home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Kebanyakan kita mesti ada seorang bff yang selesa berkongsi apa sahaja bukan? Daripada pakaian, makanan, rahsia, gosip, kekasih, semuanya sedia dikongsikan! Malah ada juga yang kongsi tuala!

Well, sharing is caring. Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share ya. Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala.

Terdapat banyak bahaya kongsi tuala yang kalian perlu tahu!

Kuman boleh berpindah jika kongsi tuala

kongsi tuala

Tanpa mengira anda adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan.

Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain.

Untuk pengetahuan anda, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira anda menjaga kebersihan atau tidak.

Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.

Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu.

Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.

Apa lagi bahaya kongsi tuala?

tuala

Bukan sahaja perbuatan berkongsi tuala akan menyebabkan tubuh badan anda menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu.

Antaranya kondisi yang mungkin terjadi adalah:

  • Infeksi staph
  • Infeksi yis
  • Jerawat
  • Ringworm
  • Jock Itch
  • Pink eye
  • Athelete’s foot

Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit seperti tuala boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.

Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei.

Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.

Jadi, anda masih mahu berkongsi?

tuala

Sebenarnya, kondisi-kondisi ini bukan sahaja disebabkan oleh perkongsian tuala semata-mata.

Perkongsian pakaian seperti baju, seluar, kasut atau pakaian dalam juga boleh mendatangkan kesan yang sama!

Apa yang anda boleh lakukan?

Perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah berhenti daripada berkongsi barangan peribadi anda seperti tuala.

Jika ada yang ingin meminjamnya, cuba tolak dengan baik. Selain itu, anda juga perlu membasuhnya secara berkala. Mungkin seminggu sekali? Bergantung kepada anda.

Cuma jangan tunggu sehingga ia berbau busuk dan berwarna keruh ya?

Konklusinya, jangan kongsi tuala!

Kesimpulannya, tidak semua perkara boleh dikongsikan. Ya, mungkin benar sharing is caring.

Tapi ‘care’ sangat ke kalau kita ‘share’ benda yang tak elok seperti kuman? Jadi, simpan dan guna barangan peribadi anda untuk anda seorang sahaja.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 03/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x