4 Tip Elak Sakit Kepala Pada Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika menjalani puasa pada bulan Ramadan, tubuh anda menyesuaikan diri dengan pola makan yang baru. Keadaan ini mungkin akan mengakibatkan beberapa gangguan, iaitu gangguan yang sering muncul semasa puasa seperti sakit kepala dan mual. Jangan sampai sakit kepala semasa puasa menghalang aktiviti harian anda. Sebelum ia terjadi, baca tip mengelakkan sakit kepala semasa puasa di bawah ini.

Punca sakit kepala semasa puasa

Umumnya, serangan sakit kepala adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Stres dan tertekan semasa berpuasa, kurangnya waktu tidur dan istirahat atau berlaku perubahan pola tidur adalah perkara yang menyebabkan anda sakit kepala. Sakit kepala biasanya berlaku pada waktu siang, lebih-lebih lagi jika cuaca ketika itu sangat panas.

Jika Anda mengalami pening atau mual ketika berpuasa, bukan bererti anda harus membatalkan puasa. Ada beberapa tip yang boleh anda lakukan supaya tidak merasakan sakit kepala semasa puasa.

Mengelakkan sakit kepala semasa puasa

Berikut tip mengelakkan rasa sakit kepala semasa puasa.

1. Hentikan tabiat minum kafein semasa puasa

Bagi anda yang terbiasa minum minuman berkafein mungkin akan merasa pening ketika berpuasa, ini disebabkan pengambilan kafein dihentikan. Untuk mengatasinya, lebih baik jika anda mengelak atau hentikan minum minuman berkafein. Ia juga bagus untuk kesihatan anda.

Namun, jika anda sudah ketagihan, anda boleh mengatasinya dengan meminum air putih. Minum air putih secukupnya, kerana selain mencegah sakit kepala ia mencukupi keperluan cairan dengan minum air putih akan membuat tubuh tetap terhidrasi semasa puasa.

Besar kemungkinannya, sakit kepala semasa puasa disebabkan kekurangan cairan. Anda boleh cukupkan keperluan cairan tubuh ketika berbuka puasa atau sahur. Anda boleh menggunakan pola 2-4-2, iaitu dua gelas semasa berbuka puasa, empat gelas waktu malam, dan dua gelas semasa sahur.

2. Awasi kestabilan gula dalam darah

Hipoglikemia atau kadar gula dalam darah rendah merupakan salah satu punca pening atau sakit kepala semasa berpuasa. Untuk mengelaknya, anda harus memastikan kadar gula dalam darah tetap stabil.

Bagi menstabilkan kadar gula dalam darah anda perlu kurangkan memakan makanan manis semasa berbuka atau sahur. Selain itu, anda juga perlu mengawal diri anda kerana hidangan makanan di meja ketika berbuka puasa mungkin akan banyak.

Namun, anda mesti mengawal diri untuk tidak makan secara berlebihan. Makan dengan saiz hidangan yang sepatutnya dan elakkan memakan makanan berlemak serta kurangkan makanan manis.

Kesimpulannya, ketika berpuasa di bulan Ramadan anda perlu terapkan pola pemakanan yang betul dan sihat supaya risiko meningkatnya kadar gula darah atau menurunnya kadar gula darah yang membuatkan anda sakit kepala semasa puasa dapat dielakkan.

3. Rehat secukupnaya

Kurang tidur atau rehat adalah salah satu penyebab anda berasa sakit kepala semasa puasa. Untuk mengatasinya, anda perlu cukupkan waktu rehat atau tidur anda. Berusaha untuk tidur lebih awal ketika malam hari atau tidur sekejap pada wakti siang dalam 20-30 minit. Jangan tidur siang terlalu lama kerana itu juga akan menyebabkan pening.

4. Jumpa doktor

Jika anda ada penyakit atau gangguan kesihatan yang lain, segera maklumkan kepada doktor.  Kerana bukan sahaja sakit kepala tetapi yang ada rasakan itu adalah simptom bagi penyakit lain yang anda alami.

Bagi anda yang ada penyakit tertentu, sebelum menjalani puasa sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dengan doktor anda.

Berikut tip mengelakkan sakit kepala semasa puasa. Ketika puasa gaya hidup dan amalan pemakanan sememangnya cenderung akan berubah. Untuk itu, teruskan amalan gaya hidup dan pemakanan yang baik supaya tubuh sentiasa sihat walaupun sedang berpuasa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Makan Beberapa Hari Masih Boleh Hidup, Tapi Kenapa Kalau Tak Cukup Minum Air Boleh Mati?

    Tahukah anda tanda-tanda dehidrasi berbeza mengikut kumpulan umur? Jom baca artikel ini demi kesihatan diri dan elakkan maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Mangga, laici dan juga tembikai merupakan antara jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula. Apakah buah-buahan tinggi gula yang lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bulimia nervosa

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan makan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    minuman isotonik

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan