Tambahan lagi, anda tidak akan mengusik susunan pakaian lain yang telah disimpan dengan baik dalam almari baju.
Cara susun baju dalam almari 6: Gunakan penyangkut tudung khas

Kain tudung boleh menjadi agak tricky untuk disimpan dalam almari disebabkan bentuk dan materialnya.
Jika tudung tersebut diperbuat daripada kain satin, ia mudah terjatuh sekiranya digantung pada penyangkut pakaian.
Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menggunakan penyangkut khas tudung yang bukan sahaja boleh menyimpan tudung dengan rapi, tetapi juga mengelakkan tudung menjadi berkedut atau berkeronyok.
Barulah tudung sentiasa ‘on-point’ apabila dipakai nanti.
#7. Susun pakaian mengikut keperluan
Ada sesetengah pakaian yang mungkin agak jarang dipakai seperti pakaian yang hanya dipakai untuk majlis tertentu.
Bagi pakaian seperti ini, susunkannya pada bahagian belakang almari agar pakaian yang lebih kerap dipakai boleh diletakkan di hadapan.
Dengan cara ini, anda tidak perlu menyelongkar almari semata-mata untuk mencari pakaian harian anda.
Kesimpulan
Menyimpan pakaian dalam almari mungkin dilihat sebagai rutin harian yang sangat mudah.
Namun, jika tidak kena cara atau teknik yang betul, almari akan sentiasa bersepah walaupun telah dikemas berkali-kali.
Ikuti tujuh cara susun baju dalam almari ketika anda hendak mengemas semula almari pakaian anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen