menyentuh permukaan.

Selain kerap mencuci tangan dengan air serta sabun, penggunaan hand sanitizer juga boleh dijadikan sebagai alternatif terbaik.

#5 Lengan

Tidak hanya perlu fokus kepada tangan, kebersihan lengan yang terletak berdekatan juga wajar diberikan perhatian terhadap kekotoran.

Namun mungkin tidak perlu penggunaan hand sanitizer sehingga ke kawasan ini, cukup sekadar mencucinya dengan air dan sabun.

sabun untuk kulit sensitif

#6 Siku

Kawasan kulit siku juga sangat mudah terdedah kepada kekotoran dan kekeringan jadi sangat penting untuk mencucinya dengan kerap.

Caranya, cuma gosokkan ia dengan berus lembut (loofah) ketika sedang mandi dan sapukan krim atau losen untuk melembapkan kulit.

#7 Ketiak

Kawasan ini adalah antara kunci kepentingan kebersihan diri kerana ia adalah punca utama bau tidak menyenangkan pada tubuh badan.

Selain menggunakan deodoran, sila rapikan bulu dan buangkan daki yang wujud pada bawah lengan dengan cara yang betul ya.

#8 Pusat

Terdapat banyak punca pusat menjadi kotor dan berbau busuk termasuklah tidak menjaga kebersihan, jangkitan, serta penyakit seperti sista.

Oleh itu, sila kerap cuci ia dengan air dan sabun sebelum menyapukan krim atau losen bagi tujuan melembapkan kawasan yang mudah kering ini.

#9 Betis

Ini adalah kawasan yang paling banyak mempunyai bulu tidak kira lelaki atau wanita dan ia wajar untuk diuruskan dengan baik.

Caranya, mungkin kalian mahu untuk mencukur bulu dengan cara yang betul di kawasan ini jika ia terlalu banyak dan mengganggu anda.

#10 Kaki

Kaki adalah kawasan kulit yang sering kali diabaikan aspek kebersihan terutamanya jika kalian kerap mengenakan seluar panjang dan kasut.

Sebaiknya, sapukanlah losen mengandungi exfoliants seperti asid alpha hydroxy, asid laktik, atau urea di kawasan ini untuk ia lebih licin dan lembut.

#11 Kemaluan

Akhir sekali, kawasan kemaluan ini pasti akan paling kerap dikaitkan dengan kekotoran ekoran ia tertutup dengan pakaian dalam dalam jangka masa lama.

Ia juga merupakan tempat terbaik untuk mikroorganisma menetap, jadi sila kerap mencuci faraj, zakar dan dubur dengan air, sabun serta uruskan bulunya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa kepentingan kebersihan pada seluruh bahagian tubuh di atas.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237
  2. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/healthier-looking-skin
  3. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/do-you-really-need-a-skin-care-routine
  4. https://newsinhealth.nih.gov/2015/11/keep-your-skin-healthy
  5. https://www.aocd.org/page/Hyperpigmentation
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada [date}
x