AWAS! Ini Bahayanya Jika Anda Gemar Tidur Meniarap

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Posisi tidur yang mana menjadi kegemaran anda? Mengiring, menelentang atau tidur meniarap? Jika anda gemar tidur secara meniarap, ada kesan buruk yang menanti anda. Jom bongkar!

Posisi tidur

Tidur merupakan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan rehat dan mengembalikan tenaga setelah seharian bekerja atau penat melakukan tugasan harian di rumah. Jika berbicara mengenai posisi tidur, berdasarkan kajian terdapat 7 posisi atau gaya tidur yang kerap dilakukan. 

7 jenis gaya tidur tersebut adalah:

  1. Fetal – dipanggil fetal kerana ia seperti kedudukan bayi dalam janin ibunya.
  2. Log – tidur yang berbaring pada sisi sebelah badan, kaki lurus ke bawah dengan tangan turut berada di sisi.
  3. Yearner – seperti Log, cuma kedudukan tangan anda menghulur ke depan, seperti sedang mengambil sesuatu.
  4. Soldier – posisi tidur ini adalah seperti seorang tentera – berbaring, kedudukan menegak dan tangan di sisi.
  5. Freefaller – kedudukan tidur meniarap, tangan seperti memeluk bantal dan kepala memandang ke sisi.
  6. Starfish – kelihatan seperti bintang tidur di atas katil.
  7. Stargazer – tidur berbaring, dengan kedua belah tangan berada di belakang kepala.

Namun, sedarkah anda posisi tidur juga memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Tidur meniarap merupakan antara posisi tidur yang harus dielakkan.

Mengapa? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

kesan-buruk-tidur-meniarap

Tidur meniarap

Tidur meniarap adalah satu posisi tidur yang tidak bagus untuk kesihatan. Walaupun tidur seperti ini dapat mengurangkan dekuran dan gangguan tidur apnea, namun, ia mendatangkan efek kepada bahagian punggung dan leher. Posisi tidur seperti ini juga boleh mengakibatkan tidur menjadi kurang berkualiti dan tidak selesa.

Kesan buruk yang boleh berlaku

posisi tidur

  1. Sakit belakang

Individu yang gemar tidur dalam posisi meniarap ini kebiasaanya akan berdepan dengan beberapa kesakitan, seperti sakit pada bahagian leher, belakang dan sendi. Kesakitan yang dihidapi ini akan cenderung membuatkan anda terjaga pada waktu malam dan tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu pagi.

Tidur seperti ini akan memberikan tekanan pada belakang dan tulang belakang. Ini kerana kebanyakan berat anda akan berada ditengah-tengah tubuh menimbulkan kesukaran untuk mengekalkan kedudukan neutral tulang belakang ketika anda tidur.

  1. Sakit leher

Ketika anda dalam posisi meniarap, anda perlu mengiringkan muka anda untuk membolehkan anda bernafas. Ini sekaligus menyebabkan keadaan leher anda berada dalam posisi yang senget. Bayangkan keadaan itu berlaku untuk sepanjang malam ketika anda tidur? Melainkan anda boleh bernafas melalui bantal.

Anda mungkin tidak sedar masalah kesihatan yang akan timbul, tetapi, untuk tempoh jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan masalah cakera herniasi (herniated disk); berlaku pecahan cakera gelatin antara vertebra yang menyebabkan gel terkeluar dari cakera dan mengganggu saraf.

kesan-buruk-tidur-meniarap

  1. Bahaya buat ibu hamil

Anda memerlukan rehat yang berkualiti dan secukupnya. Tidur dalam posisi meniarap ini boleh mendatangkan bahaya untuk bayi dalam kandungan, kerana bayi anda memerlukan ruang yang secukupnya dan posisi ini akan membuatkan bayi anda terhimpit.

Berat yang bertambahan pada bahagian tengah boleh meningkatkan daya tarikan kepada tulang belakang anda. Terdapat kajian yang menunjukkan tidur mengiring sebelah kiri boleh meningkatkan aliran darah yang sihat dan tahap oksigen yang optimum untuk anda dan bayi.

Tip untuk tidur meniarap

Bagaimana jika anda telah terbiasa tidur dalam keadaan meniarap sepanjang hidup dan anda sukar untuk tidur dalam posisi lain, walaupun menyedari bahayanya? Hmmm…payah juga kalau begini. 

Namun, usah bimbang, berikut 3 tip dan kaedah yang mungkin dapat membantu anda mengurangkan kesan buruk tidur meniarap:

  • Tidur tanpa bantal atau menggunakan bantal yang nipis
  • Letakkan bantal sebagai lapik di bawah pelvis untuk menjadikan kedudukan anda lebih neutral dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang
  • Lakukan regangan pada setiap pagi untuk mengembalikan keseimbangan pada badan. Pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan terlebih dahulu.

Akhir kata

Tidur meniarap mungkin menjadi tabiat sesetengah individu. Walau bagaimanapun, jika tabiat tidur ini menjadi 1 kebiasaan, ia akan mendatangkan kesan jangka masa panjang melibatkan kesihatan.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran untuk tidur yang menyebabkan anda perlu tidur dalam posisi ini, mungkin anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan bagi membantu mengatasi masalah anda. Jangan pandang enteng isu ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Semakin anda membesar dan menua, berapa banyak waktu tidur yang anda perolehi? Adakah anda puas dengan waktu tidur anda? Cukupkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 08/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ketulan Tiba-Tiba Muncul Pada Leher! Adakah Ini Tanda Kanser?

    Benarkah jika anda mempunyai ketulan ataupun benjolan di bahagian leher, itu petanda kanser? Jangan salah anggap semua bengkak di leher itu tanda kanser ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Pagi-pagi ketika bangun tidur kita pasti kadangkala akan berasa lesu seperti tidak puas tidur. Namun pernahkah anda melakukan senaman regangan pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pening kepala

    Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    hormon tak seimbang

    Wanita Selalu Dikaitkan Dengan Hormon Tidak Seimbang, Apa Punca Sekejap Marah, Sekejap Sedih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit punggung ketika hamil

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan