backup og meta

8 Manfaat Peria Katak Kena Tahu, Tapi Betul Ke Ia Juga Boleh Rawat Diabetes?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/11/2022

    8 Manfaat Peria Katak Kena Tahu, Tapi Betul Ke Ia Juga Boleh Rawat Diabetes?

    Anda pernah mengetahui berkenaan peria katak? Ya, ia berbeza sedikit berbanding daripada peria yang biasa kita makan.

    Peria ini  mempunyai saiz yang lebih kecil sekurang-kurangnya sekali ganda lebih kecil berbanding peria biasa.

    Rasanya pula lebih pahit berbanding peria yang biasa didapati di pasar-pasar.

    Peria ini sering dibuat sebagai ubat berbanding peria biasa yang sering digunakan dalam masakan lauk pauk.

    Peria ini juga dikenali sebagai bitter gourd, balsam pear, balsam apple, wild cucumber dan bitter cucumber dalam bahasa Inggeris atau karela jika di India.

    Ia merupakan sayuran buah yang unik yang boleh digunakan sebagai makanan dan juga sebagai ubat.

    Buahnya adalah bahagian yang boleh dimakan daripada tumbuhan yang bernama Momordica Charantia, yang merupakan sejenis pokok memanjat daripada keluarga Cucurbitaceae.

    Buahnya dianggap sebagai buah yang paling pahit daripada kalangan semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Pohonnya tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika, termasuklah:

    • Amerika Selatan
    • Asia
    • Sebahagian daripada Afrika
    • Caribbean

    Bagaimana ia berfungsi terhadap diabetes?

    peria katak

    Selain ia berfungsi sebagai antara bahan makanan, peria ini juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah diabetes jenis 2.

    Buahnya mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah charantin, yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.

    • Charantin: Ia adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside
    • Vicine: Ia adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini.
    • Polipeptida-p: Ia juga dikenali dengan nama p-insulin, yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Ia telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain gerbil dan langur apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan seperti mana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia.

    Zat-zat ini juga berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah.

    Peria ini juga diketahui mengandungi kandungan lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan.

    Tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak.

    Lektin dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak. 

    Peria katak mampu menurunkan gula darah

    peria katak

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa kajian telah mengesahkan peranannya dalam mengawal gula darah.

    Kajian yang telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 24 individu dewasa yang mempunyai diabetes menunjukkan bahawa dengan mengambil 2,000 mg peria ini setiap hari boleh menurunkan gula darah dan hemoglobin A1c.

    Selain itu, suplemen peria ini telah mengurangkan fructosamine secara ketara. Fructosamine ialah penanda lain bagi kawalan gula darah jangka panjang.

    Peria ini dianggap memperbaiki cara gula digunakan dalam tisu badan manusia dan mempromosikan rembesan hormon insulin, iaitu hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula darah.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Walau bagaimanapun, penyelidikan yang dijalankan terhadap manusia adalah masih terhad.

    Lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan untuk memahami bagaimana peria ini boleh memberi kesan kepada kadar gula darah dalam populasi umum.

    Peria katak boleh mengurangkan berat badan

    Anda boleh mencuba menukarkan bahan makanan yang tinggi kalori dengannya.

    Peria ini juga dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan mengurangkan kalori untuk menggalakkan lagi penurunan berat badan.

    Sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa peria ini boleh memberi kesan yang baik terhadap pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

    Satu kajian mendapati bahawa dengan memakan kapsul yang mengandungi 4.8 gram ekstrak peria katak setiap hari boleh mengurangkan lemak perut secara signifikan.

    Secara puratanya, peserta kajian telah kehilangan sebanyak 0.5 inci (1.3 cm) dari lilitan pinggang mereka selepas tujuh minggu tempoh masa kajian.

    peria katak

    Kesan sampingan makan peria katak

    Sekiranya anda merancang untuk menambahkan peria ini ke dalam hidangan anda, pastikan anda menghadkan diri anda untuk tidak memakannya lebih daripada 57 gram peria ini atau tidak lebih daripada dua biji dalam sehari, kerana penggunaan buah ini secara berlebihan boleh menyebabkan sakit perut ringan atau cirit-birit.

    Sekiranya seseorang memakan peria katak dengan jumlah yang terlalu banyak, sama ada sebagai makanan atau suplemen, mereka mungkin mengalami keadaan seperti berikut:

    • Masalah gastrousus, termasuklah cirit-birit
    • Muntah dan cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

    Wanita hamil tidak boleh memakan peria ini dalam apa jua bentuk kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan, kontraksi, dan keguguran.

    Sekiranya anda mempertimbangkan untuk menggunakan peria ini bagi kawalan glisemik, anda harus berjumpa dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk digunakan bersama ubat diabetes anda yang telah ditetapkan.

    Ini kerana terdapat risiko jika anda mengambil peria ini bersama-sama dengan ubat diabetes atau insulin yang boleh menyebabkan hipoglisemia (gula darah yang sangat rendah).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan