Kajian ini menambah bahawa tindak balas antara air kencing dengan klorin akan menghasilkan 2 sebatian – cyanogen chloride and trichloramine. Sebatian ini kemudiannya mungkin akan memasuki badan individu yang mandi di situ melalui mulut dan juga rongga kulit.
Akibatnya, ia mungkin akan mengakibatkan asma, demam, iritasi paru-paru serta pelbagai lagi masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan.
Konklusinya, jangan kencing dalam kolam renang

Kesimpulannya, kita tidak perlu untuk berhenti untuk menjadikan berenang sebagai hobi. Ia sudah tentu akan membuat kita lebih sihat dan kuat.
Buat anda yang belum tahu, aktiviti ini boleh membantu individu yang ada masalah arthritis dan sakit sendi. Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan senaman untuk ibu hamil dan kanak-kanak serta bayi.
Cuma, jangan buang air kecil masa mandi dalam kolam renang. Cuba bayangkan anda sedang mandi dalam sebuah takungan air yang dipenuhi dengan air kencing orang lain.
Sudah tentu anda pun geli, bukan? Selain itu, ia juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada anda dan orang lain. Jadi, jangan buat kalau mahu selamat.
Kalau sudah tidak boleh tahan perasaan terkucil masa mandi kolam renang itu, tiada salah jika anda naik sekejap dan pergi ke tandas. Ia bukan satu perakra yang susah pun, tidak begitu?
Konklusi
Kesimpulannya, ketahuilah bahawa air kencing anda itu adalah sesuatu yang kotor dan jijik. Bayangkan jika ia terkena pada badan orang lain tanpa mereka sedar. Jadi, jangan sesekali mengulanginya.