Tutup penutup, kemudian, jalankan mesin basuh selama 30 saat hingga satu minit. Hentikan putaran serta biar larutan air dan cuka atau peluntur ini selama sejam.
3. Jangan lupa periksa laci dalam mesin basuh
Mesin basuh anda mempunyai laci tempat letak pencuci? Jika anda sudah lama tidak cuci mesin basuh, besar kemungkinan kawasan ini juga akan menjadi kotor dan dipenuhi daki.
Sementara menunggu, anda boleh gunakan berus kecil atau berus gigi untuk bersihkan kawasan kecil ini.
Gunakan pencuci pinggan untuk sental segala kawasan yang ingin dibersihkan, contohnya di sekeliling drum mesin atau di celah-celah laci.
Baca juga:
4. Cara cuci mesin basuh menggunakan baking soda
Sudah guna cuka dan peluntur, baking soda untuk apa pula? Haa, langkah ini khas untuk mereka yang mempunyai mesin basuh berbau.
Penggunaan serbuk penaik dapat mengurangkan bau dan menghilangkan sebarang kekotoran yang tertinggal selepas mencuci.
Tambahkan ½ cawan serbuk penaik ke dalam mesin dan biarkan ia berputar. Pasti selepas ini mesin basuh anda akan berbau lebih segar dan wangi!
5. Langkah terakhir…

Jangan lupa, kawasan luar mesin basuh juga perlulah dibersihkan ya. Barulah mesin basuh nampak baru dan berkilat!
Gunakan kain mikrofiber untuk lap kawasan badan mesin. Jika anda masih belum berpuas hati dengan kebersihan mesin basuh, anda boleh lakukan langkah 1-3 sekali lagi.
Malas hendak basuh mesin berkali-kali? Kami ada beberapa tip untuk anda:
3 cara untuk pastikan mesin basuh kekal bersih:
- Jangan biar baju yang telah dibasuh lama-lama di dalam mesin. Bakteria sukakan kawasan yang lembap.
- Buka penutup untuk pastikan bahagian dalam mesin basuh kering. Langkah ini penting untuk pastikan bakteria dan kulat tidak merebak.
- Jangan basuh terlalu banyak baju dalam satu-satu masa. Ia akan menyebabkan mesin basuh mudah rosak.
Hanya dengan modal sekitar RM10, anda dapat membersihkan mesin basuh anda dengan selamat tanpa bantuan profesional! Selepas mengetahui cara cuci mesin basuh automatik, bolehlah anda lakukannya dengan kerap selepas ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen