Vertigo Semasa Puasa? Ketahui Puncanya.

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/06/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Sesetengah orang mungkin sukar menjalani puasa, terutama yang mengalami masalah kesihatan. Menahan lapar dan dahagalebih kurang 13 jam kadang-kadang tidak mudah. Anda mungkin boleh mengalami keletihan, pening, sakit kepala, ingin pengsan, bahkan vertigo semasa puasa. Apa yang menyebabkan vertigo semasa puasa?

Apa itu vertigo?

Vertigo adalah rasa tidak seimbang, sehingga anda merasa seperti sedang berputar atau sekeliling anda terasa berputar dan anda merasa pening. Ia boleh menjadi sangat parah dan membuatkan anda sukar melakukan aktiviti seharian. Umumnya, vertigo terjadi pada individu yang sudah berusia 65 tahun ke atas, namun boleh juga terjadi tanpa mengira usia.

Vertigo boleh muncul tiba-tiba dan berlaku beberapa saatu atau lebih lama. Ketika anda mengalami vertigo, anda akan merasakan kehilangan keseimbangan (membuatkan sukar untuk berdiri atau berjalan), merasa sakit, dan pening.

Apakah punca vertigo semasa puasa?

Vertigo berlaku disebabkan gangguan keseimbangan dalam tubuh anda, yang bergantung pada berbagai bahagian sistem deria, seperti mata, saraf deria, dan bahagian dalam telinga. Gangguan pada dalam telinga membuatkan otak menerima isyarat dari dalam telinga yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Sehingga, otak anda mengalami kebingungan, dan anda merasa pening serta tidak seimbang.

Semasa puasa, beberapa perkara boleh menjadi punca anda mengalami vertigo, iaitu:

  • Migrain. Migrain atau sakit sebelah kepala semasa puasa menyebabkan anda mengalami vertigo, walaupun migrain yang anda rasakan tidak terlalu teruk. Migrain ini disebabkan oleh kebisingan atau sensitif terhadap cahaya. Vertigo yang anda rasakan boleh berlaku beberapa minit atau lebih lama.
  • Peredaran darah yang lemah. Keadaan ini membuatkan jantung anda tidak cukup mengepam darah sampai ke otak atau bahagian dalam telinga, sehingga anda berasa pening, ingin pengsan, dan tidak seimbang (vertigo).
  • Tekanan darah rendah. Keadaan ini juga menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan bahagian dalam telinga tersekat, sehingga anda mengalami pening, lemas, dan vertigo semasa puasa. Biasanya, anda mengalami keadaan ini jika berdiri terlalu cepat dari duduk atau berbaring.
  • Gula darah rendah. Semasa puasa, gula dalam darah berkurangan kerana tiada pengambilan makanan ke dalam badan anda. Ini membuatkan anda berasa lemas, letih, dan pening. Ia juga boleh menyebabkan vertigo anda berulang.
  • Dehidrasi. Kekurangan cecair atau dehidrasi biasanya berlaku semasa berpuasa apabila jumlah cecair yang anda minum kurang daripada jumlah cecair yang keluar daripada badan anda. Ini membuatkan anda berasa pening, lemas dan juga penat, mendorong kepada vertigo.

Bagaimana mencegah vertigo semasa puasa?

Terdapat beberapa perkara yang boleh nda lakukan untuk mencegah vertigo berulang semasa puasa atau untuk membantu meringankan simptom vertigo, iaitu:

  • Lakukan senaman ringan.
  • Tidur dengan kepala sedikit terangkat. Anda boleh menambah dua atau lebih bantal di bawah kepala sehingga posisi kepala anda lebih tinggi dari badan.
  • Bangun dari duduk atau tidur dengan perlahan. Duduk  beberapa minit sebelum anda berdiri dari tempat tidur.
  • Elakkan membongkok untuk mengambil barang.
  • Elakkan mendongak tinggi, seperti ingin mengambil barang di rak yang tinggi.
  • Gerakkan kepala anda secara perlahan semasa bergerak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wah Seronoknya! 5 Syarikat Terkemuka Ini Sediakan Ruang Tidur Untuk Pekerja

    Menurut kajian, nap atau tidur sebentar pada waktu tengah hari di tempat kerja boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang individu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 02/12/2019 . 4 minit bacaan

    Kekurangan Protein: Apakah Tandanya?

    Protein adalah satu komponen penting bagi organisma hidup. Adakah anda mengambil protein yang secukupnya setiap hari? Apakah tanda anda kekurangan protein?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hati-Hati Jika Selalu Rasa Letih, Ini 8 Cara BERKESAN Untuk Pulihkan Tenaga Anda

    Tidak dapat tidur, diet tidak sihat, tekanan, proses penuaan, penyakit mental dan fizikal boleh menjadi punca utama keletihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 17/04/2019 . 2 minit bacaan

    ‘Sugar Rush’: Tiada Istilah Tenaga Segera, Lebih Memburukkan Keadaan

    Tiada bukti wujudnya keadaan seperti 'sugar rush'. Gula boleh membuat individu menjadi kurang berwaspada dan keletihan setelah penggunaannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    ibu mengandung

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kurang tidur

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    kesan kesihatan

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan