Senaman Berkesan Tingkatkan Fungsi dan Memori Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penemuan baharu penyelidikan daripada University of Tübingen, Jerman menunjukkan bahawa senaman turut meningkatkan fungsi otak di samping faedahnya untuk metabolisma, mood, dan kesihatan umum. Melalui penyelidikan yang baharu ini, penyelidik mengetahui bahawa individu obes dan yang mempunyai berat badan yang berlebihan terdedah kepada rintangan insulin dalam otak, di mana ia memberikan maklumat tentang status pemakanan semasa, serta seluruh tubuh. Oleh itu, para penyelidik ingin mengetahui sekiranya senaman boleh meningkatkan kepekaan insulin di bahagian otak dan meningkatkan kognisi dalam kalangan individu yang berlebihan berat badan.

Kajian semasa yang diketuai oleh Dr Stephanie Kullmann telah melibatkan seramai 22 orang dewasa yang memiliki gaya hidup yang tidak aktif, yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti (purata BMI 31). Mereka menjalani dua imbasan otak sebelum dan selepas intervensi senaman selama 8 minggu. Senaman yang dilakukan termasuklah berbasikal dan berjalan kaki. Fungsi otak diukur sebelum dan selepas menggunakan semburan hidung insulin untuk menyiasat kepekaan insulin otak. Peserta juga dinilai untuk melihat keadaan kognisi, mood, dan metabolisma periferal.

Walaupun intervensi senaman hanya mengakibatkan penurunan berat badan yang sedikit, fungsi otak yang penting untuk metabolisma “dinormalisasi” hanya selepas 8 minggu. Senaman yang dilakukan telah meningkatkan aliran darah serantau di kawasan otak yang penting untuk pengendalian motor dan proses ganjaran. Kedua-duanya bergantung kepada neurotransmitter dopamine. 

Dopamine adalah neurotransmitter penting untuk mempelajari kemahiran motor baharu dan dalam pembelajaran yang berkaitan dengan ganjaran, dan penyelidikan ini menunjukkan bahawa senaman telah meningkatkan fungsi otak yang berkaitan dengan dopamine secara signifikan. Satu kawasan di bahagian otak iaitu striatum, telah meningkatkan kepekaan terhadap insulin selepas melakukan senaman selama 8 minggu. Tindak balas otak seseorang yang obes selepas senaman menyerupai tindak balas seseorang yang mempunyai berat badan normal. Menariknya, semakin banyak peningkatan yang berlaku dalam fungsi otak, semakin banyak lemak pada bahagian perut seseorang akan hilang semasa intervensi senaman tersebut. Peserta turut menyatakan terdapat peningkatan mood dan penukaran tugas, yang merupakan penunjuk fungsi eksekutif (executive function) yang lebih baik. Executive function adalah satu set proses yang berkaitan dengan pengurusan diri sendiri dan sumber yang dimiliki seseorang untuk mencapai matlamat. Ia merupakan satu istilah untuk kemahiran berasaskan neurologi yang melibatkan kawalan mental dan pengawalan diri.

Menurut Dr Kullmann, secara dasarnya, senaman meningkatkan fungsi otak. Menurut beliau lagi, meningkatkan kepekaan insulin dalam kawasan otak yang berkaitan dengan dopamine melalui senaman, dapat membantu mengurangkan risiko seseorang untuk mengembangkan diabetes jenis 2, selain ia turut memberi manfaat kepada mood dan kognisi seseorang.

Selain itu, satu kajian lain yang dijalankan oleh University of Maryland mengenai individu dewasa yang sihat menunjukkan bahawa, dengan hanya satu sesi senaman mampu meningkatkan pengaktifan dalam litar otak yang berkaitan dengan memori – termasuklah hippocampus – bahagian otak yang mengecut seiring dengan usia dan juga bahagian otak pertama diserang dalam penyakit Alzheimer.

Menurut Dr. J. Carson Smith, Profesor Madya dalam bidang Kinesiologi di University of Maryland School of Public Health, walaupun telah dibuktikan bahawa senaman boleh meningkatkan jumlah hippocampus, kajian mereka memberikan maklumat baharu bahawa senaman mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada kawasan otak yang penting itu. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of the International Neuropsychological Society.

Pasukan penyelidikan Dr. Smith mengukur aktiviti otak (menggunakan fMRI) peserta sihat yang berumur 55 – 85 tahun, yang diminta untuk melakukan tugasan ingatan yang melibatkan mengenal pasti nama-nama terkenal dan yang tidak terkenal. Tindakan mengingat nama-nama terkenal mengaktifkan rangkaian saraf yang berkaitan dengan ingatan semantik, yang diketahui semakin merosot dari masa ke masa seiring dengan kehilangan memori.

Ujian tersebut dijalankan 30 minit selepas satu sesi senaman yang berintensiti sederhana (70% daripada usaha maksima) dengan menggunakan basikal senaman dan pada hari yang berasingan selepas tempoh rehat. Pengaktifan otak peserta bersekali dengan pengingatan nama secara tepat adalah lebih besar dalam empat kawasan kortikal otak (termasuk gyrus frontal tengah, gyrus temporal yang lebih rendah, gyrus temporal tengah, dan gyrus fusiform) selepas bersenam berbanding selepas rehat. Peningkatan pengaktifan hippocampus juga dilihat di kedua-dua belah otak.

Menurut Dr. Smith lagi, sama seperti otot yang menyesuaikan diri dengan kegunaan berulang, sesi latihan tunggal boleh menjadikan rangkaian neural kognitif lebih fleksibel dengan cara yang menggalakkan penyesuaian dari masa ke masa dan membolehkan peningkatan integriti rangkaian dan fungsi selain membolehkan akses yang lebih cekap kepada memori.

Senaman ternyata meningkatkan keupayaan otak sama ada daripada aspek fungsi mahupun memori. Banyakkanlah bersenam kerana ia bukan sahaja menggalakkan fungsi otak, tetapi juga baik bagi mengurangkan berat badan bagi seseorang dengan berat badan berlebihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga;

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

    Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Oleh itu, elak daripada melakukan 9 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Pernah tak anda rasa sakit perut dan kejang ketika berlari? Jangan risau, perkara ini sesuatu yang kerap terjadi. Jom ikuti tips senaman kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesilapan ketika bersenam

    Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan