backup og meta

Jangan Tunggu Sampai Berbau Kepam, Ini Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi!

Jangan Tunggu Sampai Berbau Kepam, Ini Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi!

Walaupun kegunaan tuala mandi adalah sangat penting untuk mengeringkan tubuh badan setiap kali selepas mandi. Tapi hakikatnya ramai tidak tahu cara basuh tuala mandi yang sebetulnya.

Ramai individu yang hanya bersikap acuh tidak acuh dan hanya tahu menggunakannya sehingga ‘lumat’ dan kotor.

Maka akan timbul satu persoalan yang sangat penting iaitu berapa kerap anda sepatutnya mencuci towel mandi itu.

Untuk tahu jawapannya, teruskan membaca artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

Cara basuh tuala mandi: Kenapa ia penting?

Bukankah towel mandi itu gunanya adalah untuk membersihkan tubuh badan daripada kotoran? Jadi wajarkah ia untuk dicuci?

Soalan ini perlu dijawab dengan jawapan ‘ya’ sekeras yang mungkin kerana ia perlu bersih untuk membersihkan tubuh badan kita!

Untuk pengetahuan anda, penggunaan tuala mandi yang kotor dengan kerap akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan bakteria Staphylococcus yang biasa merebak melalui baju dan pakaian.

Dalam pada itu, kami juga suka untuk mengingatkan anda agar jangan berkongsi tuala dengan sesiapa meskipun individu yang rapat seperti pasangan, ibu bapa mahupun adik-beradik.

cara basuh tuala mandi

Cara basuh tuala mandi: Kekerapan mencucinya

Bukanlah bermakna jika anda tidak kerap mencuci towel mandi, ia akan menyebabkan anda mengalami komplikasi yang sangat teruk.

Pun begitu, sudah pasti anda mahukan ia kekal suci dan bebas daripada segala anasir jahat seperti bakteria yang dinyatakan di atas tadi.

Menurut Cleaning Institute, adalah disarankan untuk anda mencucinya setiap kali selepas 3 kali penggunaannya.

Ini bermakna jika kalian mandi pada setiap hari, anda perlu sekurang-kurangnya mencuci tuala mandi 2 kali seminggu.

Selain mencuci tuala, ada satu lagi perbuatan yang perlu dilakukan dengannya iaitu menukar tuala apabila sudah sampai waktu!

Berapa kerap anda perlu ganti tuala mandi?

Sebenarnya, bukan sahaja anda perlu kerap mencuci towel mandi, malahan juga harus kerap gantikan ia dalam tempoh yang ideal.

Ia adalah sangat bergantung kepada kualiti dan kuantiti penggunaannya selain anda sendiri boleh lihat pada permukaan towel tersebut.

cara basuh tuala mandi

Jika sudah tuala mandi berbau, terlalu kotor, atau dan ia tidak mampu diselamatkan lagi, maka adalah wajar untuk anda menukarnya.

Apa yang paling penting, sila baca label atau tag yang disediakan oleh pengeluar dan diselitkan pengeluar untuk mengetahui cara basuh tuala mandi yang lebih tepat.

Namun ada juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar tuala mandi dengan lebih kerap!

Faktor perlu lebih kerap cuci & ganti tuala!

Kesimpulannya, anda wajar mencuci tuala mandi sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan menukarnya apabila sudah teruk kondisi.

Pun begitu, wujud juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar ia dengan lebih kerap lagi.

Antara faktor yang dinyatakan itu termasuklah:

Selain itu, ada tip tambahan yang berguna untuk anda iaitu pastikan anda keringkan tuala mandi selepas anda membasuhnya, okay?

Baca juga:

Apa cara basuh tuala mandi yang terbaik?

Ramai yang sangka bahawa untuk mencuci tuala mandi ini, ia hanya perlu disumbat ke dalam mesin basuh dan biarkan alat itu bekerja.

Sebenarnya, ia bukanlah semudah itu kerana ada beberapa tip yang kalian perlu tahu, iaitu:

  • Pastikan ia kering terlebih dahulu sebelum menjemurnya di ampaian
  • Tidak perlu sehingga menggunakan peluntur untuk membunuh kuman
  • Ikut arahan yang terdapat pada label atau tag tuala, berikan perhatian khususnya pada suhu dan tahap air mesin basuh
  • Pertimbangkan untuk guna cecair pelembut atau cuka semula jadi ketika membilas

cara basuh tuala mandi

  • Ambil tahu kondisi mesin basuh anda agar kalian tahu sama ada perlu atau tidak/ berapa kerap perlu ia disanitasi
  • Jangan membasuh lambakan tuala mandi dengan terlalu banyak kerana ia mungkin tidak dapat dibersihkan sepenuhnya

Jika anda lebih cenderung memilih untuk membasuhnya dengan tangan, juga tiada masalah malahan ia adalah pilihan lebih bijak.

Walau apapun cara basuh tuala mandi yang anda amalkan, ingatlah bahawa untuk melakukannya dengan kerap dan cermat untuk kesan yang lebih baik.

Ingat ya, sila basuh dan ganti tuala mandi anda apabila sudah sampai masanya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hygiene of the Towel. https://ajph.aphapublications.org/doi/pdf/10.2105/AJPH.20.8.820. Accessed on May 6, 2021
  2. How Often Should You Wash Your (Germ Magnet of a) Bath Towel? https://health.clevelandclinic.org/how-often-should-you-wash-your-germ-magnet-of-a-bath-towel/. Accessed on May 6, 2021
  3. DO I NEED TO WASH THIS? https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/laundry-basics/do-i-need-wash. Accessed on May 6, 2021
  4. Staphylococcus aureus. https://apic.org/monthly_alerts/staphylococcus-aureus/. Accessed on May 6, 2021
  5. Ng, W., Faheem, A., McGeer, A., Simor, A., Gelosia, A., Willey, B., . . . Katz, K. (2017). Community- and Healthcare-Associated Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus Strains: An Investigation Into Household Transmission, Risk Factors, and Environmental Contamination. Infection Control & Hospital Epidemiology, 38(1), 61-67. doi:10.1017/ice.2016.245. https://www.cambridge.org/core/journals/infection-control-and-hospital-epidemiology/article/abs/community-and-healthcareassociated-methicillinresistant-staphylococcus-aureus-strains-an-investigation-into-household-transmission-risk-factors-and-environmental-contamination/7B2702E7B7B17679E7DC5EDD70DB7148. Accessed on May 6, 2021

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tolong JANGAN Kencing Masa Mandi Dalam Kolam Renang, Banyak Mudaratnya!

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan