backup og meta

Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/01/2024

    Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

    Pernahkah anda rasa kebas kaki setelah duduk terlalu lama? Kondisi ini turut dikenali dengan nama paraesthesia yang bermaksud kehilangan sensasi pada beberapa bahagian badan.

    Kadangkala, kondisi yang ramai orang panggil sesemut ini berlaku secara sementara. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kaki kita kebas setelah duduk atau berbaring dalam satu jangka masa yang panjang.

    Namun, jangan sesekali pandang remeh masalah kebas kaki. Selalunya, rasa kebas ini merupakan simptom kepada penyakit lain yang mungkin anda tidak tahu.

    Oleh sebab itu, jika anda kerap mengalami masalah semut-semut ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mengetahui apa cara hilangkan kebas hujung jari kaki itu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

    Apakah punca rasa kebas pada kawasan kaki?

    kaki kebas
    Kaki kebas petanda penyakit.

    Sebenarnya, ada banyak punca yang boleh menyebabkan sensasi kebas pada kawasan kaki. Antaranya:

    1. Anda duduk terlalu lama

    Selalunya, jika anda duduk dalam satu jangka masa yang panjang, saraf pada bahagian kaki akan termampat.

    Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami sensasi kebas dan sensasi sesemut pada bahagian yang terjejas.

    Tetapi, jangan risau, kondisi ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.

    2. Kaki kebas semasa bersenam

    Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika anda bersenam. Aktiviti larian contohnya boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas.

    Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti kasut yang terlalu ketat atau mengayuh basikal dalam satu tempoh yang lama.

    Walau bagaimanapun, sama seperti kaki yang kebas ketika duduk, mereka yang mengalami sesemut ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

    Selalunya, rasa kebas tersebut akan hilang secara beransur-ansur apabila anda berhenti bersenam.

    Jika anda mahu tahu cara hilangkan kebas kaki, cuba goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.

    3. Kaki kebas disebabkan penyakit

    Sensasi kebas pada bahagian kaki mungkin merupakan tanda penyakit yang serius jika ia berlaku berulang kali. Sebagai contoh, sesemut yang anda alami mungkin berlaku disebabkan:

    • Penyakit sklerosis berbilang

    Sklerosis berbilang merupakan sejenis penyakit autoimun yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Rasa kebas kaki yang berlaku disebabkan sklerosis berbilang boleh menyebabkan sakit dan gatal yang amat sangat.

    Malah, rasa kebas ini kadangkala boleh menjadi amat serius sehinggakan pesakit tidak mampu berjalan dengan baik.

    • Penyakit diabetes
    rasa kebas
    Cara mengurangkan kebas pada kaki.

    Kadar gula yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan saraf, lebih-lebih lagi jika ia dibiar berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang.

    Doktor mungkin akan menggelar kondisi ini sebagai neuropati periferal (peripheral neuropathy) – Satu penyakit yang terjadi disebabkan kerosakan saraf di luar kawasan otak dan saraf tunjang.

    Pesakit yang mengalami kondisi ini akan mengalami lemah dan kerap diserang rasa kebas pada kawasan tangan dan kaki.

    Selain itu, pesakit diabetes yang mengalami neuropati periferal juga sukar untuk mengimbangkan badan.

    • Penyakit arteri periferal

    Penyakit arteri periferal merupakan satu keadaan yang menyebabkan arteri pada kawasan kaki atau tangan menjadi sempit.

    Kaki atau tangan pesakit arteri periferal selalunya akan menjadi kebas kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.

    Kesimpulan

    rasa kebas
    Cara menghilangkan kebas pada kaki.

    Kaki kebas mungkin perkara yang biasa dan tidak serius, tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

    Kebas pada kaki yang berlaku disebabkan duduk terlalu lama boleh dihilangkan dengan cara mengurut tempat yang terkesan.

    Anda juga boleh meletakkan pek ais di atas kaki anda selama 15 minit untuk mengurangkan kekejangan.

    Kadangkala, masalah kejang atau kebas yang anda alami merupakan simptom kepada penyakit lain.

    Oleh itu, jangan tunggu lagi. Cepat jumpa doktor untuk tahu cara hilangkan kebas satu badan ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan