backup og meta

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!

    Lazimnya, majoriti individu memang akan jemur baju di luar rumah namun mungkin ada yang gemar sidai baju di dalam rumah kerana risau jika hujan bakal turun. Persoalannya, mana satu yang lebih bagus untuk mengeringkan baju dan menyihatkan badan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    Jemur baju lebih baik di luar @ di dalam rumah?

    Semua orang memerlukan pakaian yang serba bersih dan kering untuk dipakai setiap hari kerana ia adalah antara keperluan utama manusia. Tanpanya, maka akan bertelanjanglah kita semua.

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk individu menjemur selepas mencuci baju agar lebih cepat bersih dan kering untuk dipakai meskipun kini wujud teknologi yang akan memudahkan.

    Teknologi dimaksudkan di atas tadi adalah mesin pengering pakaian yang membolehkan individu mengeringkan pakaian terus di dalam mesin ini tanpa perlu ia diperah atau dijemur selepas itu.

    Pun begitu, sudah lumrah alat ciptaan manusia memang ada ralatnya sekali gus memerlukan kita semua untuk masih perlu mengandalkan tenaga, usaha dan masa untuk merealisasikan sesuatu.

    jemur baju

    Dalam kes mengeringkan pakaian, mana satu yang individu akan pilih di antara jemur baju di luar rumah atau sidai baju di dalam rumah? Untuk pengetahuan anda semua, adalah lebih baik jika ini dilakukan di luar rumah berbanding di dalam rumah!

    Kenapa lebih baik jika jemur baju di luar rumah?

    Individu yang memilih untuk menjemur pakaian di dalam rumah, itu mungkin disebabkan faktor mereka sibuk, malas atau hanya tidak gemar untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari.

    Sebenarnya, ia mungkin pilihan tidak tepat kerana ada banyak manfaat jemur baju di luar rumah:

    #1. Pakaian lebih cepat kering

    Pertama dan paling penting, tentu sahaja baju yang anda sidai di luar rumah boleh kering dengan lebih cepat ekoran terdedah kepada pancaran sinaran cahaya matahari langsung tanpa tapisan.

    Dengan ini, ia mampu untuk menjimatkan masa dalam usaha anda mengeringkan pakaian setiap hari atau minggu. Jemurkan sahaja pada waktu pagi, baju anda akan kering apabila tiba petang ataupun tengah hari.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    #2. Baju tidak berbau hapak

    Pernahkah anda berdepan situasi baju atau bilik berbau hapak angkara pakaian yang tidak kering? Sebenarnya, bau tidak menyenangkan ini hadir angkara kuman yang merebak dan membiak pada pakaian lembap ekoran ia adalah habitat sesuai untuk mereka.

    #3. Baju tidak bertahi lalat

    Sehubungan di atas juga, baju yang penuh dengan kuman termasuk kulat, bakteria dan virus turut boleh memunculkan bintik-bintik hitam kecil umpama tahi lalat. Apa yang lebih membimbangkan adalah tahi lalat pada baju ini sangat sukar untuk disingkirkan.

    jemur baju

    #4. Senaman ringan yang sihat

    Ramai individu yang menganggap bahawa perbuatan menjemur baju di ampaian itu sebagai satu pekerjaan di mana ia kurang tepat! Sebaliknya, anda boleh menjadikan ini sebagai satu senaman ringan.

    Anda boleh menjadikan ia sebagai satu aktiviti yang boleh menyihatkan kerana ia akan melibatkan banyak pergerakan seperti membongkok, mendongak dan meregang semua otot serta sendi.

    #5. Ia membantu mencegah penyakit

    Benarkah? Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak kajian yang kata bahawa tabiat menyidai pakaian di dalam rumah dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit termasuk juga jenis kronik.

    Antara contoh penyakit yang disebutkan di atas tadi adalah alergi, asma, lemah sistem imun serta kanser ekoran tinggi kandungan acetaldehydes yang ada di dalam pencuci dan pelembut baju.

    Pun begitu, risiko untuk penyakit-penyakit di atas itu adalah sangat kecil dan kajian ini masih lagi memerlukan penelitian lanjutan sebelum kita semua dapat mengesahkan perkara berkenaan.

    jemur baju

    Jadi, apa alternatif yang anda perlu lakukan?

    Persoalan ini boleh dijawab dengan mudah yakni hindarkan sidai baju di dalam rumah sebaliknya mulakan jemur baju di luar rumah untuk mendapatkan manfaat-manfaat seperti di atas tadi.

    Bukan itu sahaja, mungkin wujud beberapa lagi manfaat lain mengeringkan pakaian di luar rumah termasuk mampu mendedahkan diri anda kepada vitamin D daripada sumber cahaya matahari.

    Dalam pada itu, aktiviti menjemur pakaian di luar rumah juga boleh dijadikan sebagai satu latihan untuk anak ataupun sesi bertegur sapa dan beramah-mesra bersama jiran tetangga di sekeliling.

    Konklusinya, jangan lagi mengeringkan baju di dalam rumah kerana ia mungkin membahayakan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan